Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Wednesday, 25 November 2015

Saya Buat Shaklee Bukan Sebab Duit, Tapi Sebab Saya Sayang Anda

Assalamualaikum..

Irni teringat perbualan Irni dan kakak, masa tu Irni belum bersalin lagi.

" Saya: Kak xx, Kak Na rasa nak buat something la masa cuti bersalin nanti. Lame tu cuti, 3 bulan.

Kak xx: bla bla bla bla

Saya: bla bla bla bla

Kak xx: bla bla bla bla

Saya: Emm, Kak Na rase macam nak buat Shaklee la..

Kak xx: Payah Kak Na buat Shaklee, sebab pasaran dia tepu dah. Ramai sangat pengedar Shaklee loni. Cari la bisnes lain yang mudah dan tak banyak persaingan.

Saya: Emm betul jugak tu dih. Tu la rasa macam nak buat..bla bla bla

Kak xx: Ha ok jugak tu."

Macam tu la lebih kurang perbualan saya dengan kakak saya. Lain yang saya rancang, lain yang saya buat. Saya pun sebenarnya tak nak buat Shaklee, tapi saya pun tak tahu, kenapa anggota saya ni asyik nak promote Shaklee je. Mungkin sebab saya dah jatuh cinta dengan Shaklee.

Saya ambil Shaklee dah lama, cuma saya tak konsisten makan. Semasa saya mengandung baby Hani, baru saya amat menghargai Shaklee Effect. Ye la masa mula-mula mengandung, saya terpaksa ulang alik dari Kuala Krai ke Jeli. Kuala Krai pulak, saya kena masuk dalam 20 minit dari bandar Kuala Krai baru sampai rumah. Pergi balik, dalam 200km setiap hari. Dengan cerita rasa nak pitam masa drive la, cerita menangis kat tepi jalan la, dan banyak lagi la kisah suka duka masa tu.

Bila saya start ambil Shaklee, alhamdulillah alahan saya kurang dan saya rasa lebih bertenaga. Saya terus makan vitamin Shaklee sampai lah sekarang. Set berpantang dan menyusu pun saya ambil Shaklee. Semasa menyusu ni pun, alhamdulillah anak cepat kenyang dan tak banyak meragam. Malam-malam baby tidur lena je. Memang tersangatlah berbeza dengan semasa penyusuan si kembar. Bila anak kenyang, jaranglah dia nak meragam kan.

Disebabkan saya dah rasa Shaklee Effect, saya suka sangat kalau boleh share kebaikan Shaklee ni dengan orang lain. Saya buat Shaklee bukan sebab duit, tapi saya buat Shaklee sebab saya sayang anda. Saya sayang ibu-ibu kat luar sana. Kita ni kadang-kadang nampak je kuat, tapi dalam hati kita, hanya Allah yang tahu kan. Jadi, jangan seksa diri kita. Cari jalan penyelesaian untuk bantu diri kita sendiri. 

Fokus saya adalah kepada ibu-ibu sebab saya betul-betul appreciate Shaklee semasa saya mengandung dan menyusu. Bukan sahaja bantu kita untuk lebih bertenaga, tapi jugak menjadikan kulit kita lebih cantik. Maklumlah kita semakin hari semakin tua, tambahan bila dah bersalin, badan dah tak macam dulu. Kita mestilah nak sentiasa nampak cantik depan suami kan. Jadi, bila kita ambil Shaklee, kita sentiasa cergas, muka pun nampak cantik, suami tengok kita pun sejuk hati. hehe

Memang banyak supplement kat luar sana. Saya gembira kalau anda makan supplement, sebab pemakanan dan kehidupan kita sekarang memang berbeza dengan orang dulu-dulu. Kalau anda nak pilih supplement, pilihlah yang terbaik. Dan, saya yakin dengan Shaklee kerana ia terbukti selamat,semulajadi dan berkesan. 

Dan saya juga tersangatlah gembira jika anda ingin menjadi one of us. Jadi sebahagian daripada kami, samaada untuk makan sendiri atau untuk buat bisnes. Saya berpegang kepada prinsip berniaga itu adalah sunnah nabi. Walau tak semua sunnah nabi kita mampu buat, tapi daripada tak buat langsung, kita buat yang kita mampu kan. 

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang tersangat rendah risiko. Kita tak perlu simpan stok dan tak perlu susah-susah pergi pejabat pos. Order secara online dan abang gdex akan tolong hantar kepada customer yang nak vitamin tu. Di samping dapat buat sunnah nabi, kita boleh tolong orang baiki kualiti hidup dia kan. Dan, yakinlah rezeki Allah itu maha luas. Allah akan bagi rezeki kepada mereka yang berusaha. Kerja kita hanya perlu doa dan usaha. Selebihnya serahkan kepada Allah.

Bagi ibu-ibu yang ingin bertanyakan pendapat saya, saya akan mencadangkan yang terbaik untuk anda. Saya akan memberikan jadual dan cara makan yang tepat untuk anda supaya anda mendapat hasil yang optimum. Akhir kata, sayangi diri anda dan hadiahkanlah diri anda dengan makanan yang berkhasiat dan cukupkan keperluan badan anda. Kita perlu sayang diri kita dulu, kemudian barulah kita sayang orang sekeliling pulak :)


Salam Subuh :)


#spreadthelove
#talkfromheart
#irnisuhana


LOVE, 
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com





Thursday, 24 September 2015

Set Bersalin Banyakkan Susu

Teks: Irni Suhana Muhamad
Video: Vimeo Ireach

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ni baby dah umur 13 hari. Cuma baby Irni ada sedikit jaundice. Baby sangat suka tidur siang dan berjaga malam. Puas kejut baby untuk menyusu, akhirnya kita bagi susu sikit dia dah tertidur. Kadang-kadang tu bila kejut, dia tak nak bangun pun. Susah hati juga Irni dibuatnya.

Selepas bersalin, benda yang paling merisaukan adalah menyusu. Bukan apa, menyusu ni sangat penting sebab baby cuma boleh minum susu je kan..heee..Lagipun, susu ibu adalah makanan terbaik untuk baby. Jadi, kita sebagai ibu perlu berusaha yang terbaik untuk memberikan yang terbaik untuk anak kita.

Pengalaman Irni yang gagal untuk memberikan susu ibu secara ekslusif kepada baby sangat menyesalkan. Rasa macam terkilan sebab tak cari ilmu yang cukup dan menjayakan penyusuan secara ekslusif.

Jadi, untuk baby kali ni, Irni bertekad untuk memberikan bayi susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan. Semoga Allah mempermudahkan  dan memperkenankan doa Irni ini..Amiin..

Sebelum ini, Irni ada bagitau pasal set berpantang kan. Irni sekarang pun guna set berpantang dari Shaklee. Irni rasa macam bersalah je kalau tak kongsi kebaikan ni dengan orang lain. Bukan sahaja badan terasa cergas, tapi juga susu badan pun alhamdulillah memang banyak sangat. Terima kasih Allah kerana murahkan rezeki baby ni dengan memberi susu yang banyak. Kalau ada kawan-kawan yang ada masalah pengeluaran susu badan, apakata kita cuba Set Bersalin Shaklee ni. InsyaAllah hasilnya tak akan mengecewakan.

