Wednesday 25 November 2015

Saya Buat Shaklee Bukan Sebab Duit, Tapi Sebab Saya Sayang Anda

Assalamualaikum..

Irni teringat perbualan Irni dan kakak, masa tu Irni belum bersalin lagi.

" Saya: Kak xx, Kak Na rasa nak buat something la masa cuti bersalin nanti. Lame tu cuti, 3 bulan.

Kak xx: bla bla bla bla

Saya: bla bla bla bla

Kak xx: bla bla bla bla

Saya: Emm, Kak Na rase macam nak buat Shaklee la..

Kak xx: Payah Kak Na buat Shaklee, sebab pasaran dia tepu dah. Ramai sangat pengedar Shaklee loni. Cari la bisnes lain yang mudah dan tak banyak persaingan.

Saya: Emm betul jugak tu dih. Tu la rasa macam nak buat..bla bla bla

Kak xx: Ha ok jugak tu."

Macam tu la lebih kurang perbualan saya dengan kakak saya. Lain yang saya rancang, lain yang saya buat. Saya pun sebenarnya tak nak buat Shaklee, tapi saya pun tak tahu, kenapa anggota saya ni asyik nak promote Shaklee je. Mungkin sebab saya dah jatuh cinta dengan Shaklee.

Saya ambil Shaklee dah lama, cuma saya tak konsisten makan. Semasa saya mengandung baby Hani, baru saya amat menghargai Shaklee Effect. Ye la masa mula-mula mengandung, saya terpaksa ulang alik dari Kuala Krai ke Jeli. Kuala Krai pulak, saya kena masuk dalam 20 minit dari bandar Kuala Krai baru sampai rumah. Pergi balik, dalam 200km setiap hari. Dengan cerita rasa nak pitam masa drive la, cerita menangis kat tepi jalan la, dan banyak lagi la kisah suka duka masa tu.

Bila saya start ambil Shaklee, alhamdulillah alahan saya kurang dan saya rasa lebih bertenaga. Saya terus makan vitamin Shaklee sampai lah sekarang. Set berpantang dan menyusu pun saya ambil Shaklee. Semasa menyusu ni pun, alhamdulillah anak cepat kenyang dan tak banyak meragam. Malam-malam baby tidur lena je. Memang tersangatlah berbeza dengan semasa penyusuan si kembar. Bila anak kenyang, jaranglah dia nak meragam kan.

Disebabkan saya dah rasa Shaklee Effect, saya suka sangat kalau boleh share kebaikan Shaklee ni dengan orang lain. Saya buat Shaklee bukan sebab duit, tapi saya buat Shaklee sebab saya sayang anda. Saya sayang ibu-ibu kat luar sana. Kita ni kadang-kadang nampak je kuat, tapi dalam hati kita, hanya Allah yang tahu kan. Jadi, jangan seksa diri kita. Cari jalan penyelesaian untuk bantu diri kita sendiri. 

Fokus saya adalah kepada ibu-ibu sebab saya betul-betul appreciate Shaklee semasa saya mengandung dan menyusu. Bukan sahaja bantu kita untuk lebih bertenaga, tapi jugak menjadikan kulit kita lebih cantik. Maklumlah kita semakin hari semakin tua, tambahan bila dah bersalin, badan dah tak macam dulu. Kita mestilah nak sentiasa nampak cantik depan suami kan. Jadi, bila kita ambil Shaklee, kita sentiasa cergas, muka pun nampak cantik, suami tengok kita pun sejuk hati. hehe

Memang banyak supplement kat luar sana. Saya gembira kalau anda makan supplement, sebab pemakanan dan kehidupan kita sekarang memang berbeza dengan orang dulu-dulu. Kalau anda nak pilih supplement, pilihlah yang terbaik. Dan, saya yakin dengan Shaklee kerana ia terbukti selamat,semulajadi dan berkesan. 

Dan saya juga tersangatlah gembira jika anda ingin menjadi one of us. Jadi sebahagian daripada kami, samaada untuk makan sendiri atau untuk buat bisnes. Saya berpegang kepada prinsip berniaga itu adalah sunnah nabi. Walau tak semua sunnah nabi kita mampu buat, tapi daripada tak buat langsung, kita buat yang kita mampu kan. 

