Sunday 22 November 2015

4 Cara Mengawal Kolestrol Dalam Badan Secara Semulajadi

Teks: Irni Suhana Muhamad
Gambar: Carian Google

Assalamualaikum..Apa khabar semua? Irni doakan semoga kawan-kawan semua sihat. Sekarang ni kalau Irni bukak facebook, banyak sangat resepi makanan yang sedap-sedap dan memang buat kita semangat nak masak..hehe..

Makanan kita setiap hari memang susah nak elak dari makanan berminyak, bersantan dan berlemak. Bermula dengan sarapan pagi, ada nasi lemak, roti canai lagi, wah sedap nya..Tengah hari pula, ada ayam gulai, ayam masak merah, ikan goreng lagi, semua banyak minyak.

Memang susahlah nak elak makan benda berminyak ni kan. Sedar tak kita, pemakanan macam ni boleh menyumbang kepada peningkatan kolestrol dalam badan kita.



Kolestrol sebenarnya penting dalam pembinaan sel baru, namun jika diambil secara berlebihan, kolestrol akan termendap dalam salur darah.

Kolestrol akan termendap pada salur darah dan akan menyebabkan atherosclerosis. Apabila keadaan ini terjadi, salur darah akan menjadi sempit dan dapat mengganggu pengagihan oksigen ke seluruh badan.

Yang paling menakutkan, tinggi kolestrol ni tiada simptom. Jangan sampai kita dapat komplikasi akibat kolestrol tinggi bari kita nak jaga makan. Apa komplikasi kolestrol tinggi? Kolestrol tinggi boleh menyebabkan kita sakit dada, mendapat serangan jantung dan juga strok. Jadi, sebelum terlambat, jom kita buat pemeriksaan kolestrol di klinik.

Amalkan gaya hidup sihat untuk mengawal kolestrol dalam badan. Bagaimana caranya?

1. Kawal berat badan

  • Berat badan yang berlebihan sedikit sebanyak menyumbang kepada tinggi kolestrol.
  • Cuba kita perhatikan tabiat makan dan rutin seharian kita. 
  • Kalau kita ni jenis suka makan bila stress atau bila boring, cuba kita tukar rutin ni dengan berjalan-jalan di sekitar.
  • Jika kita jenis suka makan sambil tengok TV, apa kata cuba tukar kepada makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan elakkan makan makanan ringan. 


2. Makan makanan yang sihat
  • Kurangkan pengambilan lemak yang mengandungi lemak tepu.
  • Elakkan makan makanan yang mengandungi lemak trans seperti marjerin, biskut, kek dan lain-lain. Pengambilan lemak trans boleh meningkatkan kadar HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi/ kolestrol jahat).
  • Hadkan pengambilan makanan tinggi kolestrol seperti telur kuning, organ dalaman dan produk tenusu penuh.
  • Makan makanan bijirin penuh seperti oat, pasta dan beras perang.
  • Makan buah-buahan dan sayuran yang kaya fiber mampu mengurangkan kolestrol.
  • Makan ikan salmon dan mackerel yang kaya dengan omega-3 untuk memelihara kesihatan jantung.
3. Mengamalkan Senaman
  • Senaman secara konsisten dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.
  • Bersenam 30-60 minit setiap hari. Sebagai contoh, kita boleh amalkan naik tangga, elakkan guna lif, 'brisk walk' (jalan pantas)
4. Berhenti Merokok (klik SINI untuk tahu cara berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya)

  • Jika anda seorang perokok, lebih baik anda berhenti merokok sekarang.
  • Berhenti merokok membantu memperbaiki kadar kolestrol baik, iaitu HDL.
  • 20 minit selepas anda berhenti merokok, tekanan darah anda akan turun. Dan selepas 24 jam, risiko untuk mendapat serangan jantung juga akan menjadi semakin berkurang. Dalam masa setahun, risiko mendapat sakit jantung berkurang menjadi separuh berbanding perokok. Dan, dalam masa 15 tahun selepas berhenti merokok, risiko untuk mendapat sakit jantung adalah sama dengan orang yang tak pernah merokok. (sumber: Mayo Clinic)
  • Jadi, apa lagi, jom berhenti merokok sekarang! You can change your life!

Ok, jom kita cuba ubah lifestyle kita. 

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

No comments:

Post a Comment