Showing posts with label Tips Penjagaan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penjagaan Kesihatan. Show all posts

Thursday, 24 December 2015

Shaklee Collagen Powder

Semakin umur kita meningkat, kolagen dalam badan kita akan mkain berkurang menyebabkan lebih banyak kedutan dan garis halus pada kulit, juga kulit akan menjadi semakin kendur.

Apakah yang menyebabkan kolagen makin berkurang dalam badan kita?Adakah kerana penuaan? Ya, penuaan adalah salah satu punca kehilangan kolagen. Tapi, kalau boleh, kita tak nak tua sebelum usia kan? Kehilangan kolagen dalam badan juga boleh dipercepatkan oleh faktor luaran seperti sinaran matahari, radikal bebas do udara, air & nutrisi, asap rokok dan lain-lain.

Pengambilan Shaklee Collagen Powder terbukti dapat mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut pada kulit.

Mengikut kajian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee, pengambilan Shaklee Collagen Powder secara berterusan selama 8 minggu membaiki penampilan kulit sebanyak 71%. Wow, 71% tu.. Maksud nya, kulit kita akan ada perubahan dari segi kulit lebih lembap, lebih licin , kurang kedut dan lebih berseri.  Ni daripada ujian klinikal, bukan saya yang cakap tau :)

Apa istimewanya Collagen Shaklee Powder ni? Kita tengok dulu ramuan utama Shaklee Collagen Powder ni..

1. Kolagen dari sisik ikan merah

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan lain.

2. Ekstrak biji Camellia Japonica

Biji Camelia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat. Isoflavon adalah antioksida semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan biji Camillia Japonica, membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin daripada kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel dan tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit yang tegang, anjal dan elastik.

5. Vitamin B dan C

Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi penghasilan kolagen di dalam sel.

Vitamin C pula menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.

6. Ekstrak kekerang

Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesi cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi. Ia juga boleh membantu menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobasillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat dan membantu penyerapan kolagen secara optimum dalam badan.

Untuk tampak lebih muda dan berasa lebih sihat, anda wajib cuba Shaklee Collagen Powder. Untuk pembelian secara kad debit atau kad kredit, anda boleh klik kat bawah :)



Atau, anda juga boleh menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut. 


Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 5157141 (SMS/WHATSAPP)
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Sunday, 6 December 2015

10 Cara Meningkatkan Metabolisma Badan

Metabolisma adalah kalori atau tenaga yang dibakar untuk aktiviti seharian kita. Metabolisma setiap individu adalah berbeza, bergantung kepada jumlah tisu otot dalam badan kita. Apabila tisu otot lebih banyak daripada lemak, kadar metabolisma lebih tinggi.

Cara meningkatkan metabolisma badan

1. Minum air secukupnya. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

2. Makan snek dengan kerap bagi mengelakkan kita rasa lapar dan mengambil banyak makanan pada waktu makan yang seterusnya. Boleh makan makanan fiber tinggi, buah-buahan dan biskut.

3. Jangan lupa supplement kalsium. Kekurangan kalsium menyebabkan mencentuskan hormon badan anda yang menyebabkan badan anda berbaur dengan lemak yg mana lemak ini sepatutnya boleh dibakar. Kita boleh mengambil keju dan susu rendah lemak.

4. Ambil vitamin C. Vitamin C dan kalsium adalah rakan baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium membantu meningkatkan metabolisma dan vitamin C membantu penyerapan kalsium.

5. Tidur yang cukup. Tidur 7-8 jami setiap har penting untuk meningkatkan metabolisma. Jangan terkurang atau terlebih tidur. Cuba kekalkan rutin yg sama stp hari

6. Jangan stress. Stress meningkatkan hormon kortisol. Hormon kortisol akan memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak. Lakukan yoga atau bermeditasi boleh bantu kurangkan tekanan

7. Sinar matahari baik utk metabolisma badan. Waktu terbaik adalah jam 11 pagi dan 3 petang. Dapatkan sedikit sinar mentari, keluar berehat sebentar dan berjalan-jalan.

8. Bersenam. Lakukan senaman ringan selama 15 minit sehari

9. Pedas. Berita baik untuk anda kerana makanan pedas dapat meningkatkan metabolisma badan anda.

10. Minum teh hijau. minum 4-5 cawan sehari untuk meningkatkan metabolisma.


LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Wednesday, 2 December 2015

Berhenti Merokok Dengan Cepat Untuk Selama-lamanya

Assalamualaikum..

Hari ni Irni nak share bagaimana cara yang cepat dan selamat bagi perokok untuk berhenti merokok. Irni tau, bukan senang nak berhenti merokok kan. Ayah Irni sendiri dulu seorang perokok. Setelah terkena serangan jantung kali pertama, ayah terus berhenti merokok. Tapi, tak lama lepas tu, ayah kembali merokok. Mungkin sukar nak berhenti merokok bila kawan-kawan asyik merokok kat pejabat. Kemudian, lepas terkena serangan jantung buat kali ke 2, ayah terus berhenti merokok sampai la sekarang.

Kalau boleh, kita janganlah sampai terkena penyakit baru nak berhenti merokok. Kalau dulu Irni tau ada cara yang mudah dan selamat ni, dah lama Irni bagitau ayah. Jom tengok video ni, macam mana Encik Uzir berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Kalau anda pun teringin untuk berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya, atau, anda nak tengok orang yang anda sayang berhenti merokok, anda boleh hubungi Irni. Irni akan cuba bantu anda.



LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com



Saturday, 21 November 2015

Your Child is What You Eat

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.
Kawa-kawan makan apa tengah hari ni? Irni masak simple je, buat sup ayam, telur dadar dan sayur goreng. Ha, Irni teringat masa dulu-dulu, masa waktu rehat, Irni selalu pam susu secara berjemaah kat surau dekat klinik. Masa tu Irni menyusukan si kembar. 

Semasa sesi pam susu secara berjemaah kat surau tu, ada kawan Irni yang masuk sembahyang kat situ tegur yang susu Irni pam tu nampak cair. Yang kakak sorang lagi nampak pekat. Ye betul la apa dia cakap. Susu Irni memang cair, yang akak tu pulak nampak pekat, nampak macam yummy je..hehe

Bila Irni fikir, kakak tu memang bagus. Dia makan banyak sayur dan lauk. Irni pulak, makan nasi je banyak, sayur pulak tak berapa nak makan. Betullah orang cakap, apa yang kita makan, itu lah yang anak kita dapat. Jadi, kalau kita makan makanan seimbang, insyaAllah lagi banyak zat anak kita dapat.

Sekarang Irni dalam tempoh penyusuan baby Hani. Sekarang baby Hani dah 2 bulan lebih. Irni bersyukur sebab dapat memberikan susu ibu secara eksklusif kepada baby Hani. Dan yang paling Irni suka, setiap kali Irni pam susu, susu yang dipam tu memang pekat. Memang beza sangat rasa bila Irni ambil Set Menyusu Shaklee ni. Bila bagi susu kat baby pun, baby cepat kenyang. Alhamdulillah, Irni suka sangat. Bila baby cepat kenyang, kita ada banyak masa untuk buat benda lain lagi kan. 


Jadi, untuk ibu menyusu, sangat penting bagi kita untuk jaga pemakanan kita. Ambil makanan yang seimbang dan banyakkan minum air masak (nasihat untuk diri saya juga). Pengambilan Set Menyusu Shaklee tersangatlah membantu Irni dalam menyusukan baby dan menjadikan kita sentiasa cergas.
Ok, good luck untuk semua ibu menyusu. Teruskan niat murni anda kerana setiap titik air susu yang diberikan kepada baby anda akan diberikan pahala oleh Allah. Lets do it together :)

#spreadthelove
#talkfromheart
#irnisuhana

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Wednesday, 11 November 2015

Tips Hilangkan Stress Dalam Masa 5 minit!

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.. Hari ni Irni nak kongsikan 5 langkah untuk kurangkan stress dalam masa 5 minit!



1. Ambil vitamin C

Pengambilan Vitamin C terbukti membantu menyingkirkna hormon kortisol yang mana hormon kortisol ni la yang menyebakan kita rasa stress. Hormon kortisol ni tak elok untuk kita sebab boleh sebabkan tekanan darah boleh menjadi lebih tinggi, ketidakhadaman dan juga merendahkan imunisasi badan. Sebab tu lah kalau kita selalu stress, kita mudah jatuh sakit.

Selamat tinggal stress! Ambil buah limau atau buah kiwi dan makan! Supplement Vitamin C juga boleh dijadikan alternatif.

2. Makan kacang pistachio sebagai snek

Pistachio ni adalah salah satu makanan yang rendah kalori, rendah lemak dan tinggi fiber.  Makan kacang pistachio ni jugak bagus untuk mengelakkan penyakit jantung, mengurangkan kolestrol dan menghalang kerosakan sel. Semasa kita dalam keadaan stress, makan kacang pistachio dapat mengurangkan tekanan darah dan degupan jantung. Jadi, bila rasa stress, makanlah kacang pistachio!

3. Buat urutan telinga

Macam mana cara nak buat urutan telinga ni? Urutan telinga ni adalah berdasarkan sistem akupuntur. Urutan pada cuping telinga, membantu merelakskan otot-otot pada muka dan badan. Oh, cara urutan ni adalah seperti cara kita berwudhu masa nak basuh telinga. Subhanallah, yang ni Irni baru tahu. 

Urutan telinga boleh dilakukan selama seminit hingga 2 minit. 

4. Buat urutan dahi

Buat urutan di tengah-tengah kening. Kawasan tu berkait dengan kelenjar pineal, kelenjar endokrin yang berfungsi untuk menghasilkan melatonin. Bermula dengan urutan lembut di tengah-tengah kening sehingga ke bahagian tengah atas kening. 

Semua ini boleh dilakukan dalam masa 5 minit, terutama urutan tersebut boleh dilakukan seberapa kali yang anda suka.

Untuk pemilihan Vitamin C yang sesuai, dan cara makan yang berkesan, anda boleh hubungi Irni. Dapatkan juga tawaran istimewa untuk Vitamin C sempena bulan November 2015.

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Wednesday, 28 October 2015

Set Kesuburan Shaklee Bagi Yang Berusaha Mendapatkan Anak

Teks: Irni Suhana Muhamad
Gambar: Carian Google

Assalamualaikum.. Setiap pasangan yang berkahwin mesti ada perasaan inginkan anak. Teringat kata-kata Prof Muhaya apabila ada orang bertanya mengenai dirinya sudah lama berkahwin tapi masih belum dapat anak.