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang tersangat rendah risiko. Kita tak perlu simpan stok dan tak perlu susah-susah pergi pejabat pos. Order secara online dan abang gdex akan tolong hantar kepada customer yang nak vitamin tu. Di samping dapat buat sunnah nabi, kita boleh tolong orang baiki kualiti hidup dia kan. Dan, yakinlah rezeki Allah itu maha luas. Allah akan bagi rezeki kepada mereka yang berusaha. Kerja kita hanya perlu doa dan usaha. Selebihnya serahkan kepada Allah.

Bagi ibu-ibu yang ingin bertanyakan pendapat saya, saya akan mencadangkan yang terbaik untuk anda. Saya akan memberikan jadual dan cara makan yang tepat untuk anda supaya anda mendapat hasil yang optimum. Akhir kata, sayangi diri anda dan hadiahkanlah diri anda dengan makanan yang berkhasiat dan cukupkan keperluan badan anda. Kita perlu sayang diri kita dulu, kemudian barulah kita sayang orang sekeliling pulak :)


Salam Subuh :)


#spreadthelove
#talkfromheart
#irnisuhana


LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com





Sunday 22 November 2015

Macam Mana Nak Kekal Positif?

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Be positive in whatever condition we are now. Macam mana nak kekal positif? Sentiasa fikir yang baik-baik, rasa yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan buat yang baik-baik saja,  Sebab, apa yang kita fikir, rasa, cakap, buat, semua adalah doa. Jika kita sentiasa positif, insyaAllah hasilnya juga positif.

Positive Mind. Positive Vibes. Positive Life.

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

4 Cara Mengawal Kolestrol Dalam Badan Secara Semulajadi

Teks: Irni Suhana Muhamad
Gambar: Carian Google

Assalamualaikum..Apa khabar semua? Irni doakan semoga kawan-kawan semua sihat. Sekarang ni kalau Irni bukak facebook, banyak sangat resepi makanan yang sedap-sedap dan memang buat kita semangat nak masak..hehe..

Makanan kita setiap hari memang susah nak elak dari makanan berminyak, bersantan dan berlemak. Bermula dengan sarapan pagi, ada nasi lemak, roti canai lagi, wah sedap nya..Tengah hari pula, ada ayam gulai, ayam masak merah, ikan goreng lagi, semua banyak minyak.

Memang susahlah nak elak makan benda berminyak ni kan. Sedar tak kita, pemakanan macam ni boleh menyumbang kepada peningkatan kolestrol dalam badan kita.



Kolestrol sebenarnya penting dalam pembinaan sel baru, namun jika diambil secara berlebihan, kolestrol akan termendap dalam salur darah.

Kolestrol akan termendap pada salur darah dan akan menyebabkan atherosclerosis. Apabila keadaan ini terjadi, salur darah akan menjadi sempit dan dapat mengganggu pengagihan oksigen ke seluruh badan.

Yang paling menakutkan, tinggi kolestrol ni tiada simptom. Jangan sampai kita dapat komplikasi akibat kolestrol tinggi bari kita nak jaga makan. Apa komplikasi kolestrol tinggi? Kolestrol tinggi boleh menyebabkan kita sakit dada, mendapat serangan jantung dan juga strok. Jadi, sebelum terlambat, jom kita buat pemeriksaan kolestrol di klinik.

Amalkan gaya hidup sihat untuk mengawal kolestrol dalam badan. Bagaimana caranya?

1. Kawal berat badan

  • Berat badan yang berlebihan sedikit sebanyak menyumbang kepada tinggi kolestrol.
  • Cuba kita perhatikan tabiat makan dan rutin seharian kita. 
  • Kalau kita ni jenis suka makan bila stress atau bila boring, cuba kita tukar rutin ni dengan berjalan-jalan di sekitar.
  • Jika kita jenis suka makan sambil tengok TV, apa kata cuba tukar kepada makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan elakkan makan makanan ringan. 


