Thursday 24 December 2015

Shaklee Collagen Powder

Semakin umur kita meningkat, kolagen dalam badan kita akan mkain berkurang menyebabkan lebih banyak kedutan dan garis halus pada kulit, juga kulit akan menjadi semakin kendur.

Apakah yang menyebabkan kolagen makin berkurang dalam badan kita?Adakah kerana penuaan? Ya, penuaan adalah salah satu punca kehilangan kolagen. Tapi, kalau boleh, kita tak nak tua sebelum usia kan? Kehilangan kolagen dalam badan juga boleh dipercepatkan oleh faktor luaran seperti sinaran matahari, radikal bebas do udara, air & nutrisi, asap rokok dan lain-lain.

Pengambilan Shaklee Collagen Powder terbukti dapat mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut pada kulit.

Mengikut kajian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee, pengambilan Shaklee Collagen Powder secara berterusan selama 8 minggu membaiki penampilan kulit sebanyak 71%. Wow, 71% tu.. Maksud nya, kulit kita akan ada perubahan dari segi kulit lebih lembap, lebih licin , kurang kedut dan lebih berseri.  Ni daripada ujian klinikal, bukan saya yang cakap tau :)

Apa istimewanya Collagen Shaklee Powder ni? Kita tengok dulu ramuan utama Shaklee Collagen Powder ni..

1. Kolagen dari sisik ikan merah

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan lain.

2. Ekstrak biji Camellia Japonica

Biji Camelia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat. Isoflavon adalah antioksida semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan biji Camillia Japonica, membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin daripada kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel dan tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit yang tegang, anjal dan elastik.

5. Vitamin B dan C

Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi penghasilan kolagen di dalam sel.

Vitamin C pula menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.

6. Ekstrak kekerang

Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesi cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi. Ia juga boleh membantu menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobasillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat dan membantu penyerapan kolagen secara optimum dalam badan.

Untuk tampak lebih muda dan berasa lebih sihat, anda wajib cuba Shaklee Collagen Powder. Untuk pembelian secara kad debit atau kad kredit, anda boleh klik kat bawah :)



Atau, anda juga boleh menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut. 


Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 5157141 (SMS/WHATSAPP)
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Thursday 17 December 2015

Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum..

Shaklee ada menyediakan Set Menyusu Shaklee, khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Set Penyusuan Shaklee sangat disukai ramai kerana dapat menambah susu badan, menghasilkan susu yang penuh khasiat dan menjadikan badan ibu bertenaga. Apabila badan ibu bertenaga, ibu dapat menumpukan perhatian untuk menjaga bayi.

Set Menyusu Shaklee terdiri daripada:
1. Vitalea
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Alfalfa
5. Ostematrix
6. ESP


Di sini saya sertakan kebaikan pengambilan Set Menyusu Shaklee :)

1. Vitalea

Sejenis multivitamin yang diperkaya dengan zat besi. Pengambilan multivitamin boleh mencukupkan keperluan nutrien ibu menjadikan badan ibu lebih bertenaga dan menjaga kesihatan ibu.

2. Vitamin C

Vitamin C dapat membantu meningkatkan imun badan. Ibu perlu sentiasa sihat supaya dapat menjaga bayi. Pengambilan Vitamin C juga dapat mencerah dan mencantikkan kulit ibu. Ibu akan kelihatan lebih cantik walaupun sudah mempunyai anak :)

Pengambilan Vitamin C juga dapat membantu menyembuhkan luka. Asam garam ibh menyusu kadang-kadang puting susu melecet dan berdarah, terutama jika anak kuat menyusu dan bila banyak mengepam susu.

Puting susu melecet dan berdarah memang menyakitkan, kan? Jadi, ibu wajib ambil Vitamin C untul bantu ibu sembuh dengan cepat.

3. B complex

B complex dapat menjadikan ibu lebih bertenaga kerana B complex membantu menukarkan makanan menjadi tenaga. Kadar metabolisma ibu akan meningkat. B complex juga dapat menjaga sisten saraf dan mengelakkan ibu daripada stress.

4. Alfalfa

Alfalfa kaya dengan mineral. Alfalfa diperbuat dari daun alfalfa. Akar pokok Alfalfa ni panjang sehingga 6 meter ke dalam tanah. Jadi, banyak mineral yang dapat diserap.

Alfalfa dapat membantu memperbanyakkan susu badan. Anak susah kembung perut dan dapat 'poo poo' dengan baik.

