Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tuesday, 12 May 2015

Tips Penyusuan Bayi Kembar

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.

Seperti yang saya janjikan, saya akan berkongsi tips penyusuan bagi bayi kembar. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi sepenuhnya sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan. Saya amat bangga dengan anda dan saya kini cuba mencari ilmu untuk menjadi seperti anda.

Dalam entry sebelum ini, saya ada menceritakan kegagalan saya dalam memberikan susu ibu secara ekslusif kepada bayi saya. Saya berharap kesalahan saya tidak diulangi oleh orang lain. Belajar daripada kegagalan, saya cuba kongsikan sedikit tips penyusuan bayi kembar.

1. Mencari ilmu penyusuan semasa mengandung

Semasa mengandung lagi,kita sudah perlu mencari ilmu penyusuan sebanyak mungkin, terutama jika kita sedang mengandungkan anak pertama. Jika ada kelas tentang penyusuan, saya sarankan agar menghadiri kelas penyusuan untuk mengetahui teknik penyusuan yang betul dan mempunyai maklumat yang cukup tentang penyusuan. 

2. Menyusu kedua-dua bayi serentak

Menyusu ke dua-dua bayi serentak amat menjimatkan masa dan mereka tidak perlu menunggu giliran untuk menyusu. Di bawah ini saya tunjukkan gambar bagaimana untuk menyusukan dua bayi serentak. 


Penggunaan bantal menyusu sangat membantu jika kita ingin menyusu kedua-dua bayi serentak. Penggunaan bantal menyusu boleh menyokong bayi dan membuatkan kita dan bayi berasa lebih selesa. Bantal ini boleh dibeli sebelum bersalin supaya kita dapat terus menggunakannya selepas bersalin.

3. Khaskan sebelah payudara untuk kembar pertama dan satu lagi untuk kembar kedua

Kenapa saya cadangkan macam ni? Yang pertama adalah supaya kedua-dua bayi mendapat foremilk dan hildmilk yang mencukupi. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai foremilk dan hindmilk, anda boleh klik kat SINI. Contohnya kembar pertama menyusu sebelah kanan, biarkan dia kosongkan payudara sebelah kanan dan kembar kedua mengosongkan payudara sebelah kiri. Susu pada bahagian hadapan payudara lebih cair dan susu di belakang payudara lebih pekat. Jadi apabila mereka menggunakan payudara yang sama, mereka akan mendapat susu cair dan susu yang pekat itu.

Selain itu, jika kita telah khaskan kembar pertama sebelah kanan dan kembar kedua sebelah kiri, kita akan dapat mengetahui yang mana belum menyusu dan akan mengejutkan kembar yang belum menyusu agar bangun menyusu. 

Pengalaman saya, semasa bayi, Auni kuat menyusu dan Amni pula kurang menyusu. Akibat daripada saya tidak mengejutkan Amni bangun menyusu, Amni telah terkena demam kuning atau jaundice. Sebab itu, sangat penting untuk kita memastikan kedua-dua mereka bangun untuk menyusu. 

Sekali sekala, kita boleh menukar payudara, contohnya kembar pertama tukar ke payudara kiri dan kembar kedua tukar ke payudara kanan. Pastikan ketika itu, susu telah penuh kembali setelah dikosongkan. Dan yang paling penting, kita kena ingatlah yang mana dah menyusu, yang mana belum. Jangan susukan bayi yang sama pulak..Hehe

Dua2 tidur kekenyangan :)


4.  Pam susu apabila ada masa terluang

Menyusu dua orang bayi pastinya tidak sama dengan menyusukan seorang bayi. Jika ada masa terluang, curi masa untuk pam susu. Kenapa? Bagi saya, stok susu adalah sangat penting apabila kita ingin berehat. Kadang-kadang, badan terlampau penat dan kita ingin berehat. Jika kita ada stok susu, seseorang boleh membantu kita memberi susu kepada bayi menggunakan sudu @ botol. Tapi jangan guna botol susu terlalu awal tau, nanti ditakuti bayi tak nak menyusu dengan kita. Stok susu juga penting semasa kita sedang berurut dengan tukang urut dan lain-lain.