2. Makan makanan yang sihat
  • Kurangkan pengambilan lemak yang mengandungi lemak tepu.
  • Elakkan makan makanan yang mengandungi lemak trans seperti marjerin, biskut, kek dan lain-lain. Pengambilan lemak trans boleh meningkatkan kadar HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi/ kolestrol jahat).
  • Hadkan pengambilan makanan tinggi kolestrol seperti telur kuning, organ dalaman dan produk tenusu penuh.
  • Makan makanan bijirin penuh seperti oat, pasta dan beras perang.
  • Makan buah-buahan dan sayuran yang kaya fiber mampu mengurangkan kolestrol.
  • Makan ikan salmon dan mackerel yang kaya dengan omega-3 untuk memelihara kesihatan jantung.
3. Mengamalkan Senaman
  • Senaman secara konsisten dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.
  • Bersenam 30-60 minit setiap hari. Sebagai contoh, kita boleh amalkan naik tangga, elakkan guna lif, 'brisk walk' (jalan pantas)
4. Berhenti Merokok (klik SINI untuk tahu cara berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya)

  • Jika anda seorang perokok, lebih baik anda berhenti merokok sekarang.
  • Berhenti merokok membantu memperbaiki kadar kolestrol baik, iaitu HDL.
  • 20 minit selepas anda berhenti merokok, tekanan darah anda akan turun. Dan selepas 24 jam, risiko untuk mendapat serangan jantung juga akan menjadi semakin berkurang. Dalam masa setahun, risiko mendapat sakit jantung berkurang menjadi separuh berbanding perokok. Dan, dalam masa 15 tahun selepas berhenti merokok, risiko untuk mendapat sakit jantung adalah sama dengan orang yang tak pernah merokok. (sumber: Mayo Clinic)
  • Jadi, apa lagi, jom berhenti merokok sekarang! You can change your life!

Ok, jom kita cuba ubah lifestyle kita. 

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Review : Kenapa Kak N kata B complex bagus untuk kurus?

Review : Kenapa Kak N kata B complex bagus untuk kurus?*



Antara vitamin Shaklee yang tarawal saya makan ialah Kalsium Magnesium, Instant Protien [ nama lama bagi Energizing Soy Protien ESP], B complex, Lecithin dan Vitalea. Produk ini masih saya amalkan sehingga hari ini. Namun ada sesuatu yang ingin saya share kan, apakah sebenarnya manfaat pengambilan B complex?

B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu 

1. Thiamin (B-1), 
2. Riboflavin (B-2), 
3. Niacin (B-3), 
4. Pantothenic acid (B-5), 
5. Pyridoxine (B-6), 
6. Folic acid (B-9)
7. Cobalamin (B-12) dan 
8. Biotin.

Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan keperluan B dalam tubuh kita.

Minda kita telah diterapkan kononnya B complex adalah punca kegemukkan. Namun setelah saya kenali Shaklee dan amalkan vitamin ini dah masuk 13 tahun, saya dapati ianya tidak seperti yang digembar gemburkan.

Mengapa sebenarnya orang kata vitamin B itu menggemukkan ya? Saya rasa ini kerana vitamin B akan membuatkan individu itu cepat lapar. Bila cepat lapar kita intend to eat more and more. Maka lama kelamaan akan menyebabkan kegemukkan. Namun mengapa ada sesetengah orang walau kuat makan, tapi dia tak mudah gemuk? Keadaan ini akan dikaitkan pula dengan kadar metabolisme yang tinggi dalam badan akan membantu mencernakan lemak dan karbohaidrat kepada tenaga dan tidak disimpan di dalam badan.

Saya telah amalkan B complex selama hampir 13 tahun, jika benar ia menggemukkan...saya pasti mereka yang dah amalkan 20 tahun pasti mempunyai badan yang sangat besar sehingga tidak mampu menyokong tubuh badan mereka. Namun ada sesuatu yang tidak kita sedari....fungsi setiap vitamin B di dalam vitamin itu tadi....

Saya beri contoh :

B12 adalah ko faktor dalam metabolisme karbohaidrat

B1 penting untuk pecahan karbohaidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.
Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos   [gula dalam darah].


