Thursday 8 November 2018

Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering Pada Muka

Masalah Kulit Kering

Masalah kulit kering pada muka boleh mendatangkan ketidakselesaan sebab ia boleh menyebabkan muka rasa tegang dan kadang-kadang boleh rasa gatal. Bila mempunyai masalah kulit kering pada muka juga boleh menyebabkan muka jadi gelupas dan muka rasa kasar. 

Yang sebenarnya, apakah yang menyebabkan masalah kulit kering pada muka ni?



Cara Mengatasi Kulit Kering Pada Muka


1. Minum air masak yang mencukupi


Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari supaya sel badan kita mendapat air yang mencukupi. Elakkan juga minum minuman manis. Sebaiknya kita kurangkan gula dalam minuman seharian.

2. Guna pencuci muka yang lembut


Ada sesetengah pencuci muka yang mempunyai bahan kimia dan boleh mengeringkan kulit. Irni biasa guna pencuci muka jenis gel oil. Pencuci muka ni jenis tak berbuih dan tak mengeringkan kulit. Irni suka guna pencuci muka ni sebab dia tak mengeringkan kulit dan muka pun rasa fresh je lepas cuci muka. 

ha Irni guna pencuci muka yg ni la, best sangat :)

Pencuci muka ni nama dia Luminous Gel Oil Cleanser. Ia diperbuat 100% daripada tumbuh-tumbuhan. Jadi, memang sangat sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit kering pada muka. 

Tips untuk orang yang ada masalah kulit kering pada muka jugak, basuh muka dengan lembut supaya tak menyakitkan kulit. Irni recommend korang guna pencuci muka ni, dia bantu muka kita bersih dan rasa fresh je lepas guna.

3. Elakkan mandi dengan air suam


Sebaiknya, kita mandi dengan air sejuk sebab kalau mandi dengan air suam, ia boleh memudaratkan keadaan dengan menghilangkan kelembapan pada kulit dan mengeringkan lagi muka. Lagipun mandi air sejuk ni banyak kebaikannnya terutama mandi air sejuk pada waktu pagi.

Disamping bantu kekalkan kelembapan kulit, mandi air sejuk pada waktu pagi bantu badan kita rasa lebih segar dan positif. 


4. Sapu pelembap pada muka


Bila mengalami masalah kulit kering pada muka, kita perlu sapu pelembap supaya dapat bantu lembapkan kulit. Kulit akan terasa lebih lembap dan tak tegang sangat. Kulit pun akan rasa lebih selesa.

Untuk pelembap muka, Irni sarankan supaya anda guna Youth Age Defence Moisturizer SPF 50. Moisturizer ni dia siap ade krim pelindung matahari lagi. Jadi 2 in 1 gitu. Sambil lembapkan kulit kita, dia jugak bantu halang uv dari merosakkan muka kita. So, dia boleh mengelakkan masalah kulit muka kita jadi lebih teruk. 

ni la dia pelembap + sunblock


Jika anda ada masalah kulit kering, boleh terus hubungi Irni untuk dapatkan pencuci muka yang sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit kering pada muka, iaitu Luminous Gel Oil Cleanser dan jugak pelembap Age Defence Moisturizer SPF50. 

Hubungi Irni 014-515 7141
Pengedar Shaklee Malaysia
Kawasan COD: Jeli, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan
Pos ke seluruh Malaysia


No comments:

Post a Comment