Wednesday 24 February 2016

Mengubati Sakit Jantung

Assalamualaikum.

Penyakit jantung tidak asing lagi dalam hidup kita. Ada saja kita dengar orang kena sakit jantung. Tapi, sakit jantung ni, macam mana sebenarnya? Jom tengok video kat bawah ni untuk lebih memahami apa itu yang dipanggil sakit jantung.



Kegagalan fungsi jantung, kerosakan dan penyakit jantung boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung. Apabila ini berlaku, tekanan meningkat di ruangan jantung dan boleh menyebabkan pengumpulan air di dalam tisu badan. Jantung adalah satu organ berdenyut yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan melalui sistem pengaliran darah. Jantung mempunyai 4 ruang yang berfungsi untuk mengumpul dan mengedarkan semula semua darah ke paru-paru dan badan.

Ada beberapa faktor yang menjejaskan keupayaan jantung untuk mengedarkan darah ke seluruh badan, iaitu kerosakan otot atau injap jantung. Penyakit arteri koronari, tekanan darah tinggi,kesempitan saluran arteri atau saluran arteri tersumbat boleh mengurangkan keupayaan saluran darah mengedarkan darah seara berkesan. ini boleh meningkatkan beban kepada jantung. Mana-mana keadaan tersebut boleh membesrkan saiz jantung serta melemahkn fungsinya.

Lama kelamaan jantung yang gagal tidak mampu mengepam keluar darah yang disalur ke dalamnya. Hal ini meningkatkan tekanan jantung dan sistem vena. Ini menyebabkan pengumpulan air dalam tisu badan. Kerosakan secara berperingkat ini dikenali sebagai kegagalan funvsi jantung.

 Apabila jantung gagal berfungsi, kebengkakan lazim berlaku di baagian kaki, air terkumpul di dalam patu-paru menyebabkan kesesaan nafas, seterusnya boleh mengganggu fungsi buah pinggang. Hal ini boleh membebankan lagi janting yang sudah rosak.

Adakah ubat yang saya makan dapat mengubati penyakit jantung?

Ubat yang anda makan sekarang ini hanyalah sebagai pembantu untuk jantung anda yang telah mengalami kerosakan. Ubat ini tidak menyembuhkan tetapi cuma untuk mengawal penyakit. Jadi, anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu badan anda memperbaiki sel-sel dan otot jantung yang rosak.

Harus diingatkan, jika anda ingin menganbil supplement, ubat yang telah diberikan oleh doktor masih perlu dimakan. Kesan supplement bukanlah seperti kesan makan ubat. Supplement selalunya akan mengambil masa untuk menunjukkan kesannya. Jadi, anda boleh makan ubat dan juga supplemet pada waktu yang sama, iaitu dengan sela masa tertentu.

Supplemet terbaik untuk menyembuhkan penyakit jantung adalah:

1. Phytocol-ST : Mencegah penyerapan kolestrol

  •  Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh.
  • fitosterol di dalam Phytocol membantu menurunkan kolestrol secara semulajadi dengan merendahkan paras kolesterol LDL.  
2. Omega Guard : Menurunkan LDL, meningkatkan HDL


  • Omega Guard shaklee membekalkan asid lemak omega-3 iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain membantu mendapatkan jantung yang sihat.

3. COQ Health: Menguatkan fungsi jantung

  • COQ 10 sangat penting untuk tisu jantung. 
  • Paras COQ10 yang rendah boleh memberi kesan kepada jantung
  • Pengambilan supplement COQ Health ini dapat membekalkan COQ10 kepada jantung anda 
2. Vivix : Melindungi jantung

  • Vivix membantu pembaikian sel dan otot jantung yang rosak.
  • Sangat penting untuk membantu memulihkan kesihatan jantung.

Jom dapatkan Set Kesihatan Jantung untuk mengubati penyakit jantung anda! Di samping kita mengambil ubatan yang diberikan oleh doktor, kita boleh juga mengambil supplement ini untuk membantu badan kita supaya kembali sihat.


Pertanyaan, konsultansi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Irni Suhana Muhamad
014 515 7141 (SMS/Whatsapp)
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Monday 15 February 2016

Rheumatoid Arthritis, Ubat dan Supplement Terbaik

Assalamualaikum..

Rheumatoid Arthritis (RA) terjadi disebabkan oleh berlaku radang pada tisu pengalas atau sinovia sendi.


Ok, cuba tengok pada gambar rajah di atas. Sebelah kiri tu adalah sendi yang sihat. Terdapat ruang antara cartilage (tulang putih) dan sendi dapat bergerak bebas tanpa bergesel.