Maka pada saya secara peribadi vitamin B complex memang membantu dalam pembakaran glukos dan karbohaidrat menjadi tenaga. Pengambilan air sangat penting dalam membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang benar kita akan mudah terasa lapar, namun tak salah jika makan sedikit yang makanan berkhasiat tetapi BUKAN kudapan ringan yang kaya dengan msg, bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

Saya sendiri amalkan makan pagi [ jika sibuk sangat baru saya breakfast dengan ESP, MS dan PD], lunch dan dinner. In between meal kalau lapar makan biskut dengan air, makan buah dan paling banyak saya amalkan minum air kosong aje. Pada saya nafsu makan ini hanya boleh dikawal oleh minda yang rasional. Kalau ikutkan nafsu lapar memang takkan buat kerja lain selain makan dan makan sepanjang hari.

Saya memang suka B complex Shaklee kerana saya yakin dengan pengambilan vitamin b ini membantu menukarkan segala [tenaga yang tersimpan @ stored energy ] kepada tenaga sepanjang saya aktif.

Hakikat nya berat badan kita meningkat/ bertambah apabila banyak karbohaidrat , lemak dan gula yang diambil hanya disimpan di dalam badan dan tidak digunakan.

Ia berpunca kurangnya B complex dalam badan yang berfungsi sebagai spark plug untuk membakar glukos/ karbohaidrat kepada tenaga.

Bagi saya jika cukup vitamin B complex dalam badan, insyaALLAH penukaran glukos kepada tenaga dapat berjalan dengan lancar dan tidak hanya disimpan di dalam tubuh semata-mata.

Maka jika anda ibu yang menyusu dan risau berat akan naik tidak turun2, amalkan makan vitamin B complex dengan konsisten selain pengambilan Lecithin dan Omega yang memang bagus untuk membakar lemak.
B complex sangat membantu kepada ibu menyusu aktif sepanjang hari, mood yang baik, dapat mengawal stress dan ia jua perlu dan penting untuk keperluan bayi yang membesar.
Boleh baca SINI untuk ketahui kebaikan dan manfaat B complex. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kredit : anakkuwiraku.com

(Nota ni saya dapat dari Notes kat fb Master Lyna Noh :)


LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com



Saturday 21 November 2015

Your Child is What You Eat

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.
Kawa-kawan makan apa tengah hari ni? Irni masak simple je, buat sup ayam, telur dadar dan sayur goreng. Ha, Irni teringat masa dulu-dulu, masa waktu rehat, Irni selalu pam susu secara berjemaah kat surau dekat klinik. Masa tu Irni menyusukan si kembar. 

Semasa sesi pam susu secara berjemaah kat surau tu, ada kawan Irni yang masuk sembahyang kat situ tegur yang susu Irni pam tu nampak cair. Yang kakak sorang lagi nampak pekat. Ye betul la apa dia cakap. Susu Irni memang cair, yang akak tu pulak nampak pekat, nampak macam yummy je..hehe

Bila Irni fikir, kakak tu memang bagus. Dia makan banyak sayur dan lauk. Irni pulak, makan nasi je banyak, sayur pulak tak berapa nak makan. Betullah orang cakap, apa yang kita makan, itu lah yang anak kita dapat. Jadi, kalau kita makan makanan seimbang, insyaAllah lagi banyak zat anak kita dapat.

Sekarang Irni dalam tempoh penyusuan baby Hani. Sekarang baby Hani dah 2 bulan lebih. Irni bersyukur sebab dapat memberikan susu ibu secara eksklusif kepada baby Hani. Dan yang paling Irni suka, setiap kali Irni pam susu, susu yang dipam tu memang pekat. Memang beza sangat rasa bila Irni ambil Set Menyusu Shaklee ni. Bila bagi susu kat baby pun, baby cepat kenyang. Alhamdulillah, Irni suka sangat. Bila baby cepat kenyang, kita ada banyak masa untuk buat benda lain lagi kan. 


