Tuesday, 26 July 2016

15 Idea Resepi Masakan Yang Cepat Siap dan Sedap

 Sebagai seorang ibu, kita mesti suka kalau dapat masak dengan cepat dan sedap kan. Ye la, banyak benda nak kene buat kan. Tambah-tambah kalau dah ada anak. Ok, kat sini saya compile kan resepi daripada kawan-kawan saya. Boleh rujuk resepi kat bawah tau. Boleh masak dengan cepat dan sedap :)

1. Resepi sup ayam simple, sihat dan sedap

 

Bahan2:

5-6 ketul ayam
1 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia
1 sup bunjut
1 biji carrot
2 biji tomato
2 biji kentang
Air
Garam
Daun sup

Cara masak:
Masuk kan je semua tu dalam periuk kecuali totamo n daun sup. pastu tutup periuk, buat api slow je.

Sambil tunggu mendidih tu boleh la kite masak sayur ke nak g tgk anak dulu ke.

Nanti dah mendidih boleh lah kite masukkan tomato. N last sekali masukkan daun sup tu.

*x payah tumis bawang tu sebab x elok jugak tiap2 hari makan minyak2 kan..yg ni klu buat sambil jaga anak pun boleh..senang sangat..campak2 je..n x takut minyak terpercik kne anak kan..hehe


2.  salad peria

credit: jennifer balan


 1 biji peria (buang kulit dan hiris nipis - jika suka perap dengan sedikit garam dan ramas2 - kemudian bilas)
5 biji cili padi (hiris)
1 labu bawang besar (mayang)

1 labu bawang merah (mayang)
3 biji limau kapas (ambil airnya)
1 biji tomato (hiris)
sedikit ikan bilis, bersihkan, cuci dan tos
1/2 sudu garam
2 sudu gula

Campur kesemua bahan dalam satu bekas. Gaul bersama gula dan garam, dan perahkan air limau kapas. Biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dihidangkan.


3.  Telur goreng special

kredit: Ani Haryani

Bahan :
4 biji telur (ikut berapa ramai kat rumah)
Minyak

Sos Cili
Kicap Manis

Caranya :
Panaskan kuali letakkan minyak, masukkan telur dan hancurkan, letakkan sos cili dan juga kicap manis. Hidang!

Kaedah :
Boleh di makan dengan nasi masa panas-panas atau pun waktu pagi boleh di makan dengan roti, untuk lagi best masak telur hancur dengan sos cili, kemudian letak pada roti, sapu planta dan letak mayonis.

Ya Allah sedapnya, boleh di bawa bekalan untuk anak-anak ke sekolah juga sarapan pagi.


4.  Nasi Goreng Noxxa


kredit: ebby mohfat
 

Bahan-bahan:


1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 paket Perencah Nasi Goreng (kalau buat sendiri lagi bagus)
1 mangkuk mix vagie (frozen) @ sayur yang digemari
1 mangkuk udang (ikut suka nak letak apa)
2 cawan beras (dibasuh & toskan)
3 cawan air (sukatan mcm masak nasi biasa)

Caranya:

1.Tekan butang stir fry & panaskan minyak
2.Tumiskan bawang & masukkan perecah serta sedikit garam.
3.Masukkan beras , mix vagie, udang & air secukupnya serta tutup periuk
4.Tekan butang high pressure selama 6 minit 5.Selesai masak,biarkan selama 5 minit.
6.Buka tudung periuk & kacau nasi. Siap untuk dihidangkan.
 


   


5.  telur kicap simple special

kredit: hearty. love. healthy

Nak masak telur masak kicap ni senang sangat.
1. Goreng telur mengikut kuantiti berapa orang nak makan.
2. Asingkan telur yang digoreng itu.

3. Potong setengah bawang besar dan seulas bawang putih. Tumiskan dalam minyak yang digunakan untuk goreng telur tadi.
4. Masukkan kicap mengikut kuantiti yang digemari.
5. Tambah air jika perlu.
6. Letak beberapa potong cili padi (jika taknak tak perlu. Jika nak rasa pedas, boleh tambah).
7. Boleh tambah potongan tomato.
8. Rasa tumisan kicap itu untuk memastikan secukup rasa. Tambah garam jika perlu.
9. Campurkan tumisan kicap dengan telur yang digoreng.
10. Sedia untuk dimakan bersama nasi 


6.  ayam dan sayur berkuah

kredit: syireen amerlim
 

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :


1- Ayam
2- Cili Api
3- Bawang Putih
4- Sayur brokoli, baby jagung
5- Lemon

Banyak mana nak letak tu ikut suka hangpa la, ceq pun tak sukat..hihi


7. salad sihat sedap

kredit: anna md kasmin




Resepi salad sayur-sayuran
Sangat ringkas dan mudah


Campuran beberapa jenis salad
Sedikit buah-buahan
Dipotong mengikut citarasa anda
Campurkan sedikit moyonis
Digaul rata
Campuran salad ni memberikan khasiat dan serat ..
Boleh juga dimakan bersama nasi..menu diet sihat mudah dan cepat..
 


