Wednesday 28 November 2018

Senggugut Ketika Haid: Tanda Masalah Cyst Pada Ovari

Menurut laman web Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, senggugut adalah salah satu tanda anda mengalami masalah cyst. Masalah senggugut dibahagikan kepada primer dan sekunder. Senggugut primer selalunya terjadi kepada remaja perempuan tetapi tidak melibatkan sebarang penyakit pada pelvis dan rahim. Senggugut primer ni juga boleh berlaku kepada wanita yang masih subur.

Manakala bagi senggugut sekunder pula adalah disebabkan masalah pada pelvis dan rahim. Salah satu nya adalah akibat daripada masalh cyst pada ovari. Selain itu, senggugut juga boleh menjadi tanda kepada emetriosis, jangkitan rahim malah orang yang memakai alat perancang kehamilan IUCD juga boleh mengalami senggugut.


Tanda-Tanda Senggugut Sekunder


  • Haid yang tidak tetap
  • Kesakitan semasa haid
  • Pendarahan yang bertambah banyak
  • Lelehan dari faraj
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
Jika anda mempunyai masalah senggugut, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti masalah sebenar sebelum ianya berlarutan. 

Menurut info dari Mayo Clinic pula, anda boleh bantu kurangkan kesakitan senggugut dengan mengubah gaya hidup. 

Cara Kurangkan Kesakitan Senggugut


1. Bersenam secara tetap
Bersenam secara tetap bantu lancarkan pengaliran darah


2. Guna haba
Mandi dengan air suam dan tuam perut dengan benda suam seperti letak air panas dalam botol dan tuam perut untuk kurangkan kesakitan


3. Ambil suplemen

Ada kajian yang mengatakan pengambilan suplemen seperti vitamin E, asid lemak omega 3, vitamin B1 (thiamin), vitamin B6 dan magnesium boleh bantu kurangkan sakit senggugut


4. Kurangkan stress

Fisiologikal stress boleh menambahkan lagi kesakitan akibat haid


Sakit senggugut ni memang sakit sampai boleh mengganggu kehidupan harian. Sampai bila nak makan painkiller kan? Jom, hilangkan kesakitan akibat senggugut dengan pengambilan suplemen seperti yang disarabkan oleh Mayo Clinic.

Hubungi Irni segera untuk order dan pertanyaan atau boleh terus klik link di bawah.



Irni Suhana
014 515 7141 
irnisuhana[@]gmail.com
Id Shaklee 1085099

No comments:

Post a Comment