Bukan Irni sorang yang cakap tau. Jom tengok feedback dari Puan Hidayah dari Sabah ni. Puan Hidayah ni melahirkan anak pramatang. Besar dugaannya kan apabila bayi keluar awal, dengan susu belum ada, dengan perlu berulang ke hospital sebab bayi masih dalam NICU. Memang perlu kekuatan fizikal dan mental kan. Ok, jom kita tengok video dari Puan Hidayah ni.


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Dilema Ibu Bayi Pramatang

Saya bersalin anak premature 32 minggu dan dia duduk di NICU. Saya tidak boleh makan jamu sebab saya ada hypertension, so Shaklee yang paling senang dan mudah bagi saya sebab saya selalu pergi ke hospital.

Kesan Selepas Bersalin

Selepas saya ambil Shaklee dalam masa seminggu, badan saya jadi kuat, luka saya cepat baik. Jadi, saya ada keyakinan dengan Shaklee dan tambah lagi order set Menyusu. (Mengandung) 32 minggu, saya punya susu belum ada lagi.

Menyusu Bayi Pramatang

Bila saya amalkan 2 bulan, saya betul-betul puas hati, sebab sebelum ni saya tak berjaya bagi breastfeeding. Sekarang ni, dengan anak dalam inkubator, saya berjaya bagi breastfeeding dengan batuan shaklee.

Keutamaan Seorang Ibu

Bagi saya, yang memberi kesan kepada saya, Shaklee membantu saya menyusukan bayi pramatang saya, itu yang paling utama dan menyebabkan saya sebahagian dari #ShakleeEffect di Sabah.

Begitulah dari Puan Hidayah. Bagi yang mencari Set Berpantang/ Set Bersalin Banyakkan Susu, Irni jamin anda tak kan menyesal. Bukan sahaja badan sihat, tapi susu banyak dan susu yang penuh khasiat dapat diberikan kepada bayi.

Jika anda berminat dengan Set Bersalin Banyakkan Susu, anda boleh contact Irni. InsyaAllah I will give the best guide for u. Jom kita sama-sama breastfeed baby kita. Susu ibu adalah makanan terbaik :)

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Friday, 18 September 2015

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Minum Soya Semasa Mengandung

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Sumber Google

Assalamualaikum. Kawan-kawan apa khabar? Irni tak tidur lagi ni. Sambil menyusukan baby, sambil main handphone..hee..Yela, dah ada baby baru, bermula lah hidup jadi burung hantu. Dan nanti kalau baby dah besar, mesti kita akan rindu saat-saat dia masih kecil kan. Rindu tengok muka dia, gelagat dia, tengok muka dia nangis, tengok dia senyum and macam-macam la. Kalau tengok baby, mesti kita akan rasa nak senyum kan. Kalau cium baby, kita mesti rasa tak puas kan. Mesti rasa nak cium banyak kali kan..hehe.. Itulah baby yang putih suci, belum ada dosa. 

Bercakap pasal putih suci ni, Irni teringat tentang amalan ibu mengandung yang nak anak putih melepak. Kawan-kawan pernah dengar tak kalau kita amal minum soya masa mengandung, anak yang keluar nanti akan putih melepak? Memang betul, ada yang jadi. Tapi ada jugak orang cakap, kalau kita amal minum soya masa mengandung, nanti kulit anak akan menjadi sensitif dan mudah dapat eczema. Irni teringat kakak Irni dulu sampai beli mesin buat air soya sebab suka minum air soya masa mengandung. Dan memang kulit anak saudara Irni tu agak sensitif dan memang kena jaga betul-betul untuk elak terkena eczema. So, adakah kita perlu elak minum soya semasa mengandung??

Tapi, bagi Irni, agak rugi kalau kita abaikan kebaikan soya ni. Soya ni kaya dengan protein. Protein sangat penting dalam pembentukan sel baru pada janin dan protein sangat penting dalam proses perkembangan janin. Soya juga kaya dengan vitamin B, khususnya B  khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan. (Sumber: http://pama.karangkraf.com/kehamilan/pemakanan/khasiat-susu-soya-untuk-ibu-hamil-1.51561)

Namun, dalam teknologi sekarang, terdapat soya yang dihasilkan dengan "genetically modified" kerana kosnya lebih murah. Cara pemprosesan soya yang menggunakan alkohol juga boleh menghilangkan khasiat soya. Jadi, apabila kita mengambil soya jenis ini, kita tidak mendapat manfaat dan kelebihan soya sepenuhnya.

Jadi, macam mana nak tahu soya tu "genetically modified" atau tak? 

Kalau tengok dengan mata kasar, memang kita tidak boleh beza. Jadi, untuk mengelakkan kita tersilap pilih, Irni syorkan kita cuba minum Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee. Kenapa ESP Shaklee?

1. ESP dihasilkan daripada soya yang "non genetically modified" dan diproses pada suhu rendah bagi kekalkan zat yang terkandung dalam soya

2. Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

3. Mempunyai Indeks Glisemik rendah

Apa kelebihan amalan minum soya semasa mengandung?



1. Mengurangkan alahan semasa hamil
  • Pada awal kehamilan, ada yang mengalami alahan dan tak lalu makan. ESP mengandungi vitamin B6 dan dapat mengurangkan rasa mual. Kalau kawan-kawan ada alahan mengandung, cuba ambil ESP.

2. Memberi tenaga berpanjangan
  • Semasa mengandung, kita mudah berasa letih. Dengan pengambilan ESP, insyaAllah boleh membantu kita untuk kekal bertenaga. Kalau kita hilang selera makan pada awal kehamilan, pengambilan ESP tersangatlah membantu untuk kita meneruskan aktiviti seharian seperti biasa.

3. Mengurangkan nafsu makan yang tak dapat dikawal
  • Selalunya nafsu makan yang tak dapat dikawal ni bermula selepas trimester ke-2. Apabila dah hilang alahan, mulalah kita nak qada makan kan. Mulut tu asyik nak mengunyah je dengan alasan makan untuk 2 orang. Badan tu dah naik macam dipam-pam. 
  • Bila berat badan tidak dikawal dengan baik, nanti takut lepas bersalin, badan susah nak turun balik..hehe buka nak marah makan banyak, tapi kalau kita tak jaga makan, kita kena hati-hati sebab kakau terlebih makan ni boleh undang penyakit lain pulak..
  • Jadi, kita boleh minum ESP untuk kawal nafsu makan tu. Makan biar bersederhana. Kita boleh makan macam-macam, tapi boleh kawal kuantiti yang diambil :)
4. Menguatkan dinding rahim

  • ESP mengandungi isoflavin yang memberi kesan seperti estrogen (phyto-estrogen). 
  • Ia membantu menebalkan dinding rahim pada awal kehamilan. 
  • Jadi, pengambilan ESP dapat menguatkan rahim dan mengurangkan risiko untuk berlaku keguguran.


