Sunday 24 May 2015

4 Nutrien Penting Yang Selalu Kita Abaikan

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum semua. Tadi saya ada terbaca mengenai pemakanan seharian kita. Jadi, saya nak kongsikan dengan anda semua tentang apa yang saya baca. :)

Kalau kita perhatikan pemakanan kita dengan datuk nenek kita dahulu memang berbeza kan? Daripada pemerhatian saya semasa kecil, nenek saya yang ketika itu umur 70-an masih kuat dan masih boleh bercucuk tanam di belakang rumah. Dia memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja aktiviti dia. Kalau saya sendiri, buat kerja sedikit pun dah mula rasa penat, padahal muda lagi.

Cuba tengok pemakanan mereka. Pernah dengar tak, " You are what you eat" atau dalam Bahasa Melayu nya., anda adalah apa yang anda makan. Setuju tak? Kalau orang zaman dulu-dulu, nak makan nasi, beras tanam sendiri. Nak makan sayur, kutip je sayur belakang rumah. Tak pun cari pucuk kayu buat ulam. Sayur yang ditanam sendiri semestinya tidak disembur racun berlebihan. Tapi sayur zaman sekarang, ulat pun takut nak makan. Kalau dulu, ayam ambil masa lama nak membesar, sekarang ayam dah dicucuk hormon bagi cepat besar dan hormon yang dicucuk tu masuk dalam badan. Bila difikir, takut kan, rasa tak nak makan, tapi makan jugakk..hee

Di sini saya ingin kongsikan, 4 nutrisi penting yang kita selalu abaikan:


1. Omega 3

Kajian menunjukkan pengambilan makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. DHA dan EPA yang terkandung di dalam Omega 3 dapat mengelakkan degupan jantung yang tidak sekata, mengurangkan berlaku mendapan dan inflamasi dalam arteri, juga membantu tahap gula dalam darah berada dalam keadaan baik. 

Jadi, kita dinasihatkan makan makanan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan salmon dan ikan sardin (tapi elakkan sardin dalam tin tau). Makan satu atau dua hidangan minyak ikan setiap minggu dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 36% (babycenter.com). Zaman sekarang ni, banyak sangat dengar kes orang mati muda sebab sakit jantung. Mungkin sudah ajal, tapi lebih baik kita mencegah daripada awal kan? Tak suka makan ikan? Anda boleh pilih untuk ambil suplemen bagi memenuhi keperluan badan anda.

2.  Vitamin D

Vitamin D sangat penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium daripada makanan yang kita makan. Kajian juga mengatakan, pengambilan Vitamin D terbukti dapat mengurangkan kesakitan, mengurangkan gejala PMS (period pain), mengawal daripada penyakit jantung dan juga mengelakkan dari kanser.

Vitamin D sangat senang diperolehi dan percuma! Vitamin d boleh didapati daripada cahaya matahari pada waktu pagi. Tapi, bagaimana pula yang keluar kerja hari masih gelap, balik kerja pun hari dah gelap? Sebenarnya kita juga boleh dapat daripada makanan seperti salmon, susu yang diperkuat dan bijirin. Setiap hari, kita disarangkan untuk mengambil 1000IU vitamin D. Untuk memastikan badan mendapat vitamin D yang cukup, kita boleh mengambil suplemen.


3. Fiber

Makan makanan yang kaya dengan fiber adalah sangat penting untuk menurunkan berat badan, membantu mengawal paras gula dalam darah dan juga membantu mengurangkan masalah kesihatan seperti kanser dan juga strok.

Fiber boleh didapati daripada oat, kekacang, barli, buah dan sayuran. Kurangkan makan makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan dan gantikan dengan makanan berasaskan fiber, contohnya seperti buah. Di samping makan makanan yang berasaskan fiber, pastikan kita mengambil air masak yang mencukupi.

4. Kalsium

Seperti yang kita tahu, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Tapi, adakah anda tahu pengambilan kalsium yang cukup juga dapat mengelakkan penyakit seprti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan juga kanser. Kenapa? Kalsium sebenarnya bukan sahaja penting untuk tulang, tetapi juga penting untuk fungsi otot. (American dietetic Association). Contohnya, otot pada jantung juga perlukan kalsium untuk berfungsi dengan baik. 1000 mg kalsium disarangkan untuk wanita berumur 19 hingga 50 tahun dan 1200 mg kalsium untuk wanita 50 tahun ke atas.

Kalsium boleh didapati daripada susu. Untuk memastikan badan mendapat kalsium yang mencukupi, ikut panduan bancuhan susu yang selalunya terdapat bada tin/ plastik susu. Selain itu, kita juga boleh mengambil suplemen kalsium.

Bagi saya sendiri, saya lebih suka mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil zat yang diperlukan oleh badan. Saya memilih untuk mengambil suplemen setiap hari supaya badan mendapat hak yang sepatutnya. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Lebih baik kita makan suplemen daripada terpaksa makan berbagai jenis ubat. Tapi, kalau dah terkena penyakit, apa boleh buat. Jangan tinggal makan ubat yang doktor bagi. Mungkin Allah sudah tentukan yang terbaik buat kita. Sentiasa positif dengan hidup.

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

No comments:

Post a Comment