Di samping bertindak sebagai milkbooster, Alfalfa juga bertindak sebagai perapat dan dapat menguranfkan keputihan. Alfalfa sangat bagus diambil untuk kesihatan dalaman wanita.

5. Ostematrix

Kaya dengan kalsium dan mengandungi magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Pengambilan kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang bayi.

Pernah dengar tak, ibu menyusu mendapat gigi rapuh atau mudah rosak. Kadang-kadang mudah mendapat sakit gigi. Ada juga yang rasa lenguh badan atau sakilt tulang. Kebanyakannya rasa keadaan ni bila menyusu anak ke2 atau ke 3 atau seterusnya.

Hal ini terjadi kurang pengambilan kalsium semasa menyusu dan keperluan kalsium untuk pembentukan tulang bayi terpaksa diserap dari tulang dan gigi ibu. Jadi, sangat penting untuk mendapat kalsium yang cukup semasa menyusu.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu mengurangkab lenguh badan ibu.

6. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP kaya protein. Minum ESP menjadikan ibu sentiasa bertenaga dan lambat lapar. Ibu menyusu mudah berasa lapar dan terpaksa makan banyak. Ibu menyusu kat luar sana pernah tak rasa hypo? Pandangan jadi gelap, badan rase seram sejuk..Kesian kan? Kene cepat-cepat makan benda manis tau.

Untuk elak hypo dan cepat lapar, saya cadangkan ibu ambil ESP. Ibu lambat lapar dan bertenaga. Susu ibu juga jadi lebih pekat dan bila bayi menyusu, dia cepat kenyang. Bayi akan tidur lebih lena dan tak meragam..I'ALLAH..dengan izin Allah..

Bagi ibu menyusu yang ingin dapatkan Set Menyusu Shaklee, boleh hubungi saya. Saya boleh cadangkan mengikut bajet anda :)

Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 5157141 (SMS/WHATSAPP)
irnisuhanamuhamad@gmail.com


8 Punca Susu Ibu Kurang dan Cara Penyelesaian

Assalamulaikum.  Bagi seorang ibu, menyusukan bayi adalah salah satu pengalaman yang pastinya tak dapat dilupakan. Ada pahit dan ada manis. Ye la, anak tengah-tengah menangis, bila kita ambil, peluk dan menyusukan dia, terus dia senyap. So sweet kan? Dan, perasaan masa tengok bayi sedang tenang menyusu buat kita rasa ingin tersenyum dan mengucap syukur kepada Allah kerana memberi kita seorang anak syurga. Dan, antara yang pahitnya, bila anak dah pandai menggigit, ya Allah, sakitnya kan. Dan, yang pahit juga bila nipple melecet dan merah. Tapi, Allah bagi ibu-ibu kesabaran untuk menyusukan bayi. Itulah istimenya seorang wanita bergelar ibu.

Jom, kita kenalpasti kenapa susu jadi semakin berkurang.
Susu ibu makin kurang?
1. Supply and demand susu tidak banyak

Jumlah susu yang akan dihasilkan oleh kelenjar susu adalah bergantung kepada demand atau permintaan dari kita. Apa maksud permintaan dari kita ni? Permintaan dari kita ni, maksudnya kalau anak banyak menyusu, maksudnya permintaannya banyak lah. Kalau anak kita hanya menyusu sedikit, otak akan menghantar signal supaya kalenjar susu mengurangkan penghasilan susu. 

Penyelesaian: Beri susu badan setiap kali anak hendak menyusu. Jika anak tak banyak menyusu, pam susu dan simpan untuk kegunaan apabila kita tidak berada bersama baby. Mengepam susu sangat penting supaya otak kita tahu, kita perlukan susu yang banyak.

2. Cara menyusu yang salah

Pernah dengar tak, orang tua-tua kata, susu dari ibu sebelah payudara adalah nasi, sebelah lagi air. Jadi, perlu selang selikan semasa bayi menyusu. Tapi, kalau ikut kajian, tidak ada yang berbeza kandungan susu sebelah kanan dan kiri. Kandungan susunya sama, cuma setiap payudara membekalkan susu yang berbeza kandungan dan kepekatan, iaitu hindmilk dan foremilk. 