Prof Muhaya kata, awak risau tak de anak ni kenapa? Sebab malu kat orang? Sebab orang asyik tanya? Kenapa nak ikut cakap orang tu. Anak soleh ni adalah pencen kubur kita. Tapi kalau Allah tak nak bagi awak anak, mungkin Allah nak bagi benda lain yang lebih baik untuk awak. Macam tu la lebih kurang Prof cakap.

Jadi, bagi sesiapa yang dah lama berkahwin tapi masih belum dapat anak, jangan sedih dan jangan risau. Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk anda. Dan, tak salah jika anda berusaha untuk mendapatkan zuriat. Setelah usaha, apa pun hasilnya, kita kena redha dengan ketentuan Allah.

Bagaimana nak usaha untuk dapatkan anak? Di sini, Irni attachkan kata-kata Dr Hamid Arshat tentang pasangan yang berusaha nak mendapatkan anak.

Menurut Dr Hamid, pasangan boleh membuat ujian kesuburan. Banyakkan berdoa kepada Allah. Doa itu kan senjata orang mukmin :)

Dr Hamid juga menekankan mengenai penjagaan kesihatan badan dengan menguruskan badan dengan cara menjaga maka dan bersenam 30 minit setiap hari. Selain dari itu, pemakanan supplement jug penting seperti multivitamin, Vit E, Vit C, dan asid folik. Dan, tenangkan hati dan fikiran. Jangan tergesa-gesa untuk membuat rawatan. 

Jadi, apa kata kita cuba dulu dengan mengawal makan, bersenam dan makan vitamin. Pemilihan vitamin juga penting tau. Pilihlah vitamin dari bahan semulajadi berbanding vitamin sintetik yang lebih murah. Vitamin Shaklee adalah sejenis vitamin semulajadi dan selamat.

Set Kesuburan seeloknya diambil oleh suami dan juga isteri. Cik abang, bukan isteri je kena makan tau, awak pun kena makan jugak ye :p

SET KESUBURAN SUAMI PREMIUM

1. Zinc Complex (RM 33.75)
Berfungsi untuk melindungi kesihatan prostat dan memperbaiki kemampuan seks lelaki. Juga, meninggikan kiraan sperma. 

Zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Jadi, pengambilan zink sangat penting untuk organ seks lelaki.

2. Vitamin E (RM149)
Vitamin E dikenali sebagai vitamin cinta. Vitamin E mampu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Pengambilan Vitamin E juga dapat meningkatkan jumlah sperma.

SET KESUBURAN ISTERI PREMIUM

1. GLA Complex (RM 91.25)
GLA Complex membantu wanita menghasilkan 'cecair kesuburan' yang membantu sperma untuk hidup lebih lama dalam tiub fallopio dan seterusnya meningkatkan potensi untuk ovum bercantum dengan sperma. 

Pengambilan GLA Complex juga membantu wanita yang mengalami masalah haid tidal teratur untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur. Kitaran haid yang teratur membantu untuk mengenalpasti waktu subur wanita. 

2. Alfalfa Complex (RM 53.75)

Berfungsi seperti herba kacip fatimah yang membantu masalah keputihan dan juga memberi kesan perapat.

Pengambilan alfalfa juga membantu menstabilkan hormon.

3. ESP (RM 150)

Membantu menguatkan dinding rahim. Juga, membantu penghasilan ovum yang lebih berkualiti. 

Jumlah Set Kesuburan Premium: RM 477.75

"Tapi, bagaimana kalau saya sekarang tengah bajet?"

Jangan risau, sebab anda boleh mula dengan mencuba Set Kesuburan Asas. 

Set Kesuburan Asas Lelaki: 
1. Zinc Complex (RM 33.75)

Set Kesuburan Asas Wanita
1. GLA Complex (RM 91.25)

Jumlah Set Kesuburan Asas: RM 125.00

Irni doakan yang terbaik untuk anda semua. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua :)

LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Thursday, 24 September 2015

Set Bersalin Banyakkan Susu

Teks: Irni Suhana Muhamad
Video: Vimeo Ireach

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ni baby dah umur 13 hari. Cuma baby Irni ada sedikit jaundice. Baby sangat suka tidur siang dan berjaga malam. Puas kejut baby untuk menyusu, akhirnya kita bagi susu sikit dia dah tertidur. Kadang-kadang tu bila kejut, dia tak nak bangun pun. Susah hati juga Irni dibuatnya.

Selepas bersalin, benda yang paling merisaukan adalah menyusu. Bukan apa, menyusu ni sangat penting sebab baby cuma boleh minum susu je kan..heee..Lagipun, susu ibu adalah makanan terbaik untuk baby. Jadi, kita sebagai ibu perlu berusaha yang terbaik untuk memberikan yang terbaik untuk anak kita.

Pengalaman Irni yang gagal untuk memberikan susu ibu secara ekslusif kepada baby sangat menyesalkan. Rasa macam terkilan sebab tak cari ilmu yang cukup dan menjayakan penyusuan secara ekslusif.

Jadi, untuk baby kali ni, Irni bertekad untuk memberikan bayi susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan. Semoga Allah mempermudahkan  dan memperkenankan doa Irni ini..Amiin..

Sebelum ini, Irni ada bagitau pasal set berpantang kan. Irni sekarang pun guna set berpantang dari Shaklee. Irni rasa macam bersalah je kalau tak kongsi kebaikan ni dengan orang lain. Bukan sahaja badan terasa cergas, tapi juga susu badan pun alhamdulillah memang banyak sangat. Terima kasih Allah kerana murahkan rezeki baby ni dengan memberi susu yang banyak. Kalau ada kawan-kawan yang ada masalah pengeluaran susu badan, apakata kita cuba Set Bersalin Shaklee ni. InsyaAllah hasilnya tak akan mengecewakan.