5. Mencantikkan kulit ibu mengandung dan mengelakkan "stretch mark"

  • ESP kan mempunyai isoflavin yang memberi fungsi seperti estrogen, iaitu hormon wanita. 
  • Kulit ibu akan kelihatan lebih mulus dan berseri.
  • Protein yang tinggi dalam ESP juga membantu mengekalkan kulit yang sihat dan cantik di samping mengelakkan terjadi stretch mark pada perut. Prevention is better than cure right? :)

Jom, ibu hamil, kita minum soya. Semoga bayi dalam kandungan membesar dengan baik dan selamat. Sesiapa yang belum cuba ESP, jom la cuba ESP. Kalau anda nak tahu rahsia macam mana nak buat ESP jadi sangat sedap, PM Irni, nanti Irni share ok. Sebab dulu, Irni tak suka minum ESP, tapi bila kena caranya, honestly, ESP memang sangat sedap. Kalau sehari tak minum, rindu pulak rasa..hee..Contact me now to try ESP :)

Happy Pregnancy!

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

5 Tips Hilangkan Rengat Selepas Bersalin

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Sumber Google

Assalamualaikum.. Kawan-kawan apa khabar? Alhamdulillah sekarang Irni dalam tempoh berpantang selepas melahirkan untuk kali ke-2. Kawan-kawan pernah dengar tak perkataan rengat?

Rengat ni berlaku lepas bersalin, iaitu rasa sakit seperti contraction sebelum bersalin. Rengat ni selalunya terasa semasa kita menyusukan bayi. Apabila bayi menghisap susu, sebenarnya uterus kita akan turut bertindakbalas dengan mengecut. Sebab itulah penyusuan susu ibu kepada bayi membantu penyembuhan dengan lebih cepat.

Semasa menyusukan bayi, kita akan terasa contraction dan terasa sakit. Tidak semua orang akan mengalami rengat. Selalunya rengat akan terjadi selepas mengandung anak kedua dan seterusnya. Sama macam Irni, dulu masa berpantang si kembar, Irni tak terkena rengat tu. Cuma kali ni, memang sakit sangat rasa rengat tu sampai kadang-kadang nak bagi susu kat baby pun rasa takut, sebab takut rasa rengat.

Di sini, Irni nak share tips untuk menghilangkan rengat selepas bersalin.

1. Bertungku
Bertungku boleh dilakukan dengan batu sungai, atau tungku moden yang banyak terdapat di pasaran. Irni ambil pakej berpantang dari Aisya Humaira Beauty & Spa. Mereka memang sediakan perkhidmatan bertungku. Tungku yang digunakan adalah dari batu sungai. Alhamdulillah lepas sekali bertungku, terus hilang rasa rengat. Masa tu dia tungku seluruh badan bagi darah mengalir lancar dan alhamdulillah memang segar sangat rasa badan.

2. Berurut
Bagi Irni, urutan lepas bersalin sangat penting untuk legakan kembali urat-urat yang menegang semasa bersalin. Orang tua-tua kata, berurut juga boleh menghilangkan rasa rengat.

Teringat dulu, mak bidan membebel sebab lepas pantang 40 hari baru Irni pergi berurut. Semasa dalam pantang, Irni cuma berurut sekali je. Atas sebab kesibukan jaga kembar, Irni dah tak peduli dah nak pergi berurut lagi. Mak bidan tu pesan, masa dalam pantang, kita kena jaga betul-betul. Kena berurut, kena pakai bengkung dan kena makan jamu untuk kecutkan peranakan.

Sebab tu la untuk bersalin kali ni, Irni awal-awal dah tempah pakej berpantang supaya kita tak ter"miss" untuk berpantang dengan baik.

3. Sapu minyak panas pada perut dan kaki
Yang ni kita boleh sapu minyak panas pada perut dan pakai bengkung. Sapukan juga pada kaki dan pakai stokin.

4. Banyakkan baring
Kalau kita rasa rengat semasa menyusu, Irni nasihatkan supaya menyusu sambil berbaring supaya kurang sikit rasa sakit tu. Nanti bila dah hilang rengat, bolehlah cuba menyusu sambil duduk pula. Kalau Irni sendiri, Irni lebih suka menyusu sambil duduk untuk bayi yang baru lahir sebab takut baby lemas kalau bagi susu sambil tidur. Kalau bagi susu sambil baring, kita kena beringatlah ye!

5. Makan ubat penahan sakit
Yang ni Irni tak berapa nak syorkan sebab ubat penahan sakit ni tak berapa elok untuk kita. Lagipun, takkanlah setiap kali sakit setiap kali tu kita nak telan ubat kan. Cuma kalau dah tak tahan sangat kita bolehlah ambil supaya kita tidak rasa tertekan.


Jika anda ingin cuba ambik vitamin yang boleh bantu hilangkan masalah rengat, boleh terus whatsapp Irni ye. Irni akan cadangkan vitamin terbaik untuk anda.


LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Wednesday, 16 September 2015

"Unsung Hero" (Pengalaman Bersalin Dalam Kereta)

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Galeri gambar

Assalamualaikum.. Alhamdulillah Irni dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 11 September 2015 pukul 10 malam seberat 2.71 kg dan disambut oleh Abi..hehe..This "Unsung Hero" adalah hero kami berdua bila tiba-tiba terpaksa jd pak bidan..


Ya Allah, memang bahaya kalau kita tak tahu tanda bersalin. Walaupun Irni selalu membaca kat google tanda bersalin, tapi bila sampai waktunya, Irni pun tak perasan yang Irni dah nak dekat bersalin.. Tup2 bila dah keluar darah, baru kalut nak pergi hospital..huuu

Ceritanya macam ni, pagi Jumaat tu Irni dan suami balik ke Jeli sebab nak pindah rumah. Jadi kami nak pergi basuh rumah dan pindahkan barang. Si kembar, kami tinggal dekat umah Cik Ha berdekatan dengan rumah emak. Kami pergi berdua je ke Jeli. Cerita start sakit perut ni sebenarnya start kat Jeli lagi..

Pukul 5 petang:
Kami balik rumah lama untuk solat asar. Masa tu dah start rasa sakit perut sikit. Tapi Irni buat tak tau je sebab ingatkan Braxton Hicks Contraction. Sebelum ni pun Irni pernah rasa sakit macam ni, tapi bila tidur, sakit tu hilang. Irni ingat nak tidur dulu bagi hilang sakit, tapi bila ingat si kembar tengah tunggu, jadi Irni pun ajak suami cepat-cepat angkat barang dan siap sedia nak balik.

Pukul 6 petang: 
Kami singgah hospital kejap sebab Irni ada tertinggal barang kat klinik. Masa ni dah start sakit pinggang, tapi buat rilek je sebab ingatkan penat sebab jalan banyak.

Sebelum balik, Irni dan suami sempat la singgah dating kejap..hehe..Berhenti makan dulu sebelum balik rumah.

Pukul 7.30 malam:
Kami singgah solat maghrib dekat Caltex Machang. Irni siap awal dari suami jadi Irni tunggu dalam kereta. Masa ni rasa sakit pinggang sangat, jadi Irni pun keluar pergi beli Coklat Cadbury kat dalam Caltex. Sempatlah makan coklat favourite tu..hehe..

Sepanjang dalam kereta nak balik rumah memang Irni dah rasa contraction, cuma Irni lupa nak tengok timing sama ada constant atau tak. Cuma sakit tu datang makin kerap. Sepanjang perjalanan tu Irni istighfar dan selawat banyak-banyak je nak bagi hilang sakit. Dalam fikiran Irni masa tu, cuma nak balik rumah dan tidur supaya hilang sakit ni.