Semasa ingin mengepam susu, kita boleh pam dengan pam elektrik @ manual atau dengan tangan menggunakan kaedah marmet. Bagi saya, agak sukar menggunakan pam kerana akan berasa sakit kerana kedua-dua bayi kerap menyusu. Jika tidak boleh menggunakan pam, cuba guna kaedah marmet.

5.  Makan makanan yang banyakkan susu

Semasa dalam pantang, banyak makanan yang kita perlu pantang, kan? Semasa pantang, saya minum air horlicks di samping ambil set menyusu Shaklee. Apa yang saya suka sangat semasa ambil set berpantang dari Shaklee adalah, susu sangat banyak dan langsung tiada sembelit. Pengalaman orang sekeliling yang pernah bersalin dan mengalami sembelit sangat menakutkan. Cuba tengok video Puan Khadijah Hasmad kat bawah ni, dia sampai serik nak bersalin, bukan sebab takut nak bersalin, tapi sebab takut nak berpantang! 




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Jika anda nak dapatkan Set Bersalin dari Shaklee, klik je kat bawah.



6.  Sentiasa berfikiran positif dan banyak berzikir

Saya akui, semasa berpantang, saya berasa penat dan tertekan. Apa yang kita perlu buat adalah sentiasa berfikiran positif, fikirkan yang baik-baik dan sentiasa senyum. Walaupun tanpa sebab, paksa diri untuk tersenyum kerana apabila kita senyum, kita akan rasa lebih tenang. Tengok muka anak, kita pasti akan rasa ingin tersenyum. Di samping itu, kita perlu banyakkan zikir kerana zikir dapat menenagkan hati kita. Apabila kita berseorangan, kadang-kadang, memang ada perasaan lain sikit. Jadi banyakkan zikir dan mengingati Allah supaya kita terpelihara daripada gangguan syaitan yang sentiasa ingin menggoda manusia melakukan kejahatan. 

Salam Sayang dari saya. Semoga kita semua belajar dari kesilapan dan berjaya menyusukan bayi sepenuhnya. 

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Friday, 27 March 2015

Tips Apabila Anda Tahu Anda Hamil

Teks: Irni Suhana Muhamad

Apa yang anda perlu buat bila nampak 2 garis ni?

Tahniah! Anda Mengandung!!


1.   Beritahu orang tersayang
  • 2 garis pada alat penguji kehamilan, bermakna anda sedang hamil. Tahniah! Perkara pertama yang anda perlu buat adalah, beritahu orang tersayang. Kongsikan detik indah ini bersama suami anda. Anak anadalah anugerah terindah dari Allah. Samaada anda bersedia atau tidak, percayalah, anda akan berterima kasih kepada Allah kerana proses kehamilan adalah satu kenangan terindah bagi seorang wanita.

2. Buka kad merah
  • Untuk membuka kad merah ataupun buku ibu mengandung atau juga dikenali sebagai buku rekod antenatal, anda perlu pergi ke klinik kesihatan berhampiran rumah anda. Apa kata anda cuba ‘google’ no telefon berhampiran anda dan bertanyakan di klinik kesihatan mana yang anda patut pergi kerana kebanyakan klinik kesihatan hanya menerima orang di dalam kawasan seliaan mereka bagi tujuan membuka buku merah. Hal ini untuk rekod dan memudahkan mereka untuk mengadakan lawatan ke rumah.

  • Jika anda ingin membuka buku merah, dinasihatkan supaya anda pergi pada waktu pagi kerana proses membuka buku agak lama dan banyak ujian perlu dijalankan. Jangan melambat-lambatkan membuka buku merah kerana semasa pemeriksaan pertama, anda dapat memastikan tahap kesihatan anda, umur kandungan anda dan keadaan ‘si dia’ di dalam perut anda.