Bukan Irni sorang yang cakap tau. Jom tengok feedback dari Puan Hidayah dari Sabah ni. Puan Hidayah ni melahirkan anak pramatang. Besar dugaannya kan apabila bayi keluar awal, dengan susu belum ada, dengan perlu berulang ke hospital sebab bayi masih dalam NICU. Memang perlu kekuatan fizikal dan mental kan. Ok, jom kita tengok video dari Puan Hidayah ni.


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Dilema Ibu Bayi Pramatang

Saya bersalin anak premature 32 minggu dan dia duduk di NICU. Saya tidak boleh makan jamu sebab saya ada hypertension, so Shaklee yang paling senang dan mudah bagi saya sebab saya selalu pergi ke hospital.

Kesan Selepas Bersalin

Selepas saya ambil Shaklee dalam masa seminggu, badan saya jadi kuat, luka saya cepat baik. Jadi, saya ada keyakinan dengan Shaklee dan tambah lagi order set Menyusu. (Mengandung) 32 minggu, saya punya susu belum ada lagi.

Menyusu Bayi Pramatang

Bila saya amalkan 2 bulan, saya betul-betul puas hati, sebab sebelum ni saya tak berjaya bagi breastfeeding. Sekarang ni, dengan anak dalam inkubator, saya berjaya bagi breastfeeding dengan batuan shaklee.

Keutamaan Seorang Ibu

Bagi saya, yang memberi kesan kepada saya, Shaklee membantu saya menyusukan bayi pramatang saya, itu yang paling utama dan menyebabkan saya sebahagian dari #ShakleeEffect di Sabah.

Begitulah dari Puan Hidayah. Bagi yang mencari Set Berpantang/ Set Bersalin Banyakkan Susu, Irni jamin anda tak kan menyesal. Bukan sahaja badan sihat, tapi susu banyak dan susu yang penuh khasiat dapat diberikan kepada bayi.

Jika anda berminat dengan Set Bersalin Banyakkan Susu, anda boleh contact Irni. InsyaAllah I will give the best guide for u. Jom kita sama-sama breastfeed baby kita. Susu ibu adalah makanan terbaik :)

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Friday, 18 September 2015

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Minum Soya Semasa Mengandung

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Sumber Google

Assalamualaikum. Kawan-kawan apa khabar? Irni tak tidur lagi ni. Sambil menyusukan baby, sambil main handphone..hee..Yela, dah ada baby baru, bermula lah hidup jadi burung hantu. Dan nanti kalau baby dah besar, mesti kita akan rindu saat-saat dia masih kecil kan. Rindu tengok muka dia, gelagat dia, tengok muka dia nangis, tengok dia senyum and macam-macam la. Kalau tengok baby, mesti kita akan rasa nak senyum kan. Kalau cium baby, kita mesti rasa tak puas kan. Mesti rasa nak cium banyak kali kan..hehe.. Itulah baby yang putih suci, belum ada dosa. 

Bercakap pasal putih suci ni, Irni teringat tentang amalan ibu mengandung yang nak anak putih melepak. Kawan-kawan pernah dengar tak kalau kita amal minum soya masa mengandung, anak yang keluar nanti akan putih melepak? Memang betul, ada yang jadi. Tapi ada jugak orang cakap, kalau kita amal minum soya masa mengandung, nanti kulit anak akan menjadi sensitif dan mudah dapat eczema. Irni teringat kakak Irni dulu sampai beli mesin buat air soya sebab suka minum air soya masa mengandung. Dan memang kulit anak saudara Irni tu agak sensitif dan memang kena jaga betul-betul untuk elak terkena eczema. So, adakah kita perlu elak minum soya semasa mengandung??

Tapi, bagi Irni, agak rugi kalau kita abaikan kebaikan soya ni. Soya ni kaya dengan protein. Protein sangat penting dalam pembentukan sel baru pada janin dan protein sangat penting dalam proses perkembangan janin. Soya juga kaya dengan vitamin B, khususnya B  khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan. (Sumber: http://pama.karangkraf.com/kehamilan/pemakanan/khasiat-susu-soya-untuk-ibu-hamil-1.51561)

Namun, dalam teknologi sekarang, terdapat soya yang dihasilkan dengan "genetically modified" kerana kosnya lebih murah. Cara pemprosesan soya yang menggunakan alkohol juga boleh menghilangkan khasiat soya. Jadi, apabila kita mengambil soya jenis ini, kita tidak mendapat manfaat dan kelebihan soya sepenuhnya.

Jadi, macam mana nak tahu soya tu "genetically modified" atau tak? 

Kalau tengok dengan mata kasar, memang kita tidak boleh beza. Jadi, untuk mengelakkan kita tersilap pilih, Irni syorkan kita cuba minum Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee. Kenapa ESP Shaklee?

1. ESP dihasilkan daripada soya yang "non genetically modified" dan diproses pada suhu rendah bagi kekalkan zat yang terkandung dalam soya

2. Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

3. Mempunyai Indeks Glisemik rendah

Apa kelebihan amalan minum soya semasa mengandung?



