Wednesday 15 June 2016

Kenali Bentuk Badan Anda dan Tips Kurus Berdasarkan Bentuk Badan

 Anda ada masalah berat badan? Dah try buat macam-macam tapi masih tak jugak kurus? Jom kenali dulu apa sebab yang menyebabkan badan anda naik. Dah tahu sebab, senanglah kita nak selesaikan masalah kan.

Sebelum tu, tengok dulu gambar ni. Bentuk badan anda jenis yang mana?


Tengok pada gambar, dan tengok pada bahagian bawah, yang mana satu penyebab obesiti badan anda. Disertakan juga sedikit tips untuk anda membantu menguruskan badan.


1. Obesiti disebabkan makanan

Kebanyakan orang yang mempunyai masalah gemuk disebabkan oleh sebab ini. Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan melebihi nilai kalori yang diperlukan oleh badan boleh menyebabakn kegemukan.

Tips kuruskan badan:
  • jaga 'portion' makanan. Kurangkan makanan berlemak, banyakkan makan sayur dalam setiap hidangan. 
  • kurangkan kuantiti makanan yang dimakan, tapi jangan sampai tak cukup nutrisi pulak!
  • elakkan mengambil gula putih. Tukar dengan gula perang atau stevia.
  • buat senaman, sebaiknya 30 minit setiap hari.

2. Obesiti disebabkan kurang aktiviti dan pergerakan

Selalunya berlaku kepada orang yang pernah aktif seperti bersukan, tetapi pada satu masa terpaksa mengurangkan aktiviti, badan akan mudah naik pada bahagian tertentu.

Tips kuruskan badan
  •  jika anda sudah tidak berpeluang untuk hidup aktif seperti dulu, anda boleh menjaga pemakanan dengan makan sedikit tapi kerap
  • pastikan makanan yang diambil cukup zat dan nutrien yang diperlukan oleh badan.

3.Obesiti disebabkan tekanan hidup

Masalah berat badan ini berlaku akibat daripada perasaan tertekan, resah  dan mungkin kesedihan. Perasaan ini boleh mendorong seseorang untuk makan banyak bagi melupakan perasaannya.

Tips kuruskan badan:
  •  bersenam 30 minit setiap hari bagi menghilangkan stress dan juga membuang lemak.

4. Obesiti disebabkan metabolic

Bahagian perut nampak seperti 'bengkak' dan lemak terkumpul pada bahagian perut, selalunya dikaitkan dengan orang yang banyak minum minuman beralkohol. Mereka juga boleh mengalami masalah bernafas.

Tips kuruskan badan:
  • Hindari minuman beralkohol

5. Obesiti disebabkan hormon tak stabil

obesiti jenis ni selalunya berlaku kepada wanita yang hampir menopause atau wanita yang mempunyai mempunyai hormon tak stabil.

Tips kuruskan badan:

  • Elakkan duduk terlalu lama
  • Berhenti merokok dan minuman alkohol
  • Bersenam setiap hari

6.Obesiti sebab peredaran darah kurang baik

Selalunya obesiti jenis ini adalah disebabkan genetik. Selalunya oyang yang gemuk jenis ini mempunyai kaki yang bengkak.

Tips kuruskan badan:

  • Bersenam setiap hari
  • Makan makanan berkhasiat. (obesiti jenis ini susah untuk kurus kembali. Sebab tu, perlu jaga pemakanan dengan baik) 
 Semoga anda mendapat manfaat. Untuk mendapatkan ebook percuma dan tips-tips lain, sila klik SINI 

Sekian sahaja daripada saya.

Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

No comments:

Post a Comment