Saturday 10 October 2015

Supplement Satu Keperluan Atau Kehendak?

Teks: Irni Suhana Muhamad
Gambar: Sumber facebook

Assalamualaikum..Pernah tak kawan-kawan terfikir, kenapa sekarang ni orang sibuk nak makan macam-macam makanan tambahan?ada dalam bentuk pil, serbuk, air, dan lain-lain.Padahal orang zaman dulu-dulu, nenek moyang kita dulu tak ada ambil supplement pun.. Tapi badan mereka sihat, siap boleh berkebun lagi walaupun dah tua..Kan? Tapi memang betul ke kita perlu makan supplement? Lets check this out :)


1. Gaya hidup kita berbeza dengan orang dulu-dulu
  • Orang dulu-dulu, bangun pagi dah boleh hirup udara segar. Kita pulak, bangun pagi, asap kenderaan yang kita bau dulu. Tambah-tambah kalau kita tinggal di kawasan bandar, memang terpaksa tahan hidung la nak sedut karbon monoksida dari asap kenderaan.. Mungkin kita pun dah kalis dengan karbon monoksida sampai tal perasan kita dok sedut tiap-tiap hari
  • Kita sekarang, nak keluar peluh pun susah. Orang dulu-dulu, nak mandi pun nak kene cedok air dari perigi, baju nak kene sental sendiri. Memang boleh berpeluh ketiak tu. Tapi kita sekarang senang, buka paip je, kain pula campak je dalam mesin. Nak bersenam pun tak sempat. Peluh pun tak sempat nak keluar.
2. Gaya dan Pola Pemakanan yang tidak sihat
  • Kalau dulu, nak makan sayur, petik je belakang rumah, nak makan ayam, tangkap je sekor. Bak kata orang, semuanya organik. Tapi kita pulak tiada pilihan, sayur terpaksa beli, sayur pulak dah diracun sebab nak elak serangan makhluk perosak. Beli ayam, tapi ayam pulak yang dicucuk dengan ubat hormon. Nak cari ayam organik bukan senang kan.
3. Pemakanan yang tidak seimbang
  • Pengambilan supplement dapat membatu melengkapkan nutrien yang tidak cukup dan diperlukan badan. Nutrien yang mencukupi membantu badan lebih sihat dan bertenaga.
4. Kita terdedah kepada pencemaran
  • Badan kita diserang bertubi-tubi oleh pencemaran udara (asap rokok, kereta, kilang), pencemaran kosmetik (bedak, losyen, syampu, sabun dan lain-lain), makanan yang diproses, makanan rapu dan sebagainya.
  • Jadi badan kita memerlukan sistem pertahanan badan yang lebih kuat.
5. Kehidupan yang stress

  • Menjadikan lebih banyak radikal bebas terhasil dalam tubuh kita.
6. Kualiti makanan

  • 1 mangkuk bayam pada tahun 1945 cukup utk bekalan vitamin kita, tapi sekarang kita kena makan 40-50 mangkuk bayam utk amaun vitamin yg sama
  • penggunaan baja kimia, pestisid, herbisid, germisid, GMO, etc. menjadikan sayur kita bukan sekadar sayur, tapi HAMPAS.



Ha, boleh nampak kan, hidup kita dengan orang dulu-dulu memang beza. Bagi Irni, pengambilan supplement memang sangat penting. Tak perli tunggu masa mengandung atau masa sakit baru nak ambil supplement. Tapi, sebelum kita sakit, kita perlu ambil supplement untuk mencukupkan nutrien dalam badan kita. Jom kita amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan seimbang, ambil supplement untuk cukupkan nutrien dan bersenam (nasihat ni saya tujukan juga kepada diri sendiri..heee)

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com


No comments:

Post a Comment