1. Mengurangkan alahan semasa hamil
  • Pada awal kehamilan, ada yang mengalami alahan dan tak lalu makan. ESP mengandungi vitamin B6 dan dapat mengurangkan rasa mual. Kalau kawan-kawan ada alahan mengandung, cuba ambil ESP.

2. Memberi tenaga berpanjangan
  • Semasa mengandung, kita mudah berasa letih. Dengan pengambilan ESP, insyaAllah boleh membantu kita untuk kekal bertenaga. Kalau kita hilang selera makan pada awal kehamilan, pengambilan ESP tersangatlah membantu untuk kita meneruskan aktiviti seharian seperti biasa.

3. Mengurangkan nafsu makan yang tak dapat dikawal
  • Selalunya nafsu makan yang tak dapat dikawal ni bermula selepas trimester ke-2. Apabila dah hilang alahan, mulalah kita nak qada makan kan. Mulut tu asyik nak mengunyah je dengan alasan makan untuk 2 orang. Badan tu dah naik macam dipam-pam. 
  • Bila berat badan tidak dikawal dengan baik, nanti takut lepas bersalin, badan susah nak turun balik..hehe buka nak marah makan banyak, tapi kalau kita tak jaga makan, kita kena hati-hati sebab kakau terlebih makan ni boleh undang penyakit lain pulak..
  • Jadi, kita boleh minum ESP untuk kawal nafsu makan tu. Makan biar bersederhana. Kita boleh makan macam-macam, tapi boleh kawal kuantiti yang diambil :)
4. Menguatkan dinding rahim

  • ESP mengandungi isoflavin yang memberi kesan seperti estrogen (phyto-estrogen). 
  • Ia membantu menebalkan dinding rahim pada awal kehamilan. 
  • Jadi, pengambilan ESP dapat menguatkan rahim dan mengurangkan risiko untuk berlaku keguguran.


5. Mencantikkan kulit ibu mengandung dan mengelakkan "stretch mark"

  • ESP kan mempunyai isoflavin yang memberi fungsi seperti estrogen, iaitu hormon wanita. 
  • Kulit ibu akan kelihatan lebih mulus dan berseri.
  • Protein yang tinggi dalam ESP juga membantu mengekalkan kulit yang sihat dan cantik di samping mengelakkan terjadi stretch mark pada perut. Prevention is better than cure right? :)

Jom, ibu hamil, kita minum soya. Semoga bayi dalam kandungan membesar dengan baik dan selamat. Sesiapa yang belum cuba ESP, jom la cuba ESP. Kalau anda nak tahu rahsia macam mana nak buat ESP jadi sangat sedap, PM Irni, nanti Irni share ok. Sebab dulu, Irni tak suka minum ESP, tapi bila kena caranya, honestly, ESP memang sangat sedap. Kalau sehari tak minum, rindu pulak rasa..hee..Contact me now to try ESP :)

Happy Pregnancy!

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

5 Tips Hilangkan Rengat Selepas Bersalin

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Sumber Google

Assalamualaikum.. Kawan-kawan apa khabar? Alhamdulillah sekarang Irni dalam tempoh berpantang selepas melahirkan untuk kali ke-2. Kawan-kawan pernah dengar tak perkataan rengat?

Rengat ni berlaku lepas bersalin, iaitu rasa sakit seperti contraction sebelum bersalin. Rengat ni selalunya terasa semasa kita menyusukan bayi. Apabila bayi menghisap susu, sebenarnya uterus kita akan turut bertindakbalas dengan mengecut. Sebab itulah penyusuan susu ibu kepada bayi membantu penyembuhan dengan lebih cepat.

Semasa menyusukan bayi, kita akan terasa contraction dan terasa sakit. Tidak semua orang akan mengalami rengat. Selalunya rengat akan terjadi selepas mengandung anak kedua dan seterusnya. Sama macam Irni, dulu masa berpantang si kembar, Irni tak terkena rengat tu. Cuma kali ni, memang sakit sangat rasa rengat tu sampai kadang-kadang nak bagi susu kat baby pun rasa takut, sebab takut rasa rengat.

Di sini, Irni nak share tips untuk menghilangkan rengat selepas bersalin.

1. Bertungku
Bertungku boleh dilakukan dengan batu sungai, atau tungku moden yang banyak terdapat di pasaran. Irni ambil pakej berpantang dari Aisya Humaira Beauty & Spa. Mereka memang sediakan perkhidmatan bertungku. Tungku yang digunakan adalah dari batu sungai. Alhamdulillah lepas sekali bertungku, terus hilang rasa rengat. Masa tu dia tungku seluruh badan bagi darah mengalir lancar dan alhamdulillah memang segar sangat rasa badan.

2. Berurut
Bagi Irni, urutan lepas bersalin sangat penting untuk legakan kembali urat-urat yang menegang semasa bersalin. Orang tua-tua kata, berurut juga boleh menghilangkan rasa rengat.

Teringat dulu, mak bidan membebel sebab lepas pantang 40 hari baru Irni pergi berurut. Semasa dalam pantang, Irni cuma berurut sekali je. Atas sebab kesibukan jaga kembar, Irni dah tak peduli dah nak pergi berurut lagi. Mak bidan tu pesan, masa dalam pantang, kita kena jaga betul-betul. Kena berurut, kena pakai bengkung dan kena makan jamu untuk kecutkan peranakan.

Sebab tu la untuk bersalin kali ni, Irni awal-awal dah tempah pakej berpantang supaya kita tak ter"miss" untuk berpantang dengan baik.

