Friday 20 November 2015

Jom Jadi Isteri Yang Bertenaga, Ceria dan Cantik :)

Assalamualaikum..
Sekarang Irni masih dalam cuti berpantang. Irni ambil cuti 3 bulan. Hehe, memang seronok betul dapat cuti lama. Bermula hari Sabtu lepas, Irni dah balik ke Jeli walaupun belum mula kerja sebab husband kerja kat Jeli. Sebelum ni, duduk kat rumah mak, memang relaks sangat-sangat. Mak selalu masak, saya tolong sikit-sikit je. Ayah ada untuk tolong tengok-tengokkan Auni Amni masa saya jaga baby Hani. Dan, bila balik ke Jeli, semua tu saya kena buat. Masak, jaga anak, kemas rumah semua kita kena buat. Selama ni, dok rumah mak, seronok je goyang kaki..hehe

Bila jadi suri rumah sepenuh masa ni, sedikit sebanyak membuatkan Irni lebih berterima kasih kepada emak yang jaga kami adik-beradik. Kami semua ada 7 beradik dan semestinya setiap orang ada karenah masing-masing. Saya yakin mak anda semua pun macam tu kan. Tak kira berapa ramai adik beradik, tapi nak melayan karenah kita masa kecik-kecik dulu bukan senang kan.

Irni rasa pengambilan supplemet sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan mengambil supplement, kita dapat memastikan badan kita mendapat zat yang secukupnya. Apabila badan mendapat zat yang secukupnya, badan akan menjadi lebih bertenaga dan kita tidak mudah stress. Pengambilan supplement juga dapat membantu kita kekal aktif di samping menjadikan kulit kita lebih cantik.

Kalau tanya Irni apa supplement yang penting untuk menjadikan kita sentiasa bertenaga, ceria dan cantik:

1. Vitalea 
  • Vitalea adalah sejenis multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.
  • Anda ingat tak bila kali terakhir anda makan mengikut piramid makanan? Kalau anda pun tak tahu bila kali terakhir anda makan mengikut piramid makanan, Irni rasa, pengambilan multivitamin sangat membantu untuk mencukupkan segala nutrien yang diperlukan oleh badan.
2. B-complex
  • B-Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga menjadikan kita sentiasa aktif.
  • B-complex juga membantu mengurangkan rasa stress
3. Vitamin C
  • Vitamin C membantu menguatkan imun badan dan menghalang kita daripada demam dan selesema.
  • Vitamin C terbukti dapat menyingkirkan hormon kortisol iaitu hormon stress. Apabila kita stress, hormon kortisol akan dirembeskan. Hormon kortisol merangsang peningkatan gula dalam darah dan peningkatan tekanan darah. Jadi, jangan stress ye, tak elok untuk kesihatan.
  • Dan, yang paling penting, bila kita amal makan vitamin C, kulit akan jadi lebih cantik, nanti cik abang puji :P
4. Energizing soy Protein
  • Yang ni salah satu favourite Irni. Irni suka sangat buat air milo + ESP dan air susu + ESP. Memang sedap sangat!
  • ESP membantu kita untuk kekal bertenaga untuk melakukan kerja-kerja kita.
  • ESP juga boleh mencantikkan kulit kerana ESP :)
Kalau kawan-kawan nak tahu, 1 botol supplement ni tahan lama tau. Jadi, tak rugi kalau kita melabur sikit untuk diri kita sendiri, untuk kesihatan kita. Sekali beli, boleh tahan lama.

  • Vitalea ada 120 biji, boleh tahan 4 bulan.
  • B-complex ada 120 biji, tahan 4 bulan
  • Vitamin C ada 180 biji, tahan 6 bulan
  • ESP, 1 canister berat 850g, tahan sebulan setengah hingga 2 bulan
Tahan lama kan supplement ni. Sekali beli, lama kita boleh makan. Jadi, jom kita hadiahkan diri kita dengan makanan kesihatan yang berkhasiat dan baik untuk tubuh kita dalam jangka masa panjang. Jom buat keputusan sekarang untuk sayangi diri dan juga sayangi orang lain dengan menjadi lebih sihat.

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com







No comments:

Post a Comment