Tapi masa tu terfikir, nanti kalau nak bersalin sakit macam ni ke? Rasa takut pulak nak bersalin..huhu.. So, Irni minta maaf kat suami kalau ada salah, Irni bagitau dia takutnya nanti kalau nak bersalin. Tapi memang tak terlintas dalam fikiran yang Irni akan bersalin hari tu!

Pukul 9.00 malam
Kami sampai rumah emak. Tapi si kembar pulak balik rumah mek (tok nyang si kembar). Petang tu kebetulan tok mek nya datang ambil. Masa tu suami punggah barang bawa naik atas rumah, sempat la Irni baring kejap. Rasa macam nak tidur, tapi dah rindu kat si kembar. So Irni cepat-cepat bangun ajak suami balik rumah tok mek nak jumpa si kembar.

Pukul 9.20 malam
Kami balik rumah tok mek. Rumah mek tak jauh mana, dalam 5 minit dah sampai. Sampai rumah mek, Irni peluk Auni & Amni kejap, lepas tu terus masuk bilik sebab nak tidur. Badan dah berpeluh dan tak boleh tidur dah. Tiba-tiba rasa macam nak pergi tandas.

Bila bangun pergi tandas, perut rasa sakit sangat dan rasa macam nk meneran. Tiba-tiba Irni tengok ada darah keluar. Hah, cepat-cepat panggil suami. "Abang, ada darah!" . Suami terus ajak pergi hospital.

Masa tu rasa macam nak pitam pulak, and Irni cepat-cepat keluar rumah dan masuk dalam kereta. Masa tu memang dah sakit sangat. Nasib baik teringat buku merah ada dalam handbag. Jadi mintak suami ambil handbag sebab ada buku merah dalam tu. 

Irni bagitau suami jangan pergi HRPZ sebab macam jauh sangat. Irni mintak suami bawa ke Hospital Machang sebab dekat sikit dengan rumah. Perjalanan Kok Lanas-Machang terasa tersangatlah jauh. Sempat lagi mintak suami tolong pasang radio ikim.fm sebab nak dengar benda-benda yang menenangkan..hehe..

Masa tu memang rasa sakit sangat. Contraction memang kuat sangat. Irni cuma duduk mengiring dalam kereta sambil pegang pemegang pintu tahan sakit. Bila contraction datang, kita dah rasa nak meneran. Tapi teringat pesan kawan yang kerja kat labour room, katanya kalau cervix belum full dilate, kita tak boleh teran, nanti habis koyak. So setiap kali rasa nak teran, tahan dulu sambil tarik nafas guna teknik pernafasan. Masa pregnant sempatlah sekali dua praktis teknik pernafasan ni. Masa contraction hilang sekejap, Irni cuba buat teknik senyum pulak. Senyum sikit untuk hilang rasa sakit. Tapi masa contraction datang, memang tak boleh nak senyum dah. Sakit sangat sampai dah berpeluh-peluh. (Bolek tengok tips mudah bersalin kat SINI)

Sampai satu tahap, memang dah tak tahan sangat nak teran. Masa tu nasib baik dah masuk cabang Machang. Memang masa tu Irni dah tak boleh nak control dari teran dan kita memang terpaksa teran. Memang rasa macam nak bersalin dah.

Alhamdulillah selamat sampai di Hospital Machang dan Irni minta suami berhenti di Kecemasan hospital. Suami berhenti dan keluar ke kaunter untuk bagitau Irni nak bersalin. Kemudian...tiba-tiba, Irni rasa ada benda nak keluar.. and guess what? tiba-tiba..splushhh...baby keluar..

Baby keluar dan menangis. Baby dah tergantung kat depan dengan tali pusat. Irni memang rasa panik sangat tengok baby dah keluar. Irni terus panggil suami..Suami pun terkejut bila dengar suara baby nangis. Dia cepat-cepat datang ke kereta dan sambut baby yang dah tergantung kat bawah. And amazingly, Subhanallah, lepas suami pegang baby, baby terus berhenti nangis. Suami pegang baby dan bagi kat Irni. Memang kalut sekejap depan Kecemasan tu. Bila ingat balik, memang rasa nak tergelak. Apapun, Alhamdulillah syukur sangat sebab semuanya selamat. Terima kasih Allah kerana permudahkan kami.

Terima kasih juga kepada staf labour room Hospital Machang yang sangat-sangat membantu. Dan terima kasih jugak kepada our hero, suamiku sayang..u are always being our hero and we love u so much..



LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com



Friday, 11 September 2015

Set Berpantang Terbaik yang Perlu Anda Cuba

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian google

Assalamualaikum..
Apa khabar kawan-kawan semua? Macam mana dah bersalin ke belum? hehe..Irni, still counting days..

Lepas bersalin nanti, kita mesti nak guna set berpantang kan? Anda pilih yang mana? Pengalaman Irni masa pantang anak pertama dulu guna set Amway. Alhamdulillah mak mertua bagi hadiah.. Mak mertua pesan, lepas bersalin kena jaga betul-betul. Ye la, lepas bersalin, badan dah tak sama macam anak dara dulu kan :p

Untuk bersalin kali ke-2 ni pulak, Irni ambil keputusan untuk cuba Set Berpantang Shaklee. Semasa mengandung, Irni ambil Set Ibu Mengandung Shaklee dan Irni rasa puas hati sangat. Jadi, untuk berpantang pun Irni nak teruskan consume Shaklee..

Lepas bersalin, perut kita dah tak cantik dah. Perut menggelebeh, kalau tak bernasib baik siap ada stretch mark lagi. Stress kan :(

Ada juga yang mengalami sembelit masa berpantang, macam Pn Khadeejah ni sampai serik nak bersalin sebab takut nak alami waktu berpantang tu. Jom tengok video Pn Khadeejah, apa yang dia buat untuk elakkan sembelit semasa berpantang anak kedua.


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo

Untuk Set Berpantang  Irni cadangkan untuk kita ambil Set Berpantang Optimum. Set berpantang ini sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal atau secara pembedahan. Set Berpantang Optimum terdiri daripada:

1. ESP (RM 150.00)
2. Vita-Lea Iron Formula (RM 88.75)
3. Sustained Release Vita-C Plus (RM 92.50)
4. B-complex (RM 53.75)
5. Alfalfa complex (RM 53.75)
6. Zinc Complex (RM 33.75)
7. Ostematrix (RM 61.00)

Total: 533.50
Klik gambar untuk order :)

Manakala, jika kawan-kawan berminat untuk mencuba Set Asas Berpantang pula adalah:

1. Vita-Lea Iron Formula (RM 88.75)
2. Sustained Release Vita-C Plus (RM 92.50)
3. B-complex (RM 53.75)
4. Zinc Complex (RM 33.75)

Total: RM 268.75
Klik gambar untuk order :)

Set berpantang boleh tahan lama, tahan sampai 3-4 bulan. Jadi, kita boleh terus makan vitamin ni walaupun dah habis waktu pantang 40 hari. Dengan mengamalkan set berpantang, badan kita akan menjadi lebih bertenaga untuk menjaga dan menyusu baby..