Jadi, untuk ibu menyusu, sangat penting bagi kita untuk jaga pemakanan kita. Ambil makanan yang seimbang dan banyakkan minum air masak (nasihat untuk diri saya juga). Pengambilan Set Menyusu Shaklee tersangatlah membantu Irni dalam menyusukan baby dan menjadikan kita sentiasa cergas.
Ok, good luck untuk semua ibu menyusu. Teruskan niat murni anda kerana setiap titik air susu yang diberikan kepada baby anda akan diberikan pahala oleh Allah. Lets do it together :)

#spreadthelove
#talkfromheart
#irnisuhana

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Friday 20 November 2015

Jom Jadi Isteri Yang Bertenaga, Ceria dan Cantik :)

Assalamualaikum..
Sekarang Irni masih dalam cuti berpantang. Irni ambil cuti 3 bulan. Hehe, memang seronok betul dapat cuti lama. Bermula hari Sabtu lepas, Irni dah balik ke Jeli walaupun belum mula kerja sebab husband kerja kat Jeli. Sebelum ni, duduk kat rumah mak, memang relaks sangat-sangat. Mak selalu masak, saya tolong sikit-sikit je. Ayah ada untuk tolong tengok-tengokkan Auni Amni masa saya jaga baby Hani. Dan, bila balik ke Jeli, semua tu saya kena buat. Masak, jaga anak, kemas rumah semua kita kena buat. Selama ni, dok rumah mak, seronok je goyang kaki..hehe

Bila jadi suri rumah sepenuh masa ni, sedikit sebanyak membuatkan Irni lebih berterima kasih kepada emak yang jaga kami adik-beradik. Kami semua ada 7 beradik dan semestinya setiap orang ada karenah masing-masing. Saya yakin mak anda semua pun macam tu kan. Tak kira berapa ramai adik beradik, tapi nak melayan karenah kita masa kecik-kecik dulu bukan senang kan.

Irni rasa pengambilan supplemet sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan mengambil supplement, kita dapat memastikan badan kita mendapat zat yang secukupnya. Apabila badan mendapat zat yang secukupnya, badan akan menjadi lebih bertenaga dan kita tidak mudah stress. Pengambilan supplement juga dapat membantu kita kekal aktif di samping menjadikan kulit kita lebih cantik.

Kalau tanya Irni apa supplement yang penting untuk menjadikan kita sentiasa bertenaga, ceria dan cantik:

1. Vitalea 
  • Vitalea adalah sejenis multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.
  • Anda ingat tak bila kali terakhir anda makan mengikut piramid makanan? Kalau anda pun tak tahu bila kali terakhir anda makan mengikut piramid makanan, Irni rasa, pengambilan multivitamin sangat membantu untuk mencukupkan segala nutrien yang diperlukan oleh badan.
2. B-complex
  • B-Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga menjadikan kita sentiasa aktif.
  • B-complex juga membantu mengurangkan rasa stress
3. Vitamin C
  • Vitamin C membantu menguatkan imun badan dan menghalang kita daripada demam dan selesema.
  • Vitamin C terbukti dapat menyingkirkan hormon kortisol iaitu hormon stress. Apabila kita stress, hormon kortisol akan dirembeskan. Hormon kortisol merangsang peningkatan gula dalam darah dan peningkatan tekanan darah. Jadi, jangan stress ye, tak elok untuk kesihatan.
  • Dan, yang paling penting, bila kita amal makan vitamin C, kulit akan jadi lebih cantik, nanti cik abang puji :P
4. Energizing soy Protein
  • Yang ni salah satu favourite Irni. Irni suka sangat buat air milo + ESP dan air susu + ESP. Memang sedap sangat!
  • ESP membantu kita untuk kekal bertenaga untuk melakukan kerja-kerja kita.
  • ESP juga boleh mencantikkan kulit kerana ESP :)
Kalau kawan-kawan nak tahu, 1 botol supplement ni tahan lama tau. Jadi, tak rugi kalau kita melabur sikit untuk diri kita sendiri, untuk kesihatan kita. Sekali beli, boleh tahan lama.

  • Vitalea ada 120 biji, boleh tahan 4 bulan.
  • B-complex ada 120 biji, tahan 4 bulan
  • Vitamin C ada 180 biji, tahan 6 bulan
  • ESP, 1 canister berat 850g, tahan sebulan setengah hingga 2 bulan
Tahan lama kan supplement ni. Sekali beli, lama kita boleh makan. Jadi, jom kita hadiahkan diri kita dengan makanan kesihatan yang berkhasiat dan baik untuk tubuh kita dalam jangka masa panjang. Jom buat keputusan sekarang untuk sayangi diri dan juga sayangi orang lain dengan menjadi lebih sihat.

