Saturday 23 May 2015

10 Tips Penting Untuk Anda Sebagai Ibu Menyusu

 Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google 


1. Menyusu, menyusu dan menyusu

Susukan bayi anda sekerap mungkin. Lebih banyak bayi menyusu, badan kita akan hasilkan lebih banyak susu. Beri susu kepada bayi pada bila-bila masa apabila bayi ingin menyusu. Tiada jadual yang tetap untuk bayi menyusu, tapi pastikan setiap 2 jam bayi bangun menyusu. Jika bayi tidur kita tidur lama sangat, kejutkan bayi untuk menyusu terutama pada beberapa minggu pertama. Susukan bayi pada payudara yang sama sehingga kosong, kemudian baru tukar ke payudara sebelah lagi.



2. Buangkan rasa risau!

Jangan risau kalau anda rasa susu anda tak banyak. Mula-mula memang susu kita tak banyak sebab keperluan bayi hanya sedikit. Yang penting, bayi sentiasa menyusu dan dalam keadaan aktif. Kalau nak tahu susu kita tu cukup tak, tengok lampin bayi kita basah tak. Kalau lampin dia basah selepas beberapa jam, maksudnya susu kita cukup la tu. Susu ibu yang pertama, iaitu kolustrum, sangat baik untuk kesihatan bayi kerana kaya dengan nutrien dan dapat tingkatkan antibodi bayi.
 
 3. Dapatkan rehat yang cukup

Apabila kita sudah ada anak, sebenarnya agak sukar kan untuk kita dapatkan rehat yang cukup, terutamanya kalau kita bukan bersalin anak pertama. Jika anak pertama, mungkin kita cuma boleh menumpukan perhatian kepada bayi yang baru lahir, tapi kalau dah ada kakak atau abang, kita perlu memberi perhatian kepada mereka juga kan. Tapi, seboleh mungkin, cuba alihkan sedikit kepada pasangan atau penjaga kita semasa dalam pantang. Rehat yang cukup juga dapat membantu merangsang pengeluaran lebih banyak susu. Rehat yang cukup juga dapat mengelakkan kita daripada berasa tertekan. Ibu yang gembira akan menenangkan bayi yang baru lahir itu :)



4.  Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling

Sokongan daripada orang sekeliling sangat penting untuk memberi kekuatan mental ibu menyusu. Kita juga boleh menyertai kumpulan-kumpulan ibu yang menyusu untuk sentiasa mendapat kata-kata positif daripada mereka. Jika kita rasa tertekan jika susu hanya sedikit, elakkan daripada mendengar kritikan daripada orang yang tidak menyokong kita. Abaikan kata-kata mereka dan percayalah dengan kemampuan badan kita.


 
5. Minum banyak air

Jika kita minum lebih banyak air, lebih banyak susu dapat dihasilkan. Kadang-kadang kita dah sibuk sangat dengan baby baru sampaikan lupa nak minum air masak, jadi kita boleh sediakan siap-siap air masak dalam botol. Jadi, apabila kita berasa dahaga, kita boleh terus minum tanpa perlu pergi dapur untuk minum air masak Di samping itu, kita juga boleh makan banyak buah-buahan dan sayuran untuk banyakkan air susu.



6. Makan yang cukup

Ibu menyusu perlu lebih 300 hingga 500 kalori setiap hari daripada kalori yang diperlukan sebelum mengandung. Makanan terbaik untuk ibu menyusu adalah makanan yang mempunyai diet yang sihat seperti pelbagai jenis sayur, buah-buahan, bijirin, protein dan sedikit lemak. Perhatikan juga adakah makanan yang kita makan boleh mempengaruhi bayi. Sebagai contoh, kalau kita makan brokoli, kubis atau kacang dan menyebabkan perut bayi kembung dan kurang selesa, elakkan terlebih dahulu makanan tersebut. Elakkan juga makanan yang pedas untuk elakkan bayi sakit perut.



7. Elakkan penggunaan botol susu pada beberapa minggu pertama

Penggunaan botol susu boleh dimulakan kemudian. Pada beberapa minggu pertama, galakkan bayi menyusu terus dari payudara untuk menggalakkan rangsangan pengeluaran susu. Hisapan bayi mengeluarkan lebih banyak susu berbanding dengan penggunaan mesin pam kerana ia merangsang otak untuk mengarahkan supaya lebih banyak susu dihasilkan. 


8. Urutan pada payudara

Urutan pada payudara dapat meningkatkan kuantiti dan kandungan lemak pada susu. Semasa bayi sedang menyusu, kita boleh mengurut pada bahagian dada menuruni ke bawah menghampiri ke arah puting susu. Tunggu seketika bayi menelan susu tersebut dan ulang beberapa kali. 



9. Periksa ubat-ubatan anda

Sesetengah ubat boleh mempengaruhi pengeluaran susu. Jika anda mengambil ubat-ubatan seperti antihistamin, diuretik, pil perancang yang mengandungi estrogen dan sesetengah ubat kurus dapat mengurangkan pengeluaran susu. Jadi, anda boleh berbincang dengan doktor tentang ubat alternatif yang boleh dimakan semasa menyusu.


10. Baca doa untuk banyakkan susu

Antara doa yang boleh diamalkan:


surah al-kauthar



surah al-kauthar


 
LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com



No comments:

Post a Comment