Irni ucapkan selamat berpantang kepada anda yang tengah berpantang, dan kepada yang belum bersalin, Irni doakan semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Sunday, 6 September 2015

9 Tips Mudah Bersalin Terutama Buat Pertama Kali Menjadi Ibu

Teks: Irni Suhana Binti Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum. Hari ni Irni sibuk cari tips mudah bersalin. Kan dah makin dekat harinya, takut tak cukup persediaan yang dibuat. Walaupun ini bakal menjadi pengalaman ke dua bersalin, tapi proses kelahiran setiap anak itu berbeza.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Pengalaman Irni sewaktu bersalin anak pertama dulu, Irni bersyukur kerana Allah permudahkan proses kelahiran si kembar. Sebelum bersalin anak pertama dulu, Irni dah ambil cuti sebulan tanpa gaji kerana ketika itu, Irni bekerja di Sarawak. Syarat bagi menaiki kapal terbang untuk "multiple pregnancy" adalah tidak boleh lebih 32 minggu. Jadi, semasa minggu ke 32, Irni dah balik cuti duduk kampung :)

Melalui pengalaman bersalin kali pertama, Irni kongsikan tips yang telah Irni lakukan dulu


1. Banyakkan berjalan

Semasa bekerja, Irni tak perlu berjalan terlalu banyak kerana klinik tidak lah besar mana. Jadi, pada waktu sembahyang, Irni suka pergi ke surau yang paling jauh dalam hospital. Walaupun boleh sembahyang dalam bilik sendiri di klinik, tapi Irni suka pergi surau, sambil tu boleh la jalan-jalan. Lepas dah balik cuti ke semenanjung, Irni ada banyak masa untuk keluar jalan-jalan. Sehari sebelum bersalin tu, Irni sempat keluar jalan-jalan dengan suami dari pagi sampai malam. Pagi kami keluar dating ke KB Mall, malam pulak kami keluar makan kat Chim Chum. Memang puas hati boleh keluar jalan-jalan..hehe

2. Minum air kelapa

Air kelapa adalah minuman isotonik semulajadi. Air kelapa dapat mengekalkan kita terus hidrasi. Mengamalkan minum air kelapa semasa mengandung juga boleh menyebabkan kulit bayi bersih ketika keluar.

3. Bayangkan proses kelahiran yang akan berlaku adalah mudah

Semasa mengandung, kita sellau ditakutkan dengan cerita yang menakutkan tentang bersalin. Tambahan Irni ketika itu sedang mengandung kembar, jadi ramai orang yang mengatakan bahawa Irni perlu melahirkan anak secara caesar.

Tenangkan hati kita, jangan dengar nasihat daripada mereka yang tidak bertauliah. Sebaiknya, jika terdapat sebarang keraguan, kita tanyalah doktor semasa pergi pemeriksaan di klinik. Irni pun rasa lega sangat apabila doktor memberitahu bahawa Irni boleh bersalin secara normal jika kepala bayi berada di bawah atau kita panggil chephalic.

Irni selalu bayangkan Irni akan bersalin dengan mudah, bayangkan bayi pertama keluar, kemudian Irni senyum, kemudian bayangkan bayi kedua pula keluar dan kita rasa gembira sangat. Semasa bayangkan tu, kita cuba rasa benda tu benar-benar terjadi. Ingat, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan apa yang kita cakap, semuanya adalah doa.

Semasa mengandung anak pertama, Irni ada banyak masa untuk buat teknik bayangan ni, tapi mengandung kali ke dua ni, masa nak buat teknik bayangan dah kurang dah sikit..hehe. Tapi, kita cuba buat ye. Apa yang berlaku nanti belakang kira. Semua tu Allah yang tentukan.

4. Buat senaman kegel

Semasa Irni ke kelas antenatal, cikgu ada mengajar mengenai senaman kegel. Senaman kegel ini penting untuk menguatkan otot vagina kita. Caranya adalah seperti kita sedang menahan kencing. Tapi, jangan menahan kencing pulak ye. Kalau nak kencing, kena cepat-cepat pergi tandas :)

Kalau tak pasti caranya, cuba praktis masa kita nak kencing. Kencing dulu sedikit, kemudian tahan jangan bagi keluar. Ha, macam tu la caranya. Senaman kegel ni boleh diteruskan sehingga lepas bersalin.

5. Minta maaf pada suami dan mak ayah

Semasa bersalin, macam-macam boleh jadi kan. Kadang-kadang takut usia kita tak panjang, takut kita meninggal masa bersalin. Sebelum bersalin, kalau boleh minta maaf dulu kepada mereka. Kita sebagai manusia memang tak pernah lari dari kesilapan.

6. Banyakkan senyum dan berzikir

Semasa di hospital, memang macam-macam terlintas dalam fikiran. Banyakkan senyum dan fikirkan yang positif. Banyakkan juga berzikir Astaghfirullahalazim. Kita banyak dosa, semoga Allah menganpunkan dosa kita dan menenagkan hati kita.

Semasa bersalin dulu, Irni kena induce. Mula-mula doktor, pecahkan air ketuban dan kemudian, baru masukkan IV pitosin. Setiap prosedur yang doktor buat, termasuklah semasa doktor buat VE (check jalan), memang Irni rasa takut sangat. Cuma masa tu, kita senyum je sambil mulut beristighfar. Sampai ada nurse tanya Irni, kenapa sakit ke dik? Rasa lucu pun ada. Mungkin sebab tengok mulut Irni dah dok terkumat-kamit..haha

7. Mengiring ke kiri untuk cepatkan cervix full dilate

Tips ni Irni dapat daripada nurse kat Hospital Bintulu, tempat Irni kerja dulu. Irni minta izin dengan nurse kat labour room nak mengiring ke kiri, tapi nurse tak bagi memandangkan banyak sangat wayar kat badan, Masa tu Irni kena pantauan extra dan ditempatkan di bilik khas sebab Irni ada risk of eclamsia. Kemudian, bila ada doktor masuk pulak, Irni cuba tanya doktor pulak. Doktor bagi Irni mengiring ke kiri dan dia bantu Irni. Dan alhamdulillah, lepas tu memang cepat cervix dilate. Doktor pun terkejut sebab agak cepat untuk cervix full dilate dan sedia untuk bersalin.

8. Banyakkan bercakap dengan bayi semasa menunggu bayi sedia keluar

Semasa dalam "labour room", sementara kita sedia untuk bersalin, kita boleh bercakap-cakap dengan baby supaya keluar elok-elok. Cakap jugak yang kita sayang baby dan tengah tunggu kehadiran dia. Ucapkan kata-kata sayang kat baby.

9. Semasa meneran, bayangkan kita nak keluarkan sesuatu dari perut.

Fokus pada perut dan bayangkan kita nak keluarkan benda dalam perut kita tu. Yang penting, semasa meneran jangan angkat punggung. Juga, dengar arahan dari nurse dan doktor. Mereka sangat banyak membantu.

Itulah sedikit sebanyak pengalam Irni semasa bersalin anak pertama. Semoga perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda da Irni juga. Doakan semoga Irni dipermudahkan bersalin kali ke-2 ni ye.