3. Sapu minyak panas pada perut dan kaki
Yang ni kita boleh sapu minyak panas pada perut dan pakai bengkung. Sapukan juga pada kaki dan pakai stokin.

4. Banyakkan baring
Kalau kita rasa rengat semasa menyusu, Irni nasihatkan supaya menyusu sambil berbaring supaya kurang sikit rasa sakit tu. Nanti bila dah hilang rengat, bolehlah cuba menyusu sambil duduk pula. Kalau Irni sendiri, Irni lebih suka menyusu sambil duduk untuk bayi yang baru lahir sebab takut baby lemas kalau bagi susu sambil tidur. Kalau bagi susu sambil baring, kita kena beringatlah ye!

5. Makan ubat penahan sakit
Yang ni Irni tak berapa nak syorkan sebab ubat penahan sakit ni tak berapa elok untuk kita. Lagipun, takkanlah setiap kali sakit setiap kali tu kita nak telan ubat kan. Cuma kalau dah tak tahan sangat kita bolehlah ambil supaya kita tidak rasa tertekan.


Jika anda ingin cuba ambik vitamin yang boleh bantu hilangkan masalah rengat, boleh terus whatsapp Irni ye. Irni akan cadangkan vitamin terbaik untuk anda.


LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Friday, 11 September 2015

Set Berpantang Terbaik yang Perlu Anda Cuba

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian google

Assalamualaikum..
Apa khabar kawan-kawan semua? Macam mana dah bersalin ke belum? hehe..Irni, still counting days..

Lepas bersalin nanti, kita mesti nak guna set berpantang kan? Anda pilih yang mana? Pengalaman Irni masa pantang anak pertama dulu guna set Amway. Alhamdulillah mak mertua bagi hadiah.. Mak mertua pesan, lepas bersalin kena jaga betul-betul. Ye la, lepas bersalin, badan dah tak sama macam anak dara dulu kan :p

Untuk bersalin kali ke-2 ni pulak, Irni ambil keputusan untuk cuba Set Berpantang Shaklee. Semasa mengandung, Irni ambil Set Ibu Mengandung Shaklee dan Irni rasa puas hati sangat. Jadi, untuk berpantang pun Irni nak teruskan consume Shaklee..

Lepas bersalin, perut kita dah tak cantik dah. Perut menggelebeh, kalau tak bernasib baik siap ada stretch mark lagi. Stress kan :(

Ada juga yang mengalami sembelit masa berpantang, macam Pn Khadeejah ni sampai serik nak bersalin sebab takut nak alami waktu berpantang tu. Jom tengok video Pn Khadeejah, apa yang dia buat untuk elakkan sembelit semasa berpantang anak kedua.


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo

Untuk Set Berpantang  Irni cadangkan untuk kita ambil Set Berpantang Optimum. Set berpantang ini sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal atau secara pembedahan. Set Berpantang Optimum terdiri daripada:

1. ESP (RM 150.00)
2. Vita-Lea Iron Formula (RM 88.75)
3. Sustained Release Vita-C Plus (RM 92.50)
4. B-complex (RM 53.75)
5. Alfalfa complex (RM 53.75)
6. Zinc Complex (RM 33.75)
7. Ostematrix (RM 61.00)

Total: 533.50
Klik gambar untuk order :)

Manakala, jika kawan-kawan berminat untuk mencuba Set Asas Berpantang pula adalah:

1. Vita-Lea Iron Formula (RM 88.75)
2. Sustained Release Vita-C Plus (RM 92.50)
3. B-complex (RM 53.75)
4. Zinc Complex (RM 33.75)

Total: RM 268.75
Klik gambar untuk order :)

Set berpantang boleh tahan lama, tahan sampai 3-4 bulan. Jadi, kita boleh terus makan vitamin ni walaupun dah habis waktu pantang 40 hari. Dengan mengamalkan set berpantang, badan kita akan menjadi lebih bertenaga untuk menjaga dan menyusu baby..

Irni ucapkan selamat berpantang kepada anda yang tengah berpantang, dan kepada yang belum bersalin, Irni doakan semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Sunday, 24 May 2015

4 Nutrien Penting Yang Selalu Kita Abaikan

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum semua. Tadi saya ada terbaca mengenai pemakanan seharian kita. Jadi, saya nak kongsikan dengan anda semua tentang apa yang saya baca. :)

Kalau kita perhatikan pemakanan kita dengan datuk nenek kita dahulu memang berbeza kan? Daripada pemerhatian saya semasa kecil, nenek saya yang ketika itu umur 70-an masih kuat dan masih boleh bercucuk tanam di belakang rumah. Dia memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja aktiviti dia. Kalau saya sendiri, buat kerja sedikit pun dah mula rasa penat, padahal muda lagi.

Cuba tengok pemakanan mereka. Pernah dengar tak, " You are what you eat" atau dalam Bahasa Melayu nya., anda adalah apa yang anda makan. Setuju tak? Kalau orang zaman dulu-dulu, nak makan nasi, beras tanam sendiri. Nak makan sayur, kutip je sayur belakang rumah. Tak pun cari pucuk kayu buat ulam. Sayur yang ditanam sendiri semestinya tidak disembur racun berlebihan. Tapi sayur zaman sekarang, ulat pun takut nak makan. Kalau dulu, ayam ambil masa lama nak membesar, sekarang ayam dah dicucuk hormon bagi cepat besar dan hormon yang dicucuk tu masuk dalam badan. Bila difikir, takut kan, rasa tak nak makan, tapi makan jugakk..hee

Di sini saya ingin kongsikan, 4 nutrisi penting yang kita selalu abaikan:


1. Omega 3

Kajian menunjukkan pengambilan makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. DHA dan EPA yang terkandung di dalam Omega 3 dapat mengelakkan degupan jantung yang tidak sekata, mengurangkan berlaku mendapan dan inflamasi dalam arteri, juga membantu tahap gula dalam darah berada dalam keadaan baik. 