Penyelesaian: Berikan susu ibu melalui payudara kanan. Bila susu di payudara kanan sudah kosong, barulah tukar kepada payudara kiri. Apabila payudara sudah dikosongkan, otak akan mengahantar signal kepada kelenjar susu untuk menghasilkan susu bagi memenuhkan payudara yang sudah kehabisan susu. Tips: sentiasa kosongkan payudara, terutama sewaktu mengepam. InsyaAllah susu anda akan semakin bertambah.

3. Pengambilan ubat-ubatan

Terdapat ubat-ubatan atau pil perancang yang boleh menyebabkan susu ibu berkurang.

Penyelesaian: Bincang dengan doktor mengenai jenis ubat yang boleh diambil bagi wanita menyusu. Kenalpasti juga ubat yang tidak boleh diambil semasa menyusukan anak.

4.  Ibu yang stress

Kalau ibu stress, penghasilan susu boleh berkurang tau. Contohnya, apabila ibu sudah mula bekerja, ibu akan mula stress dengan kerja, stress dengan jalan jem, bila balik rumah dah penat. Keadaan ni boleh menyumbang kepada pengurangan penghasilan susu.

Penyelesaian: Suami boleh memainkan peranan penting dengan membantu isteri membuat kerja rumah dan sentiasa menggembirakan hati isteri. apa salahnya suami gembirakan hati isteri, anak dia jugak yang kita tengah susukan tu kan :) Isteri ni, kalau suami buat dia happy, kalau suami suruh buat apa, semua dia akan buat, betul tak? :)

5. Ibu kurang minum air

Air adalah antara komponen terpenting dalam air susu.

Penyelesaian: Ibu perlu banyakkan minum air masak supaya penghasilan susu lebih banyak.

6. Ibu kurang sihat

Bila ibu tak sihat, badan ibu penat, penghasilan air susu juga akan berkurang.

Penyelesaian: Ibu perlu menjaga kesihatan dengan baik. Amalkan tabiat hidup yang baik. Ibu perlu makan makanan seimbang, dan tidak merokok. Ibu juga boleh ambil supplement bagi meningkatkan imunisasi badan. 

7. Ibu ragu-ragu tentang penyusuan susu ibu

Ada ibu-ibu yang ragu tentang kebaikan susu ibu. Ada yang kata anaknya tak cukup susu. Ada yang kata susu dia tak cukup untuk anak. Ada yang fikir baby dia perlu susu formula. Ingat ye, pemikiran negatif boleh mempengaruhi sistem badan kita. Bila kita asyik fikir susu kita tak cukup, susu tu memang akan jadi tak cukup. Sebab otak akan signal kepada kalenjar susu supaya kurangkan penghasilan susu, supaya apa yang kita bagi signal kat otak tu akan jadi betul-betul. Ingat, semuanya bermula dengan mindset.

Penyelesaian: Sentiasa fikir positif. Sentiasa cari ilmu tentang penyusuan. Dengan adanya ilmu, kita akan lebih yakin dengan apa yang kita buat. Yakinlah, susu ibu adalah susu terbaik. Lagipun, kalau anak minum susu formula, poo poo dia jadi busuk tau. Belum terlambat untuk kita teruskan balik penyusuan susu ibu. Ingat, fikir positif, dan tambahkan ilmu untuk menambah semula susu yang makin sikit tu, ok? Mom, you are the best!

8. Ibu kenalkan susu formula kepada anak

Ini adalah kemuncaknya. Bila ibu dah start bagi susu formula kat anak, dengan automatiknya, demand kepada susu ibu telah berkurang. Anak tak perlu menyusu dengan ibu sebab anak dah kenyang dengan susu formula. Kalau anda nak tahu, susu formula ni sukar dihadam, sebab tu anak akan kenyang lama. Tapi, kesian usus anak kita tu. Baru berapa bulan, dah nak kena kerja keras hadam susu formula. Tu belum masuk anak sembelit sebab susu tak sesuai. Kesian anak. Ibu, sebolehnya, kita cuba elak ye.

Penyelesaian: Usahakan beri susu ibu kepada anak at least sehingga anak umur 6 bulan. Labur sikit untuk beli pam susu yang bagus. Pam susu yang paling baik adalah yang jenis double pump boleh pam kedua-dua payudara serentak dan susu yang dapat lebih banyak berbanding dengan guna single pump.