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com







Wednesday 11 November 2015

Tips Hilangkan Stress Dalam Masa 5 minit!

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.. Hari ni Irni nak kongsikan 5 langkah untuk kurangkan stress dalam masa 5 minit!



1. Ambil vitamin C

Pengambilan Vitamin C terbukti membantu menyingkirkna hormon kortisol yang mana hormon kortisol ni la yang menyebakan kita rasa stress. Hormon kortisol ni tak elok untuk kita sebab boleh sebabkan tekanan darah boleh menjadi lebih tinggi, ketidakhadaman dan juga merendahkan imunisasi badan. Sebab tu lah kalau kita selalu stress, kita mudah jatuh sakit.

Selamat tinggal stress! Ambil buah limau atau buah kiwi dan makan! Supplement Vitamin C juga boleh dijadikan alternatif.

2. Makan kacang pistachio sebagai snek

Pistachio ni adalah salah satu makanan yang rendah kalori, rendah lemak dan tinggi fiber.  Makan kacang pistachio ni jugak bagus untuk mengelakkan penyakit jantung, mengurangkan kolestrol dan menghalang kerosakan sel. Semasa kita dalam keadaan stress, makan kacang pistachio dapat mengurangkan tekanan darah dan degupan jantung. Jadi, bila rasa stress, makanlah kacang pistachio!

3. Buat urutan telinga

Macam mana cara nak buat urutan telinga ni? Urutan telinga ni adalah berdasarkan sistem akupuntur. Urutan pada cuping telinga, membantu merelakskan otot-otot pada muka dan badan. Oh, cara urutan ni adalah seperti cara kita berwudhu masa nak basuh telinga. Subhanallah, yang ni Irni baru tahu. 

Urutan telinga boleh dilakukan selama seminit hingga 2 minit. 

4. Buat urutan dahi

Buat urutan di tengah-tengah kening. Kawasan tu berkait dengan kelenjar pineal, kelenjar endokrin yang berfungsi untuk menghasilkan melatonin. Bermula dengan urutan lembut di tengah-tengah kening sehingga ke bahagian tengah atas kening. 

Semua ini boleh dilakukan dalam masa 5 minit, terutama urutan tersebut boleh dilakukan seberapa kali yang anda suka.

Untuk pemilihan Vitamin C yang sesuai, dan cara makan yang berkesan, anda boleh hubungi Irni. Dapatkan juga tawaran istimewa untuk Vitamin C sempena bulan November 2015.

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Thursday 5 November 2015

Bagaimana Vitamin C Boleh Mencantikkan Kulit

Teks: Irni Suhana Muhamad

Ramai orang nak cantik kulit ambil vitamin c kan. Ada yang maka supplement, dan ada juga yang cucuk. Jika anda pilih untuk ambil supplement, pastikan anda pilih yang semualjadi, elakkan ambil jenis sintetik. Pastinya yang semulajadi itu lebih selamat kan? Jom tengok, bagaimana Vitamin c boleh mencantikkan kulit:


1. Melindungi dari kesan cahaya matahari

  • Pengambilan Vitamin C membantu mengehadkan kerosakan sel yag disebabkan oleh cahaya matahari. 
  • Vitamin C yang berfungsi sebagai atioksidan melindungi kerosakan kulit akibat dari radikal bebas yang bahaya.
2. Menegangkan kulit
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen. Kolagen semulajadi yang terbentuk menjadikan kulit lebih tegag dan nampak lebih berseri.
3. Membantu penyembuhan luka
  • Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C membantu penghasilan kolagen dan mengurangkan inflamasi menyebabkan luka lebih cepat sembuh.
4. Selamat tinggal kulit kering
  • Pengambilan Vitamin C mengurangkan risiko mendapat kulit kering. Asid askorbik menggalakkan penghasilan penghalang lemak yang boleh mengelakkan kehilanga air pada badan.
Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan Vitamin C sekarang! Dapatkan diskaun 5%*.
* untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Irni.


LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com