Gambar pada sebelah kanan pula menunjukkan berlakunya inflamasi (radang). Sebut pasal inflamasi ni, selalunya ia akan disertai dengan simptom Red Hot Swollen Pain. (Masih terngiang-ngiang suara Dr Rohi yang mengajar Pharmaco dulu cerita..hehe)

Sendi yang mengalami inflamasi/radang ni akan menjadi merah, terasa panas, bengkak di kawasan sekitar dan orang yang mengalami RA akan merasa sakit. Bayangkan, apabila setiap pergerakan, sendi akan bergesel dan pastinya akan mendatangkan kesakitan.

Siapa yang boleh dapat RA?

1. Lazimnya mereka yang berumur 30-50 tahun, tetapi boleh juga terjadi kepada kanak-kanak

2. Kaum wanita mempunyai risiko 3x ganda lebih tinggi berbanding orang lelaki

Bagaimana sebenarnya orang boleh mendapat RA?

👉 RA sebenarnya adalah sejenis penyakit autoimun, iaitu berlaku kecelaruan sistem pertahanan badan

👉 Kecelaruan sistem pertahanan badan ini menyebabkan keradangan pada sendi, terutamanya di selaput synovium.

👉 Sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang.

👉 Jika terus dibiarkan, kerosakan pada sendi akan berlaku dan akan terjadi kecacatan tulang.

Apakah ubatan yang biasa digunakan untuk merawat RA?

1. NSAIDs (Ubat bukan steroid Anti inflamasi)
👉 bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi

2. DMARDs (Disease Modifying Anti Rheumatoid Arthritis Drug)
👉 bertujuan merencatkan kerosakan sendi

3. Ubat biologic
👉 bertujuan  merencatkan kerosakan dan kecacatan sendi

4. Ubat steroid
👉 kadangkala diperlukan dalam jangka masa pendek sementara ubat DMARDs menunjukkan kesannya.

Namun pengambilan ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan. Jadi, sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor.

Adakah supplement yang dapat membantu mengurangkan simptom RA?

Ya, terdapat supplemet yang terbukti selamat yang boleh diambil untuk mengurangkan keradangan sendi yang menyakitkan itu.

1. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)



AJHT terbukti secara klinikal dapat menyokong kesihatan sendi, meningkatkan kesan kusyen di antara sendi dan memelihara kesihatan tisu penyambungan pada sendi. Sendi yang mengalami radang tadi dapat dikurangkan dengan pengambilan AJHT ini.

Harga sebotol AJHT adalah RM 124, mempunyai 60 tablets.

2. Omega Guard 

 

Omega Guard mampu mengurangkan radang yang berlaku pada sendi. Apabila radang dapat dirawat, sakit akan mulai hilang. 

Harga sebotol Omega Guard adalah RM 136.00 dengan 90 capsules. 

3. Ostematrix

 
Ya, Ostematrix lebih daripada kalsium biasa! Ia mudah diserap dan dapat membantu metabolisma tulang. Ostematrix membantu mendapatkan tulang yang lebih sihat.

Harga sebotol Ostematrix adalah RM 61.00 dengan 120 caplets.

4. Vivix

 
 Vivix membantu pemulihan sel dan dapat mengurangkan kesakitan akibat daripada RA. Vivix juga membantu pembaikian sel yang rosak dan seterusnya membaiki sistem badan.

Harga sebotol Vivix adalah RM 475.00 

Untuk dapatkan harga yang lebih murah, hubungi saya untuk tahu lebih lanjut.


Pertanyaan, konsultansi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Irni Suhana Muhamad
014 515 7141 (SMS/Whatsapp)
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Friday 12 February 2016

Cara Merawat Kanser Payudara

Assalamualaikum..

Pada zaman moden ini, terdapat banyak rawatan yang ada bagi memulihkan kanser payudara. Sebut pasal kanser ni, saya pasti kita pasti akan gerun mendengarnya. Namun, kanser bukanlah tidak dapat diubati, malah ramai pesakit kanser yang berjaya bebas daripada penyakit kanser. Yang penting, anda sendiri kena yakin bahawa anda boleh sembuh.

Apa itu kanser? Dalam badan kita terdiri daripada sel. Sel akan membahagi dengan teratur dan sel yang mati akan disingkirkan. Namun, ada sel yang tidak normal dan membahagi dengan tidak terkawal dan tidak teratur. sel yang tidak normal ini akan membentuk tisu yang banyak. Tisu yang berlebihan ini dinamakan dengan tumor. Tumor pula dikategorikan kepada 2, iaitu tumor malignan (berbahaya) dan tumor benigna (tidak berbahaya)


Tumor benigna tidak mengancam nyawa, tetapi tumor maliganan boleh mengancam nyawa kerana sel kanser itu akan keluar dan menyerang tisu dan organ berdekatan. Sel kanser itu akan memasuki salur darah dan merebak ke bahagian tubuh yang lain. Ini dipanggil metastasis. Jadi, sebelum terlambat, jom kita tengok, apakah tanda-tanda awal berlakunya kanser payudara.