Untuk ibu-ibu sekalian, jangan stress. Saya sangat memahami perasaan anda kalau susu anda sekarang dah makin berkurang. Sebab saya sendiri sedang mengalaminya. Apa yang kita boleh buat? Kita cuba fikir positif, kita cari ilmu tentang penyusuan, kita cuba dapatkan sokongan suami. Saya juga sedang struggle seperti anda. Saya berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan kita semua. Semoga usaha kita yang sedikit ini menjadi saham kita diakhirat kelak. Semoga kesusahan kita hari ini diberi kesenangan oleh Allah di akhirat nanti. You are awesome mommy! Dan, bear in mind, bagi susu formula kat anak bukanlah satu dosa, cuma kita ringin berikan susu terbaik untuk mereka.

Sekarang, kita dah tahu puncanya kan. Jadi, settlekan puncanya dulu, pastu baru la cari milkbooster tambah susu. Dan, jika anda sedang tercari-cari supplement untuk penyusuan, anda boleh cuba Set Menyusu Shaklee. Saya akan cuba bantu anda mendapatkannya.

Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 (SMS/Whatsapp)
irnisuhanamuhamad@gmail.com



Sunday 6 December 2015

10 Cara Meningkatkan Metabolisma Badan

Metabolisma adalah kalori atau tenaga yang dibakar untuk aktiviti seharian kita. Metabolisma setiap individu adalah berbeza, bergantung kepada jumlah tisu otot dalam badan kita. Apabila tisu otot lebih banyak daripada lemak, kadar metabolisma lebih tinggi.

Cara meningkatkan metabolisma badan

1. Minum air secukupnya. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

2. Makan snek dengan kerap bagi mengelakkan kita rasa lapar dan mengambil banyak makanan pada waktu makan yang seterusnya. Boleh makan makanan fiber tinggi, buah-buahan dan biskut.

3. Jangan lupa supplement kalsium. Kekurangan kalsium menyebabkan mencentuskan hormon badan anda yang menyebabkan badan anda berbaur dengan lemak yg mana lemak ini sepatutnya boleh dibakar. Kita boleh mengambil keju dan susu rendah lemak.

4. Ambil vitamin C. Vitamin C dan kalsium adalah rakan baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium membantu meningkatkan metabolisma dan vitamin C membantu penyerapan kalsium.

5. Tidur yang cukup. Tidur 7-8 jami setiap har penting untuk meningkatkan metabolisma. Jangan terkurang atau terlebih tidur. Cuba kekalkan rutin yg sama stp hari

6. Jangan stress. Stress meningkatkan hormon kortisol. Hormon kortisol akan memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak. Lakukan yoga atau bermeditasi boleh bantu kurangkan tekanan

7. Sinar matahari baik utk metabolisma badan. Waktu terbaik adalah jam 11 pagi dan 3 petang. Dapatkan sedikit sinar mentari, keluar berehat sebentar dan berjalan-jalan.

8. Bersenam. Lakukan senaman ringan selama 15 minit sehari

9. Pedas. Berita baik untuk anda kerana makanan pedas dapat meningkatkan metabolisma badan anda.

10. Minum teh hijau. minum 4-5 cawan sehari untuk meningkatkan metabolisma.


LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Wednesday 2 December 2015

Lecithin Untuk Menguruskan Badan


Saya sedih sangat bila dengar cerita ada sorang budak perempuan cuba terjun bangunan. Budak perempuan tu baru berumur 15 tahun dan pengidap kencing manis. Dia dimasukkan ke wad, tapi saya tak pasti kenapa dia masuk wad. Dia keluar dari wad dan cuba terjun bangunan. Allahu..Takut saya dengar. Hati saya rasa sedih, kesian dengan adik ni. Badannya juga agak gemuk dan selalu dibuli di sekolah.

Sebab tu lah, kita sebagai ibu bapa memainkan peranan penting dalam pemakanan anak-anak. Jika anak kita mempunyai masalah berat badan, apakata kita cuba mencari jalan penyelesaian bagi mereka. Kanak-kanak yang mempunyai masalah berat badan bukan sahaja menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, malah boleh mengundang berbagai-bagai penyakit.

Bagi anda yang dalam proses menguruskan badan, anda boleh cuba mengambil lecithin. Lecithin adalah daripada kacang soya, dan sejenis pengemulsi lemak. Lecithin terbukti mampu mengelakkan lemak daripada melekat pada membran. Pengambilan lecithin yang konsisten membantu mengurangkan lemak badan. 

Pengambilan lecithin yang berterusan juga dapat membuatkan kulit kita lebih cantik,

Bagi ibu yang mempunyai masalah bengkak susu, ambillah lecithin untuk menghilangkan masalah tersebut. 