  • Di samping itu, klinik kesihatan juga akan membekalkan ‘supplement’ untuk anda.

3. Mengamalkan membaca al-Quran

  • Bagi yang beragama Islam, kita disarankan untuk sentiasa membaca Al-Quran tidak kira mengandung atau tidak. Apabila telah mengandung, kita mempunyai sebab yang lebih kuat untuk membaca Al-Quran. Terdapat banyak cerita yang saya dengar, jika ibu sentiasa membaca/mendengar ayat Al-Quran semasa mengandung, dengan izin allah, proses kelahiran menjadi lebih mudah.

  • Surah amalan semasa mengandung adalah Surah Yusuf iaitu supaya elok pembentukan anak, Surah Luqman supaya anak yang lahir seorang yang bijaksana dan surah Maryam supaya allah memudahkan proses kelahiran bayi. Ini adalah peringatan untuk diri saya juga supaya tidak meninggalkan amalan ini.

4. Makan makanan berkhasiat

  • Setelah mengandung, kita mesti ingat bahawa ‘seseorang’ juga sedang makan apa yang kita makan. Anak dalam kandungan akan menyerap nutrien daripada kita. Kita perlu mengamalkan makanan yang baik. Elakkan daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan. Banyakkan juga memakan buah sega.

5. Makan ‘supplement’

  • Apabila anda ke klinik. Doktor akan memberikan anda asid folik. Asid folik sangat penting bagi pembentukan tulang belakang bayi. Jika semasa pemeriksaan anda mempunyai nilai haemoglobin yang rendah dari normal, anda akan diberikan ferrous fumerate dan vitamin C 50mg. Makan ferrous fumerate boleh menyebabkan anda sembelit, jadi minum banyak air dan makan makanan berserat seperti buah supaya dapat mengurangkan sembelit.

  • Sebagai alternatif, anda boleh mengambil set  mengandung Shaklee. Set mengandung Shaklee terdiri daripada:

  • Vitalea: untuk meningkatkan haemoglobin dan mengurangkan rasa lesu anda
  • B-complex: mengandungi asid folik, mengurangkan alahan mengandung, mengurangkan stress
  • Vitamin C: vitamin C penting bagi mengoptimumkan penyerapan zat besi. Zat besi penting untuk pembentukan haemoglobin. Vitamin C juga boleh meningkatkan imunisasi badan. Ibu mengandung perlu menjaga kesihatan diri dengan baik.
  • Osteomatrix: Osteomatrix kaya dengan kalsium dan vitamin D. Osteomatrix terbukti mengurangkan rasa kejang pada ibu mengandung teritama sewaktu tidur. Selain itu, kaslium sangat diperlukan bagi ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 5157141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com
 



Friday, 20 March 2015

Simptom dan Rawatan Denggi

 Teks: Irni Suhana Muhamad

Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan wabak denggi yang semakin berleluasa. Sebagai seorang ibu, pastinya kita akan risau jika anak-anak demam. Hal ini kerana denggi tidak mengenal siapa, tidak mengenal usia. Menurut laporan Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2015, sebanyak 8,502 kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tiga minggu pertama tahun ini, yang meningkat 65 peratus berbanding 5,141 kes yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.


Jom kita kenali tanda-tanda demam denggi:

1. Demam dengan suhu yang sangat panas sehingga mencapai suhu 40 - 41 C dan selalunya berlarutan selama 2 hingga 7 hari.
2. Demam yang sangat panas boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak berusia bawah 6 tahun.
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi.
4. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
5. Muntah dan kurang selera makan.

(sumber: Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kalau kita perhatikan ada salah satu tanda pada anak kita, cepat-cepatlah kita bawa mereka ke klinik untuk pemeriksaan darah.

Dan di bawah ini, saya ingin kongsikan sebuah video tentang tips merawat demam denggi daripada pakar pemakanan, Puan Siti Sarah.



Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.



Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com