  •  Perubahan rasa di payudara atau puting
  •  Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
  • Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
  • Perubahan dilihat pada payudara atau puting
  •  Perubahan saiz dan bentuk payudara
  •  Puting payudara terperosok ke dalam
  • Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.
Apa yang perlu anda buat jika anda rasa seperti mempunyai salah satu tanda tersebut? Anda perlulah mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik. Jika anda disahkan menghidap kanser payudara, percayalah bahawa anda tidak keseorangan. MengikutLaporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) 2007, statistik menunjukkan kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap dalam kalangan wanita selain merupakan nombor satu di Malaysia . Malah sejumlah 3,242 wanita menghidap kanser payudara dilaporkan pada tahun 2007.

Jadi, anda usah takut, anda tidak keseorangan!
Terdapat 2 jenis rawatan untuk kanser payudara, iaitu pembedahan dan terapi. Doktor mungkin akan mencadangkan anda mengambil satu atau kedua-dua jenis rawatan mengikut tahap kanser anda.

Bagi rawatan secara pembedahan, jenis-jenisnya adalah:

1. Wide local excision - sebahagian daripada tisu payudara yang mempunyai tumor dibuang. Prosedur ini hanya boleh dilakukan jika tumor masih kecil. Kesan daripada prosedur ini, sebelah payudara akan menjadi lebih kecil.

2. Mastektomi - keseluruhan tisu payudara dan tisu sekitar dibuang. Setelah tisu payudara dibuang, tisu payudara baru tidak akan tumbuh kembali dan anda akan hidup tanpa payudara.

3. Pembedahan nodua limfa di bahagian bawah lengan - prosedur dilakukan untuk membuang nodus limfa yang terkena sel kanser. Selalunya ia disertai dengan prosedur mastektomi.

Manakala bagi prosedur terapi pula adalah:

1. Kemoterapi
Ubat untuk membunuh sel kanser disuntik ke dalam vena pesakit supaya masuk ke dalam aliran darah pesakit. Ubat ini akan menghapuskan sel kanser dan juga sebahagian sel normal.

Terdapat kesan sampingan daripada prosedur ini seperti rambut gugur, loya, muntah dan cirit birit, anemia, jangkitan, perubahan deria rasa dan bau, hilang ingatan dan masalah dengan tangan dan kaki (neuropati). Ini adalah antara kesan sampingan yang mungkin anda boleh dapat.

2. Radioterapi: terapi radiasi yang digunakan untuk membunuh sel kanser yang tinggal selepas pembedahan. Terapi hanyalah jenis setempat. Radiasi tidak menyebabkan keguguran rambut kecuali jika radiasi terkena kepala.

3. Terapi hormon: digunakan untuk wanita yang sensitif terhadap hormon estrogen dan progesteron.

Doktor akan membantu anda menerangkan prosedur yang akan dilakukan, juga kebaikan dan keburukan setiap prosedur yang bakal mereka lakukan.

Bagaimana jika anda ingin mencuba dahulu rawatan alternatif bagi kanser? Anda boleh cuba menggunakan VIVIX.

Vivix daripada Shaklee kaya dengan resveratoral yang kaya dengan antioksidan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti of Missouri, lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat dengan resveratrol iaitu kandungan utama vivix semasa radioterapi jika dibandingkan dengan radioterapi sahaja.

Vivix juga terbukti dari kajian saintifik boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti kanser). Apabila sel-sel yang rosak ini dibetulkan, mereka akan mematikan diri sendiri (apoptosis) dan sel kanser akan berkurang dan akhirnya hilang.

Jom kita lihat testimoni orang yang dah berjaya sembuh








Bagi anda yang tercari-cari rawatan alternarif untuk kanser ini, vivix lah jawapannya. Cuba sekarang sebelum terlambat!

Pertanyaan, konsultansi produk dan pesanan boleh hubungi saya:

Irni Suhana Muhamad
014 5157141 (SMS/Whatsapp)
irnisuhanamuhamad@gmail.com
Fb: irni suhana

Thursday 4 February 2016

Cara Berhenti Merokok Melalui Pemakanan

Assalamualaikum..