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Lecithin, anda bleh contact Irni

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Berhenti Merokok Dengan Cepat Untuk Selama-lamanya

Assalamualaikum..

Hari ni Irni nak share bagaimana cara yang cepat dan selamat bagi perokok untuk berhenti merokok. Irni tau, bukan senang nak berhenti merokok kan. Ayah Irni sendiri dulu seorang perokok. Setelah terkena serangan jantung kali pertama, ayah terus berhenti merokok. Tapi, tak lama lepas tu, ayah kembali merokok. Mungkin sukar nak berhenti merokok bila kawan-kawan asyik merokok kat pejabat. Kemudian, lepas terkena serangan jantung buat kali ke 2, ayah terus berhenti merokok sampai la sekarang.

Kalau boleh, kita janganlah sampai terkena penyakit baru nak berhenti merokok. Kalau dulu Irni tau ada cara yang mudah dan selamat ni, dah lama Irni bagitau ayah. Jom tengok video ni, macam mana Encik Uzir berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Kalau anda pun teringin untuk berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya, atau, anda nak tengok orang yang anda sayang berhenti merokok, anda boleh hubungi Irni. Irni akan cuba bantu anda.



LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com



Tuesday 1 December 2015

Serangan Jantung Pembunuh Sekelip Mata

Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak, banyak yang kita dengar orang mati muda akibat serangan jantung. Padahal sebelum tu, mereka tak tahu pun mereka ada sakit jantung. Bila dah kena, terus meninggal. Memang seriau dengar. Mati itu pasti, cuma kita tak tahu bila dan bagaimana kita akan dijemput Allah.

Serangan jantung berlaku apabila berlaku penyumbatan pada salur darah menyebabkan pengaliran darah tidak lancar. Penyumbatan salur darah ini selalunya daripada:
  • kolestrol
  • plak pada arteri (arteri bawa darah mengandungi oksigen)
Apabila pengaliran darah tidak lancar, bekalan oksigen yang sampai ke jantung akan berkurang. Oksigen sangat penting dalam kehidupan kita. Jadi, apabila jantung tidak mendapat ksigen yang cukup, bahagian otot jantung boleh rosak dan menyukarkan darah untuk dipam ke seluruh badan. Sebab itu, orang yang mengalami serangan jantung mengalami kesukaran untuk bernafas.

Jom kita tengok, apa simptom serangan jantung. Yang ni Irni dapat dari Mayo clinic.

1. Rasa tekanan, sakit, rasa ketat pada dada atau lengan 
2. Rasa nak muntah, pedih ulu hati atau sakit pada abdomen.
3. Sesak nafas
4. Berpeluh dan terasa seram sejuk
5. Tiba-tiba terasa pening dan terasa hanyut

Tapi, perlu diingatkan simptom serangan jantung mungkin berbeza bagi setiap individu. Ada orang yang sakit sikit je, ada orang yang sakit sangat-sangat dan ada orang yang tak sakit langsung sebelum tu!

Ada serangan jantung yang menyerang tanpa ada tanda amaran dan ada juga datang dengan tanda amaran samaada beberapa jam, beberapa hari atau beberapa minggu sebelum itu. Antara tanda-tanda awal adalah sakit dada yang berulang-ulang apabila membuat kerja berat atau apabila bersenam. Selalunya sakit dada ini akan hilang setelah berehat. 


Faktor risiko serangan jantung

1. Lelaki berumur 45 tahun ke atas dan perempuan berumur 55 tahun ke atas

2. Perokok dan orang yang selalu terdedah dengan asap rokok (klik SINI untuk tahu cara berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya)

3. Tekanan darah tinggi

4. Paras kolestrol tinggi (klik SINI untuk tahu cara mengawal kolestrol badan secara semulajadi)

5. Kencing manis terutamanya kencing manis yang tidak dikawal

6. Mempunyai sejarah keluarga terkena serangan jantung

7. Obesiti

8. Stress

9. Mempunyai sejarah pre-eclampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung

10. Mempunyai masalah autoimun seperti rheumatoid arthrities

Jom kita sama-sama mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Semoga kita dijauhkan daripada sebarang penyakit. Teringat kata-kata Prof Muhaya, katanya, menjaga kesihatan itu mahal, tetapi lagi mahal untuk membayar kesakitan. Ok, setakat ini dulu ye :)

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com