Tuesday 1 December 2015

Serangan Jantung Pembunuh Sekelip Mata

Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak, banyak yang kita dengar orang mati muda akibat serangan jantung. Padahal sebelum tu, mereka tak tahu pun mereka ada sakit jantung. Bila dah kena, terus meninggal. Memang seriau dengar. Mati itu pasti, cuma kita tak tahu bila dan bagaimana kita akan dijemput Allah.

Serangan jantung berlaku apabila berlaku penyumbatan pada salur darah menyebabkan pengaliran darah tidak lancar. Penyumbatan salur darah ini selalunya daripada:
  • kolestrol
  • plak pada arteri (arteri bawa darah mengandungi oksigen)
Apabila pengaliran darah tidak lancar, bekalan oksigen yang sampai ke jantung akan berkurang. Oksigen sangat penting dalam kehidupan kita. Jadi, apabila jantung tidak mendapat ksigen yang cukup, bahagian otot jantung boleh rosak dan menyukarkan darah untuk dipam ke seluruh badan. Sebab itu, orang yang mengalami serangan jantung mengalami kesukaran untuk bernafas.

Jom kita tengok, apa simptom serangan jantung. Yang ni Irni dapat dari Mayo clinic.

1. Rasa tekanan, sakit, rasa ketat pada dada atau lengan 
2. Rasa nak muntah, pedih ulu hati atau sakit pada abdomen.
3. Sesak nafas
4. Berpeluh dan terasa seram sejuk
5. Tiba-tiba terasa pening dan terasa hanyut

Tapi, perlu diingatkan simptom serangan jantung mungkin berbeza bagi setiap individu. Ada orang yang sakit sikit je, ada orang yang sakit sangat-sangat dan ada orang yang tak sakit langsung sebelum tu!

Ada serangan jantung yang menyerang tanpa ada tanda amaran dan ada juga datang dengan tanda amaran samaada beberapa jam, beberapa hari atau beberapa minggu sebelum itu. Antara tanda-tanda awal adalah sakit dada yang berulang-ulang apabila membuat kerja berat atau apabila bersenam. Selalunya sakit dada ini akan hilang setelah berehat. 


Faktor risiko serangan jantung

1. Lelaki berumur 45 tahun ke atas dan perempuan berumur 55 tahun ke atas

2. Perokok dan orang yang selalu terdedah dengan asap rokok (klik SINI untuk tahu cara berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya)

3. Tekanan darah tinggi

4. Paras kolestrol tinggi (klik SINI untuk tahu cara mengawal kolestrol badan secara semulajadi)

5. Kencing manis terutamanya kencing manis yang tidak dikawal

6. Mempunyai sejarah keluarga terkena serangan jantung

7. Obesiti

8. Stress

9. Mempunyai sejarah pre-eclampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung

10. Mempunyai masalah autoimun seperti rheumatoid arthrities

Jom kita sama-sama mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Semoga kita dijauhkan daripada sebarang penyakit. Teringat kata-kata Prof Muhaya, katanya, menjaga kesihatan itu mahal, tetapi lagi mahal untuk membayar kesakitan. Ok, setakat ini dulu ye :)

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com



No comments:

Post a Comment