Ada tak orang di sekeliling anda yang merokok? Sama ada ahli keluarga sendiri atau kawan-kawan? Atau, mungkin anda sendiri seorang perokok yang sedang mencari jalan bagaimana untuk berhenti merokok.. Yes, you are at the right place!

Sebelum tu, cuba kita tengok, apa yang seorang perokok sedut setiap hari tu.



Rokok diperbuat daripada bahan-bahan yang berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan DNA. Ada kajian yang telah dilakukan oleh Profesor Diana Anderson dari Division of Medical Sciences yang mengatakan bahawa berlaku perubahan DNA pada ayah yang merokok dan juga perubahan DNA pada bayi yang baru lahir. 

Seperti yang kita tahu, seorang ibu atau bapa yang merokok atau terdedah kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko bayi lahir pra matang, sindrom kematian bayi mendadak, bayi kolik atau menangis lebih tiga jam sehari, infeksi saluran pernafasan, masalah jantung, juga terganggu kesuburan si anak pada masa akan datang. 

Ya, bukan semua anak perokok mendapat masalah itu, tapi risikonya menjadi lebih tinggi. Jadi, untuk mengelakkan berlaku perkara seperti ini, kita haruslah megelakkan diri daripada terkena asap rokok. Dan juga jika si bapa yang merokok, boleh lah mula belajar untuk berhenti merokok untuk mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan pada bayi anda.

Saya tahu, sukar bagi seorang perokok yang sudah lama merokok untuk terus berhenti merokok buat selama-lamanya. Ayah saya sendiri seorang perokok dan sangat sukar untuk berhenti. Demi Allah, jika dari dulu saya tahu ada cara yang senang untuk berhenti merokok, saya awal-awal lagi akan bagitahu ayah. Dan. ayah saya sekarang adalah seorang penghidap sakit jantung. Selepas terkena serangan kedua sakit jantung, barulah berjaya berhenti merokok. Saya harap, anda atau orang-orang yang anda sayang itu dapat berhenti merokok sebelum terkena sebarang penyakit. Mencegah jauh lebih baik dari mengubati.

Ok, sebelum Irni kongsi mengenai cara berhenti merokok melalui pemakanan, jom tengok bagaimana Uzir seorang hantu rokok yang mula merokok sejak umur 14 tahun. Walaupun dah pergi ke Klinik Kesihatan untuk Klinik Berhenti Merokok dan penggantian nikotin, tetapi tetap gagal untuk berhenti merokok. Apa yang Uzir buat sampai rokok rasa tawar?

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.



Ok, dah tengok video Uzir tu? Nanti Irni cerita kat bawah lebih detail tentang apa yang Uzir buat, kat bawah nanti. Sebelum tu, jom kita tengok apa pemakanan semulajadi yang dapat bantu seorang perokok berhenti merokok.

1. Madu

  • Madu memiliki antioksidan yang membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.
2. Makanan masin
  • Makanan masin dapat menghilangkan keinginan pernghisap rokok. 
  • Makan makanan yang sedikit masin atau ambil secubit garam.
  • Tapi, hati-hati, jangan sampai terkena darah tinggi pulak ye!
3. Halia dan bawang putih
  • Halia dan bawang putih dapat bantu mengatasi keinginan merokok.
  • Rasa panas halia dan bawang putih bantu melepaskan racun-racun yang berpunca dari rokok.
  • Halia dan bawang putih juga membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan darah seimbang.
4. Kayu Manis
  • Hidu aroma kayu manis boleh buat seseorang berkhayal seketika dan melupakan rokok.
  • Makan kayu manis pula dapat menenangkan otak dan saraf.
5. Epal
  • Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok.
  • Epal mempunyai banyak air dan pektin yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh.
  • Tekstur epal yang berserat tu juga dapat mengurangkan keinginan untuk menghisap rokok.
Namun, ramai yang gagal untuk berhenti merokok pada cubaan pertama dan kembali semula merokok. Berkali-kali cubaan untuk berhenti merokok, tapi masih belum berjaya.

Kalau anda nak tahu bagaimana Uzir berjaya berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya adalah setelah beliau makan VIVIX..ya.. VIVIX..pernah dengar tak Vivix?

Vivix ni adalah daripada Shaklee. Vivix membantu pembaikian sel dari dalam DNA lagi. Vivix membantu pembaikian DNA perokok yang telah rosak dan mengembalikan seperti orang yang tidak merokok. Sebab tu lah, bila makan Vivix, perokok akan rasa rokok jadi pahit dan akan terbatuk-batuk bila merokok. Nak tak nak, mereka terpaksa berhenti merokok sebab mereka sendiri akan rasa tak best merokok.

