Friday 12 February 2016

Cara Merawat Kanser Payudara

Assalamualaikum..

Pada zaman moden ini, terdapat banyak rawatan yang ada bagi memulihkan kanser payudara. Sebut pasal kanser ni, saya pasti kita pasti akan gerun mendengarnya. Namun, kanser bukanlah tidak dapat diubati, malah ramai pesakit kanser yang berjaya bebas daripada penyakit kanser. Yang penting, anda sendiri kena yakin bahawa anda boleh sembuh.

Apa itu kanser? Dalam badan kita terdiri daripada sel. Sel akan membahagi dengan teratur dan sel yang mati akan disingkirkan. Namun, ada sel yang tidak normal dan membahagi dengan tidak terkawal dan tidak teratur. sel yang tidak normal ini akan membentuk tisu yang banyak. Tisu yang berlebihan ini dinamakan dengan tumor. Tumor pula dikategorikan kepada 2, iaitu tumor malignan (berbahaya) dan tumor benigna (tidak berbahaya)


Tumor benigna tidak mengancam nyawa, tetapi tumor maliganan boleh mengancam nyawa kerana sel kanser itu akan keluar dan menyerang tisu dan organ berdekatan. Sel kanser itu akan memasuki salur darah dan merebak ke bahagian tubuh yang lain. Ini dipanggil metastasis. Jadi, sebelum terlambat, jom kita tengok, apakah tanda-tanda awal berlakunya kanser payudara.

  •  Perubahan rasa di payudara atau puting
  •  Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
  • Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
  • Perubahan dilihat pada payudara atau puting
  •  Perubahan saiz dan bentuk payudara
  •  Puting payudara terperosok ke dalam
  • Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.
Apa yang perlu anda buat jika anda rasa seperti mempunyai salah satu tanda tersebut? Anda perlulah mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik. Jika anda disahkan menghidap kanser payudara, percayalah bahawa anda tidak keseorangan. MengikutLaporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) 2007, statistik menunjukkan kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap dalam kalangan wanita selain merupakan nombor satu di Malaysia . Malah sejumlah 3,242 wanita menghidap kanser payudara dilaporkan pada tahun 2007.

Jadi, anda usah takut, anda tidak keseorangan!
Terdapat 2 jenis rawatan untuk kanser payudara, iaitu pembedahan dan terapi. Doktor mungkin akan mencadangkan anda mengambil satu atau kedua-dua jenis rawatan mengikut tahap kanser anda.

Bagi rawatan secara pembedahan, jenis-jenisnya adalah:

1. Wide local excision - sebahagian daripada tisu payudara yang mempunyai tumor dibuang. Prosedur ini hanya boleh dilakukan jika tumor masih kecil. Kesan daripada prosedur ini, sebelah payudara akan menjadi lebih kecil.

2. Mastektomi - keseluruhan tisu payudara dan tisu sekitar dibuang. Setelah tisu payudara dibuang, tisu payudara baru tidak akan tumbuh kembali dan anda akan hidup tanpa payudara.

3. Pembedahan nodua limfa di bahagian bawah lengan - prosedur dilakukan untuk membuang nodus limfa yang terkena sel kanser. Selalunya ia disertai dengan prosedur mastektomi.

Manakala bagi prosedur terapi pula adalah:

1. Kemoterapi
Ubat untuk membunuh sel kanser disuntik ke dalam vena pesakit supaya masuk ke dalam aliran darah pesakit. Ubat ini akan menghapuskan sel kanser dan juga sebahagian sel normal.

Terdapat kesan sampingan daripada prosedur ini seperti rambut gugur, loya, muntah dan cirit birit, anemia, jangkitan, perubahan deria rasa dan bau, hilang ingatan dan masalah dengan tangan dan kaki (neuropati). Ini adalah antara kesan sampingan yang mungkin anda boleh dapat.

2. Radioterapi: terapi radiasi yang digunakan untuk membunuh sel kanser yang tinggal selepas pembedahan. Terapi hanyalah jenis setempat. Radiasi tidak menyebabkan keguguran rambut kecuali jika radiasi terkena kepala.

3. Terapi hormon: digunakan untuk wanita yang sensitif terhadap hormon estrogen dan progesteron.

Doktor akan membantu anda menerangkan prosedur yang akan dilakukan, juga kebaikan dan keburukan setiap prosedur yang bakal mereka lakukan.

Bagaimana jika anda ingin mencuba dahulu rawatan alternatif bagi kanser? Anda boleh cuba menggunakan VIVIX.

Vivix daripada Shaklee kaya dengan resveratoral yang kaya dengan antioksidan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti of Missouri, lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat dengan resveratrol iaitu kandungan utama vivix semasa radioterapi jika dibandingkan dengan radioterapi sahaja.

Vivix juga terbukti dari kajian saintifik boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti kanser). Apabila sel-sel yang rosak ini dibetulkan, mereka akan mematikan diri sendiri (apoptosis) dan sel kanser akan berkurang dan akhirnya hilang.

Jom kita lihat testimoni orang yang dah berjaya sembuh








Bagi anda yang tercari-cari rawatan alternarif untuk kanser ini, vivix lah jawapannya. Cuba sekarang sebelum terlambat!

Pertanyaan, konsultansi produk dan pesanan boleh hubungi saya:

Irni Suhana Muhamad
014 5157141 (SMS/Whatsapp)
irnisuhanamuhamad@gmail.com
Fb: irni suhana

No comments:

Post a Comment