Jadi, kita dinasihatkan makan makanan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan salmon dan ikan sardin (tapi elakkan sardin dalam tin tau). Makan satu atau dua hidangan minyak ikan setiap minggu dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 36% (babycenter.com). Zaman sekarang ni, banyak sangat dengar kes orang mati muda sebab sakit jantung. Mungkin sudah ajal, tapi lebih baik kita mencegah daripada awal kan? Tak suka makan ikan? Anda boleh pilih untuk ambil suplemen bagi memenuhi keperluan badan anda.

2.  Vitamin D

Vitamin D sangat penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium daripada makanan yang kita makan. Kajian juga mengatakan, pengambilan Vitamin D terbukti dapat mengurangkan kesakitan, mengurangkan gejala PMS (period pain), mengawal daripada penyakit jantung dan juga mengelakkan dari kanser.

Vitamin D sangat senang diperolehi dan percuma! Vitamin d boleh didapati daripada cahaya matahari pada waktu pagi. Tapi, bagaimana pula yang keluar kerja hari masih gelap, balik kerja pun hari dah gelap? Sebenarnya kita juga boleh dapat daripada makanan seperti salmon, susu yang diperkuat dan bijirin. Setiap hari, kita disarangkan untuk mengambil 1000IU vitamin D. Untuk memastikan badan mendapat vitamin D yang cukup, kita boleh mengambil suplemen.


3. Fiber

Makan makanan yang kaya dengan fiber adalah sangat penting untuk menurunkan berat badan, membantu mengawal paras gula dalam darah dan juga membantu mengurangkan masalah kesihatan seperti kanser dan juga strok.

Fiber boleh didapati daripada oat, kekacang, barli, buah dan sayuran. Kurangkan makan makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan dan gantikan dengan makanan berasaskan fiber, contohnya seperti buah. Di samping makan makanan yang berasaskan fiber, pastikan kita mengambil air masak yang mencukupi.

4. Kalsium

Seperti yang kita tahu, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Tapi, adakah anda tahu pengambilan kalsium yang cukup juga dapat mengelakkan penyakit seprti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan juga kanser. Kenapa? Kalsium sebenarnya bukan sahaja penting untuk tulang, tetapi juga penting untuk fungsi otot. (American dietetic Association). Contohnya, otot pada jantung juga perlukan kalsium untuk berfungsi dengan baik. 1000 mg kalsium disarangkan untuk wanita berumur 19 hingga 50 tahun dan 1200 mg kalsium untuk wanita 50 tahun ke atas.

Kalsium boleh didapati daripada susu. Untuk memastikan badan mendapat kalsium yang mencukupi, ikut panduan bancuhan susu yang selalunya terdapat bada tin/ plastik susu. Selain itu, kita juga boleh mengambil suplemen kalsium.

Bagi saya sendiri, saya lebih suka mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil zat yang diperlukan oleh badan. Saya memilih untuk mengambil suplemen setiap hari supaya badan mendapat hak yang sepatutnya. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Lebih baik kita makan suplemen daripada terpaksa makan berbagai jenis ubat. Tapi, kalau dah terkena penyakit, apa boleh buat. Jangan tinggal makan ubat yang doktor bagi. Mungkin Allah sudah tentukan yang terbaik buat kita. Sentiasa positif dengan hidup.

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Sunday, 19 April 2015

Anak Sembelit Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek

Teks: Irni Suhana Muhamad
Video: Ireach Vimeo

Anak kecil berusia setahun ini sudah mula makan makanan pepejal dan masih minum susu. Namun, setiap kali ingin membuang air besar, anak kecil ini sering menangis. Pada mulanya ibu tidak perasan anaknya sembelit untuk membuang air besar, tetapi apabila Ibu perasan anak mengambil masa yang lama untuk membuang air besar, Ibu ini baru dapat mengetahui bahawa anaknya mengalami SEMBELIT!

Sehingga satu tahap, apabila anak kecil ini ingin membuang air besar, Bapa sudah bersiap sedia memakai plastik di tangan untuk membantu menarik 'poo poo' anak kesayangan.

Si Ibu juga sudah cuba memberikan makanan berserat seperti buah pisang dan buah betik. Selain itu, si Ibu memberikan anak kecil ini makanan yang mudah dihadam seperti bubur. Namun, masalah sembelit anak kesayangan masih berterusan.

Semakin sedih hati Ibu apabila anak kesayangan mulai tidak mahu makan kerana takut untuk membuang air besar. Berat badan anak mulai susut.

Lantas si Ibu membawa anak kesayangan untuk berjumpa dengan doktor. Doktor menasihatkan supaya cuba memberi 'supplement' kepada anak kecil ini. Sementara Ibu belum menjumpai supplement yang sesuai, ada satu ketika, anak kecil ini terpaksa di beri ubat bontot kerana dia susah sangat untuk membuang air besar. Ibu berasa sangat sedih dengan keadaan anak kecil kesayangan.