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com



Saturday, 5 September 2015

4 Tanda Bersalin Yang Anda Perlu ke Hospital

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Irni sekarang sedang mengandung anak ke tiga dan akan bersalin buat kali ke dua. Kali pertama, Irni mengandung anak kembar :)

Sedar tidak sedar, sekarang Irni sudah mengandung pada minggu ke-38. Maksudnya sudah sampai 9 bulan dan sedang menunggu hari untuk bersalin. Anda pernah rasa tak apa yang Irni rasa sekarang ni? Rasa cuak je nak menunggu waktu bersalin. Kadang-kadang, kalau rasa sakit perut sikit je, terus terlintah dalam hati, eh aku ni dah nak bersalin ke? Memang saspen rasa nye kan..hehe

Semasa Irni bersalin pada kali pertama, Irni tak sempat nak rasa pengalaman rasa nak bersalin tu sebab Irni kena 'induce'. Walaupun masa tu belum ada tanda nak bersalin, tapi masa check up di klinik, doktor dapat mengesan Irni dah ada simptom 'pre-eclamsia', jadi doktor terus tahan Irni masuk wad. Doktor kata terpaksa induce untuk keselamatan ibu dan bayi. Alhamdulillah masa tu Irni dah mengandung 37 minggu. Jika kita bersalin pada 37 minggu, kita sudah dikira tidak bersalin pra matang. Jadi, masa tu dah tahu kena bersalin. Jadi, Irni dah siap-siap persediaan fizikal dan mental.

Sesiapa yang sama macam Irni, jom kita cuak sama-sama, hehe..


1. Terasa sakit pada bahagian pinggag disertai rasa kejang macam senggugut.
2. Keluar darah.
3. Pecah air ketuban
4. Berlaku kontraksi pada sela masa yang tetap. Apabila semakin hampir dengan hari bersalin, selalunya kita akan kerap rasa kontraksi.

  • Selalunya kita akan mula rasa keliru dengan kontraksi palsu, iaitu "Braxton Hicks Contraction". 
  • Beza kontraksi sebenar dengan kontraksi palsu adalah kontraksi sebenar terasa lebih sakit. Selain itu, kontraksi sebenar akan berlaku dalam sela masa yang yang tetap. 
  • Contohnya, setiap sejam, kita akan rasa kontraksi, kemudian rasa ok. Sejam kemudian, kita rasa lagi kontraksi tu. 
  • Semakin lama, sela masa semakin pendek. Mungkin setiap setengah jam, setiap 10 minit, setiap 5 minit dan setiap seminit. 
  • Semakin kerap kontraksi, maksudnya semakin hampir kita bersalin.
Bila dah pasti kontraksi tu bukan kontraksi palsu, cepat-cepat la kita ke hospital ye :)

Semoga panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan juga saya.



LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Monday, 15 June 2015

Saya dan Roomate Kesayangan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang untuk menyertai program saringan mata kat kampung kawan baik saya. Jadi, saya berpeluang jumpa rumate kesayangan saya ni.

Rin & Lin :P

Walaupun cuma setahun kami sebilik bersama, tapi banyak kenangan indah bersama. Kenangan paling indah bila kami sering tolak-tolak tak nak jadi imam, haha. Kami selalu solat maghrin n isyak sama-sama. Mula-mula, dia je yang jadi imam. Walaupun saya dahulu bersekolah semua perempuan, dan kalau dekat musalla sekolah, memang biasa orang perempuan jadi imam. Tapi, saya memang tak pernah berani nak jadi imam. Tambah-tambah kalau sembahyang maghrib, isyak, subuh sebab kena baca kuat sikit kan :P

Ha, sambung cerita tadi, masa mula-mula saya tak nak jadi imam, tapi lepas kena paksa, saya pun jadi la imam. Pastu sejak hari tu, kalau nak sembahyang, cepat2 rebut tempat makmum supaya tak payah jadi imam. Jadi, kalau nak sembahyang, memang selalu la berlaku adegan tolak menolak..Ish tak baik betul kan. Orang nak sembahyang, orang kena fokus kan.. ish3..

Kenangan yang saya tak boleh nak lupa jugak adalah, rumate kesayangan saya ni tersangat la suka basuh tandas. Jadi, kami selalu basuh tandas sama-sama. Sental lantai dan dinding bilik air sama-sama. Jadi, bilik air rumah kami tu memang lah bersih sebab kami memang selalu cuci :)

Sebenarnya memang banyak cerita bersama, tapi yang tu sajalah yang nak dikongsikan bersama. hehe


Tuesday, 12 May 2015

Tips Penyusuan Bayi Kembar

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.

Seperti yang saya janjikan, saya akan berkongsi tips penyusuan bagi bayi kembar. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi sepenuhnya sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan. Saya amat bangga dengan anda dan saya kini cuba mencari ilmu untuk menjadi seperti anda.

Dalam entry sebelum ini, saya ada menceritakan kegagalan saya dalam memberikan susu ibu secara ekslusif kepada bayi saya. Saya berharap kesalahan saya tidak diulangi oleh orang lain. Belajar daripada kegagalan, saya cuba kongsikan sedikit tips penyusuan bayi kembar.

1. Mencari ilmu penyusuan semasa mengandung

Semasa mengandung lagi,kita sudah perlu mencari ilmu penyusuan sebanyak mungkin, terutama jika kita sedang mengandungkan anak pertama. Jika ada kelas tentang penyusuan, saya sarankan agar menghadiri kelas penyusuan untuk mengetahui teknik penyusuan yang betul dan mempunyai maklumat yang cukup tentang penyusuan. 

2. Menyusu kedua-dua bayi serentak

Menyusu ke dua-dua bayi serentak amat menjimatkan masa dan mereka tidak perlu menunggu giliran untuk menyusu. Di bawah ini saya tunjukkan gambar bagaimana untuk menyusukan dua bayi serentak. 


Penggunaan bantal menyusu sangat membantu jika kita ingin menyusu kedua-dua bayi serentak. Penggunaan bantal menyusu boleh menyokong bayi dan membuatkan kita dan bayi berasa lebih selesa. Bantal ini boleh dibeli sebelum bersalin supaya kita dapat terus menggunakannya selepas bersalin.

3. Khaskan sebelah payudara untuk kembar pertama dan satu lagi untuk kembar kedua

Kenapa saya cadangkan macam ni? Yang pertama adalah supaya kedua-dua bayi mendapat foremilk dan hildmilk yang mencukupi. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai foremilk dan hindmilk, anda boleh klik kat SINI. Contohnya kembar pertama menyusu sebelah kanan, biarkan dia kosongkan payudara sebelah kanan dan kembar kedua mengosongkan payudara sebelah kiri. Susu pada bahagian hadapan payudara lebih cair dan susu di belakang payudara lebih pekat. Jadi apabila mereka menggunakan payudara yang sama, mereka akan mendapat susu cair dan susu yang pekat itu.

Selain itu, jika kita telah khaskan kembar pertama sebelah kanan dan kembar kedua sebelah kiri, kita akan dapat mengetahui yang mana belum menyusu dan akan mengejutkan kembar yang belum menyusu agar bangun menyusu. 

Pengalaman saya, semasa bayi, Auni kuat menyusu dan Amni pula kurang menyusu. Akibat daripada saya tidak mengejutkan Amni bangun menyusu, Amni telah terkena demam kuning atau jaundice. Sebab itu, sangat penting untuk kita memastikan kedua-dua mereka bangun untuk menyusu. 