Jom kita tengok testimoni orang lain yang telah berjaya berhenti merokok dengan Vivix Shaklee.



















Mereka dah, anda bila lagi? :D

Cepat bertindak sekarang. Nilai kesihatan anda tidak ternilai dengan wang ringgit. Lagi cepat anda berhenti merokok, lagi kurang risiko untuk anda mendapat penyakit dan jimatlah duit anda sebab tak perlu beli rokok lagi.

Harga sebotol Vivix adalah RM 475. Untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah, boleh hubungi saya untuk tahu bagaimana.


Pertanyaan, konsultansi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Irni Suhana Muhamad
014 515 7141 (SMS/Whatsapp)
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Tuesday 2 February 2016

Rahsia Awet Muda Wajah Berseri-seri Tanpa Perlu Bersolek Tebal

 Assalamualaikum..


Siapa suka kalau kulit muka dia cantik tanpa perlu make up tebal-tebal? Kalau nak keluar rumah, bolehlah kita pakai bedak ke, atau pun letak foundation, concealer or macam-macam lagi untuk bagi kulit muka nampak licin. Tapi, bagaimana kalau time kita berada di rumah? Tambah-tambah kalau dah malam nak tidur, takkanlah masih nak berbedak, berfoundation pulak kan. Nanti tak pasal-pasal jerawat pulak yang naik, lagi la naya..

Padahal, sepatutnya dekat rumah la kita nak nampak cantik depan suami. Jadi, cara paling mudah adalah, kita cuba dapatkan kulit yang cantik dari dalam. Tanpa perlu pakai make up, kulit kita akan nampak lebih awet muda, berseri-seri dan nampak segar. Kalau kita tak nak cantik-cantik kat rumah, habis tu suami kita nak tengok siapa lagi? :P

Ok, untuk anda yang memang ingin awet muda dan mempunyai kulit yang cantik, Irni cadangkan anda ambil produk ni:

1. Shaklee Collagen Powder

  • Shaklee Collagen Powder ini mengandungi 4000mg proprietari Red Snapper Scale (RSS) yang menjadikan Shaklee Collagen Powder sangat berkualiti tinggi, tulen, lasak dan elastik.
  • Ia diekstrak daripada sisik ikan snapper attau ikan merah.
  • Bahan utama dalam Shaklee Collagen Powder juga adalah ektrak biji benih Camellia Japonica, Pfaffia, ekstrak kerang-kerangan, lactobasilus acidophilus, vitamin C dan vitamin B. Bahan-bahan ni digabungkan  untuk meningkatkan lagi keberkesanan RSS.
  • Kelebihan yang anda akan dapat daripada pengambilan kolagen terbaik ini adalah: 
  1. mengembalikan keanjalan kulit
  2. meningkatkan kelembapan kulit 
  3. mengelakkan kulit kering
  4. mencegah dan mengurangkan pigmentasu dan jeragat di wajah
  5. menegangkan payudara dan punggung
  6. anti-penuaan
  7. mengurangkan kedutan pada kulit
  8. mengecilkan lubang pori-pori di wajah
  9. mengurangkan 'eye-bag'
  10. meningkatkan kecergasan tubuh badan
  11. memberikan kesuburan rambut

 Jom kita tengok video kat bawah tentang pengalaman pengguna Shaklee Collagen Powder.



2. Vivix

  • Setiap hari, sel tubuh kita terdedah kepada pelbagai pencemaran dunia moden seperti pancaran UV, sisa toksik, pemakanan dan stress… Ia kian bertambah setiap hari!!
  •  Ini mengakibatkan kadar penuaan sel tubuh kita semakin cepat!
  • Vivix dicipta khas dengan kelebihan untuk membantu melambatkan penuaan sel tubuh badan kita.
  • Pihak saintis Shaklee telah ke seluruh dunia untuk mencari sumber semulajadi yang paling mujarab bagi tujuan anti penuaan, lalu menemukannya pada anggur muscadine.
  • Kemudian dicampurkan dengan resveratrol untuk menghasilkan campuran antioksidan semulajadi yang hebat serta dipatentkan supaya ia hanya boleh didapati secara ekslusif hanya daripada Shaklee!
  •  Kita semua semestinya mahu sentiasa berasa muda lebih lama. Dan hanya dengan satu sajian vivix setiap hari…InsyaAllah anda mampu memperlambatkan penuaan di peringkat sel dengan lebih sihat.
Jom kita tengok video di bawah tentang keistimewaan Vivix



Pertanyaan, konsultansi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Irni Suhana Muhamad
014 515 7141 (SMS/Whatsapp)
irnisuhanamuhamad@gmail.com