Ibu mula mencari info di internet mengenai supplement yang sesuai untuk anak. Ibu menjumpai info mengenai Mealshakes Shaklee dapat mengatasi masalah sembelit. Lantas, tanpa membuang masa, ibu membelikan Mealshakes untuk anak kesayangan. Hanya dalam masa 2 hari, ibu sangat gembira dengan perubahan anak kesayangan. Anak kesayangan tidak lagi menangis ketika ingin membuang air besar dan mula meminta nasi untuk makan.Walhal, sebelum ini anak kesayangan selalu menolak untuk makan kerana trauma untuk membuang air besar. Badannya juga menjadi sangat kurus. Hidup anak kecil ini berubah apabila si Ibu membuat pilihan bijak dengan memilih Mealshakes.

Kebahagian dan senyuman anak adalah kebahagian setiap ibu.

Inilah dia perkongsian daripada Puan Fara Hana mengenai pengalaman anak kecilnya mempunyai sembelit teruk sehingga terpaksa dikorek (ngeri bunyinya kan?). Jom ibu-ibu, kita buat pilihan bijak untuk anak kesayangan.
Di sini saya kongsikan video daripada Puan Fara Hana


Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.


Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Thursday, 16 April 2015

Saya Suka Minum air Masak!

 
Saya suka minum air masak! Tapi tak semua orang suka minum air masak kan? Susah juga kan bila minum air masak kita sampai boleh rasa nak muntah. Namun hakikatnya badan kita sangat memerlukan air masak. 60-70 % kandungan badan kita adalah air. Jadi sangat penting untuk kita sentiasa menggantikan kandungan air ini. Jika air yang diminum tidak mencukupi dengan keperluan sebenar badan, kita boleh mengundang penyakit lain pada badan. Jadi macam mana caranya kita nak mendidik diri untuk banyak minum air? 


 1.    Beli botol air yang senang dibawa ke mana-mana
  • Apabila kita mempunyai bekalan air bersama, kita boleh terus minum apabila berasa dahaga. Sebaliknya jika kita tidak membawa bekalan air sendiri, mungkin kita akan mengabaikan rasa dahaga itu dek kerana kesukaran mendapatkan air dengan cepat. Kehidupan kita seharian pastinya sangat sibuk sampai boleh lupa minum air. Jadi, kalau dah ada air depan mata, insya-Allah kita tidak akan lupa untuk minum air.

2.   Sedar kepentingan meminum air yang cukup
  • Anda ingin memiliki kulit yang cantik macam dia tak? Ok, sekarang mulakan dengan minum air masak yang cukup. Kulit yang gebu halus itu memerlukan air yang cukup untuk dicipta :)
  • Ingin kekal langsing? Juga, anda perlu minum air yang cukup. Air masak adalah tanpa kalori. Jadi jangan risau untuk minum banyak air, tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Pernah tak anda berasa lapar, lepas tu anda minum secawan air dan berasa kenyang? Nah, ini kerana badan anda keliru dengan perasaan lapar atau dahaga. Rasa dahaga kadang-kadang disilap tafsir sebagai lapar. Jadi sentiasa minum air yang cukup untuk mendapatkan badan yang sihat dan langsing. 

  • Kekurangan air juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa cepat letih atau pening kepala. Hal ini boleh berlaku apabila badan kita mengalami dehidrasi atau kekurangan air.
  • Sistem badan menjadi lebih lancar. Apabila kita minum air yang banyak, kita akan kerap kencing, betul tak? Jadi setiap kali kita mengeluarkan air kencing, kita juga akan mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Proses perkumuhan dan penyahtinja akan menjadi lebih lancar dan sisa toksid dapat disingkirkan dari badan.
Sebenarnya memang banyak lagi kelebihan minum air yang cukup.
 “ Saya tahu minum air masak tu penting, tapi saya memang tak suka minum air masak”.

 Alahai macam mana ni ye? Sebenarnya, kita memang kena paksa diri kita untuk minum air masak. Kita juga mungkin boleh minum air yang telah ditapis. Jika kita minum air yang tidak ditapis, air akan berasa tidak sedap kerana air negara kita telah dirawat dengan klorin. Jadi, untuk membuatkan rasa air lebih sedap, kita boleh beli penapis air untuk mendapat air yang lebih berkualiti, sedap dan selamat. Shaklee juga ada penapis air (Water PitcherShaklee) yang mudah dibawa ke mana sahaja. 

Jom, mulakan hari ini minum air masak. Mulakan dengan sedikit dan tambahkan setiap hari sehingga sesuai dengan keperluan badan kita. Let’s start now. Its now or never! Let's live healty!



Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Water Pitcher Penapis Ajaib


Taraa! Inilah rupa penapis ajaib ni. Sekali tengok, nampak macam 'water heater' biasa saja kan? 

Ok, jom kita kenali Water Pitcher ini:
1.     Untuk satu blok penuras, 303 liter air atau 80 gelen air boleh dituras.

2.      Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat

3.      Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.

Jom Buat Pilihan Bijak. Dapatkan air yang berkualiti dengan harga yang lebih jimat. jag ini ringan dan mudah di bawa. Sangat sesuai jika anda selalu bercuti dan boleh dibawa jika anda ingin bermalam di mana-mana bersama anak-anak. Anak-anak terjamin mendapat bekalan air yang bersih. Nak bawa pergi picnic dengan keluarga pun boleh :)


Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9c108d0cb8dd18ea82733a05930b1aed