Sekali sekala, kita boleh menukar payudara, contohnya kembar pertama tukar ke payudara kiri dan kembar kedua tukar ke payudara kanan. Pastikan ketika itu, susu telah penuh kembali setelah dikosongkan. Dan yang paling penting, kita kena ingatlah yang mana dah menyusu, yang mana belum. Jangan susukan bayi yang sama pulak..Hehe

Dua2 tidur kekenyangan :)


4.  Pam susu apabila ada masa terluang

Menyusu dua orang bayi pastinya tidak sama dengan menyusukan seorang bayi. Jika ada masa terluang, curi masa untuk pam susu. Kenapa? Bagi saya, stok susu adalah sangat penting apabila kita ingin berehat. Kadang-kadang, badan terlampau penat dan kita ingin berehat. Jika kita ada stok susu, seseorang boleh membantu kita memberi susu kepada bayi menggunakan sudu @ botol. Tapi jangan guna botol susu terlalu awal tau, nanti ditakuti bayi tak nak menyusu dengan kita. Stok susu juga penting semasa kita sedang berurut dengan tukang urut dan lain-lain.

Semasa ingin mengepam susu, kita boleh pam dengan pam elektrik @ manual atau dengan tangan menggunakan kaedah marmet. Bagi saya, agak sukar menggunakan pam kerana akan berasa sakit kerana kedua-dua bayi kerap menyusu. Jika tidak boleh menggunakan pam, cuba guna kaedah marmet.

5.  Makan makanan yang banyakkan susu

Semasa dalam pantang, banyak makanan yang kita perlu pantang, kan? Semasa pantang, saya minum air horlicks di samping ambil set menyusu Shaklee. Apa yang saya suka sangat semasa ambil set berpantang dari Shaklee adalah, susu sangat banyak dan langsung tiada sembelit. Pengalaman orang sekeliling yang pernah bersalin dan mengalami sembelit sangat menakutkan. Cuba tengok video Puan Khadijah Hasmad kat bawah ni, dia sampai serik nak bersalin, bukan sebab takut nak bersalin, tapi sebab takut nak berpantang! 




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Jika anda nak dapatkan Set Bersalin dari Shaklee, klik je kat bawah.



6.  Sentiasa berfikiran positif dan banyak berzikir

Saya akui, semasa berpantang, saya berasa penat dan tertekan. Apa yang kita perlu buat adalah sentiasa berfikiran positif, fikirkan yang baik-baik dan sentiasa senyum. Walaupun tanpa sebab, paksa diri untuk tersenyum kerana apabila kita senyum, kita akan rasa lebih tenang. Tengok muka anak, kita pasti akan rasa ingin tersenyum. Di samping itu, kita perlu banyakkan zikir kerana zikir dapat menenagkan hati kita. Apabila kita berseorangan, kadang-kadang, memang ada perasaan lain sikit. Jadi banyakkan zikir dan mengingati Allah supaya kita terpelihara daripada gangguan syaitan yang sentiasa ingin menggoda manusia melakukan kejahatan. 

Salam Sayang dari saya. Semoga kita semua belajar dari kesilapan dan berjaya menyusukan bayi sepenuhnya. 

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Tuesday, 28 April 2015

Anak tak kenyang bila menyusu? Perlu susu formula?

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google
"Anak saya selalu menangis.. Saya sudah memberikannya susu, tetapi tidak lama selepas itu dia akan menangis lagi..Adakah susu saya tidak cukup? Adakah saya perlu memberikan susu formula kepada bayi saya?"
Perkara ini sering membelenggu fikiran saya semasa berpantang dahulu apabila anak kembar saya selalu menangis seolah-olah tidak kenyang walaupun kuat menyusu. Semasa mengandung, saya sudah berazam untuk memberi susu ibu secara ekslusif kepada bayi saya, sampaikan botol susu pun saya tak nak beli, lantas saya tidak berputus asa untuk menyusukan bayi saya.

Masih segar dalam ingatan saya, pada hari ke-21, emak mencadangkan supaya saya memberikan susu formula kepada anak kerana berpendapat anak tidak cukup susu dan kegagalan saya menyusun strategi supaya anak kembar saya tidak perlu menunggu giliran untuk menyusu. Pada mulanya, saya menolak cadangan tersebut.

Namun, akibat daripada kurang ilmu, saya akhirnya bersetuju. Selain itu, saya juga tidak mahu menyusahkan emak bila anak asyik menangis. Bermula pada hari itu, saya gagal untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayi kembar ini. Hal ini terjadi kerana kurangnya ilmu. Jadi, saya ingin berkongsi di sini supaya anda semua tidak melakukan kesalahan yang sama seperti saya.

"Jika betul anak saya sudah mendapat susu ibu yang cukup, jadi kenapa anak saya selalu menangis dan nak susu?"

Jawapan saya adalah yang pertama, bayi hanya tahu menangis, sama ada lapar, tidak selesa, mengantuk, ingin dipeluk dan mungkin juga bayi kita bosan dan ingin diberi perhatian. 

Yang kedua, perut bayi adalah kecil dan susu ibu mudah dihadam. Jadi, dalam masa yang singkat, bayi akan berasa lapar semula.

Yang ketiga, bayi cepat lapar kerana tidak mendapat hindmilk. Ini juga adalah ilmu baru yang saya pelajari. Susu ibu terbahagi kepada 2 komponen, iaitu foremilk dan hindmilk. 

Foremilk adalah susu pada bahagian hadapan payudara yang mana sifatnya lebih cair dan untuk menghilangkan dahaga. Apabila susu foremilk telah habis diminum oleh bayi, kemudian barulah bayi akan mendapat susu hindmilk. Sifat susu hindmilk adalah lebih pekat dan mengeyangkan.



Tengok, perbezaannya sangat ketara kan? 

Tips berguna yang saya perolehi adalah, kita perlu mengosongkan sebelah payudara terlebih dahulu sebelum menukar bayi ke sebelah payudara lagi. Hal ini adalah untuk memastikan bayi mendapat kedua-dua susu foremilk dan hindmilk. Perkara ini adalah sangat penting untuk memastikan bayi mendapat zat yang optimum dan juga bagi mengelakkan perut bayi kembung.

Salah satu tanda bayi tidak mendapat susu bekalan susu foremilk dan hindmilk yang seimbang adalah najis bayi berwarna kehijauan. Tetapi, ibu bapa tidak perlu risau. Cuba praktikkan kosongkan susu sebelah payudara dulu ok..



Saya mendoakan semoga kita semua dapat memberikan susu ibu sepenuhnya (tanpa campuran susu formula) sekurang-kurangnya sehingga anak berumur 6 bulan. Dengan memberikan susu ibu, anak dan ibu sama-sama mendapat manfaat. Bagi ibu atau bakal ibu semua, jom kita tanamkan azam untuk menyusukan permata hati kita dan mencari ilmu untuk menjayakannya. 

Untuk entry seterusnya, saya akan kongsikan tips menyusukan bayi kembar. Saya juga akan kongsikan pengalaman saya. Wasalam, jumpa lagi ye :)

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com







Saturday, 18 April 2015

Resepi Telur Gulung @ Egg Rolled Korea Versi Melayu

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Galeri Foto

Assalamualaikum..