8. telur bungkus express

kredit: nabihah yunus
 Bahan-bahannya:
2 keping isi ayam dipotong kecil2
1/2 biji bawang holland dicincang halus

1 biji tomato dIbuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masa
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
9. Letak kan inti di tengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah di terbalikkan ke dalam pinggan.


9. Ayam kicap special express

kredit: shidotcom
 

Bahan2
------------
1/2 ekor ayam digoreng
bawang
bawang putih
Halia
Serbuk kari
Kicap
Sos cili dan tomato

Senang sangat cara memasaknya.. tumis bawang, bawang putih dan halia sehingga naik bau... lepas tu masuk serbuk kari dan masak sampai naik minyak..
Masuk sos dan kicap.. last skali masuk ayam...nyum2 siap

10. Tuna ball sihat

kredit: norazmiah mohamad
 Resepi Tuna Ball sihat

Bahan utama :

4 sudu chunks in water @flakes in water
1 biji kentang rebus dan dilenyek
1/2 biji bawang besar
Daun bawang (jika suka)

Spice :
Black papper
Garlic
Atau apa2 yg anda suka

Telur 1 biji dipukul sebentar

Gaul bahan utama dan spice sebati....bulat2 kan kecil2....salut dengan telur...panggang atas grill atau pan...siap utk dimakan...

Sedap dimakan bersama raw salad...

Selamat mencuba


11. Ikan masak stim express

kredit: ida khairani ahmad
 
Resepi Ikan Stim :

Ikan

Sayuran
Liquid Aminos All Purpose Seasoning
Kalau xada ganti dgn
Sos tiram & kicap manis.
Daun limau purut/asam keping
Garam

Resepi ni fleksibel ja, apa2 yg ada ja boleh letak.

Stim dalam 10-15minit sampai ikan masak.


12. sup telur ubi kentang

kredit: eja abu bakar

Bahan-bahannya:
2 biji ubi kentang sederhana besar(dipotong 6)
1 biji telur

1 batang carrot sederhana (potong baji)
1 ulas bawang putih ( ditumbuk/hiris)
21/2 cawan air
1 kiub pati ayam
Sedikit lada putih
1 sudu makan minyak

Cara-caranya:
1.Panaskan minyak
2.Kemudian masukkan bawang putih sehingga berbau wangi...jangan sampai hangit nanti pahit!
3. Masukkan air sehingga mendidih diikuti kiub ayam
4. Masukkan ubi kentang dan carrot. Masak sehingga ubi lembut.
5. Setelah itu, kacau sup tadi dalam bentuk membulat dan masukkan telur.

Siap.

Boleh makan dengan nasi atau pun begitu sahaja..


14. ikan masak cincuan

kredit: zeti hafiza zakaria
 

Bahan :


Ikan digoreng garing (apa² jenis)
*Bawang besar
*Bawang putih
*Halia
*Lada Merah/ Hijau
*Cili Api (kalau nak pedas)
*Kunyit (2-3 hiris je)
Air Asam Jawa (1-2 cawan je)
Garam
Gula (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara :
Hiris bahan bertanda *
Tumis bahan hiris
Dah kekuningan, masukkan air asam
Mendidih, masuk garam + gula untuk perasakan
Masukkan ikan goreng

Tips :
♡ Lebihkan halia untuk rasa 'cincuan'
♡ Asam keping boleh gantikan asam jawa
♡ Jika nak sayur dalam satu masakan, lebur je potongan lobak/ brokoli/ kubis bunga
♡ Resepi dipanggil Pindang Serani untuk versi berkuah (cuma tambah kuantiti air)
♡ Boleh transform jadi masak taucu dengan hanya tambah beberapa sudu taucu


15. mee sanggul goreng

kredit: suzaini ismail


 ::RESIPI MEE SANGGUL GORENG::

》Mee Sanggul tu rebus/rendam/masak dulu dengan air panas bagi lembut.


》Dalam kuali panaskan minyak (3 sudu besar), tumis bawang merah & putih yg dikisar.

》Bila bawang dah naik bau masukkan cili kering yg dikisar (2 sudu besar atau ikut kepedasan yg diingini).

》Masukkan sos cili/sos tomato & kicap sesedap rasa.

》Masukkan udang/ayam/sotong/daging. Perasakan dengan garam & gula atau nak mudah guna ja "Secukup Rasa"­čśë

》Lastly masukkan mee sanggul td, kucai & taugeh. Masak & gaul sebati.

》Siap! Bolehlah dihidangkan..

Makan besama-sama teh o panas..mmg best!


Selamat Mencuba! :)

Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com





8 comments:

  1. Sedap yer..nk try la..tq utk resepi ni..jmput singgah di blog saya ye dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete
  2. Nak cuba lah. Semenjak wife kerja Arab ni selalu makan luar je. Kali ni nak masak sendiri plak. Banyak masa dengan anak2 di rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan sendiri salunya lebih puas hati..

      Delete
  3. Orang melayu banyak betul masakan, kenalan saya dari Arab terkejut tengok lauk kita banyak sangat haha

    ReplyDelete
  4. Sihat dan nampak sedap lah. Nasi goreng noxxa tu alamatnya kene beli noxxa dululah ya :D

    ReplyDelete
  5. Nasi goreng noxxa pernah cuba.. But mybe lebih baik masak secara manual

    ReplyDelete