Anda suka tonton cerita korea tak? Kalau anda perasan, ada antara mereka yang membawa 'egg rolled' sebagai 'lunch box' mereka. Teringin tak nak makan macam mereka? Kat sini saya kongsikan cara-cara buat 'egg rolled' versi Melayu :)



Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang makan)
4 biji telur ayam
1 sudu mayonis
1/2 batang lobak merah (carrot)
2 cucuk sate kebab (boleh ganti dengan sosej)
1/2 sudu mentega
secubit garam

Cara-cara:
1. Basuh telur ayam terlebih dahulu untuk memastikan kebersihan telur.
2. Masukkan sesudu mayonis dan secubit garam ke dalam telur.
3. Pukul telur dengan pemukul telur elektrik atau manual, atau boleh juga cuba guna blender kalau tiada pemukul telur. Pukul sampai kembang.
4. Hiris lobak merah dengan potongan dadu.
5. Rendam lobak merah dalam air panas (lebih kurang 5 minit)
6. Hiris sate kebab nipis-nipis. Sate kebab boleh digantikan dengan sosej. Saya lebih suka memilih sate kebab kerana ia produk muslim dan tanpa MSG.
7. Goreng sate kebab tanpa minyak supaya masak sedikit.
8. Toskan air panas pada lobak merah dan campurkan ke dalam telur. Tambahkan juga sate kebab ke dalam telur dan kacau.
9. Panaskan 'non stick pan' atau boleh juga guna pemanggang ajaib. Letakkan sedikit mentega.
10. Masukkan bancuhan telur tadi. Guna api perlahan. Biarkan seketika sehingga garing sedikit di bahagian bawah telur.
11. Apabila bahagian bawah telur mula garing, bolehlah kita mula menggulung telur.
12. Lepas dah siap gulung, boleh angkat egg rolled kita tu.
13. Potong gulungan telur itu dan sedia dihidang.
14. Untuk lebih sedap, hidangkan dengan sos cili.

Selamat mencuba! Sekarang, bolehlah kita makan sambil berangan berada dalam cerita Korea ;P

*Resepi ini saya perolehi daripada blog ini dan telah diubahsuai sedikit sebanyak.

Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Penjagaan Bayi Kembar Dalam Kandungan

Assalamualaikum wbt

Seronok kan, sekali bersalin dapat 2 orang terus? Bak kate orang, double joy gitu.. Kalau yang dapat tiga terus tu macam mana pula? triple joy la kot kan?

 Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada ibu-ibu yang sedang mengandungkan anak kembar. Terdapat dua jenis kembar, iaitu kembar seiras dan kembar tidak seiras. Kembar seiras terhasil daripada satu ovum dan satu sperma. Sel-sel membahagi dengan cepat menghasilkan 2 zigot, seterusnya menghasilkan 2 fetus/bayi. Bagi kembar tidak seiras pula, ia terhasil apabila 2 ovum dilepaskan pada satu masa dan disenyawakan oleh 2 sperma.

Sedikit Tips Semasa Mengandung Bayi Kembar dari saya adalah:

1.   Bersedia dari segi mental dan fizikal
Orang yang sedang mengandung kembar akan mengalami alahan mengandung lebih sedikit daripada orang yang mengandung seorang bayi kerana perubahan hormon dalam badan. Jadi, kita perlu bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi semua ini. Dari segi mental, kita perlu sentiasa berfikiran positif dan mendapatkan sokongan suami. Dari segi fizikal pula, kita perlu cuba untuk mendapatkan nutrisi yang terbaik supaya bayi dalam kandungan mendapat semua zat yang diperlukan. Boleh rujuk di SINI bagaimana untuk mengurangkan alahan.

2.   Banyakkan rehat dan kurangkan membuat kerja berat
Mengandung bayi kembar membutakan kita lebih berisiko untuk mengalami keguguran. Jadi, elakkan membuat kerja berat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pasangan sangat memainkan peranan penting semasa isteri mengandung.

3.   Sentiasa berdoa dan berfikiran positif supaya dapat bersalin secara normal
Selalunya memang biasa, orang menyangka jika mengandung kembar, kita perlu menjalani caesar untuk melahirkan bayi. Tambahan pula, jika sedang mengandungkan anak sulung. Pengalaman saya sendiri, iaitu orang sekeliling memberitahu bahawa saya perlu menjalani caesar untuk bersalin supaya kedua-dua anak selamat dan bermacam-macam cerita menakutkan yang saya dengar. 
Namun, setelah berbincang dengan doktor yang merawat, doktor menyatakan bahawa saya boleh mencuba untuk bersalin secara normal. Jadi, kita perlu sentiasa berfikiran positif. Semasa mengandung, kita boleh menggunakan teknik bayangan. Ha macam mana tu?

Teknik bayangan, adalah kita cuba membayangkan kita bersalin secara normal dan tiada masalah akan berlaku. Kedua-dua bayi keluar dengan selamat dan kita dapat memeluk bayi itu. Beberapa bulan sebelum bersalin, saya mula mengamalkan teknik bayangan itu, teruatama sebelum tidur, di samping berdoa kepada Allah supaya dapat melahirkan anak secara normal. Alhamdulillah semasa proses kelahiran bayi kembar saya, prosesnya sangat mudah walaupun ketika itu saya baru pertama kali melahirkan anak. Segalanya adalah daripada pertolongan Allah.

4.    Bersedia untuk bersalin lebih awal daripada tarikh jangka
Selalunya apabila kita mengandung anak kembar, kita akan bersalin 2-3 minggu lebih awal. Selalunya doktor akan menasihatkan kita untuk bersalin lebih awal supaya bayi tidak berlebihan berat semasa dalam kandungan dan supaya bekalan makanan dan oksigen dapat dibekalkan dengan optimum.

Selepas bersalin, mesti ada yang takut gemuk kan. Jika ada yang rasa macam saya ni, jom tonton video daripada Pn Salwa ni, macam mana dia boleh hilang 20kg selepas bersalin.



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Ok sekian sahaja daripada saya. Jaga diri ya ibu-ibu sekalian.

Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Salam Jumaat..

Salam Sayyidul Ayyam..Salam Jumaat..Salam penghulu segala hari..

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk hidup. Alhamdulillah hari ini kami sekeluarga berpeluang ke masjid untuk mendengar majlis ilmu.

Sedikit perkongsian daripada Usrah Nurani di IKIM fm petang tadi mengenai kemajuan teknologi dalam menuntut ilmu. Ada satu perkara yang amat menarik perhatian saya. Eh bukan satu, tapi dua..hehe

1.  Belajar membaca Al-Quran melalui you tube atau quran digital
Kepada beginner yang baru mula belajar, kita perlu mencari guru untuk belajar. Sebagai contoh, kita rasa kita sebut dah betul, tapi sebenarnya salah. Jika kita mempunyai guru yang mendengar bacaan kita itu, guru akan terus dapat memperbaiki bacaan kita.

2.  Apa beza dengar majlis ilmu di you tube dan juga di masjid?
Memang sekarang kita tiada masalah untuk mendapatkan ilmu. Cuma klik, dan kita akan mendapat pengisian rohani. Kita boleh meneruskan amalan ini, cuma sebaiknya kita perlu mencari ruang untuk menghadiri masjlis ilmu. Hal ini kerana terdapat banyak fadhilat dan kelebihan yang kita akan dapat apabila menghadiri majlis ilmu seperti berada di taman syurga apabila berada dalam majlis ilmu di samping doa daripada malaikat. Ini adalah pesanan dan peringatan kepada diri saya sendiri supaya kami sekeluarga dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu.


Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok bertambah baik dari hari ini..InsyaAllah..

Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Friday, 20 March 2015

Simptom dan Rawatan Denggi

 Teks: Irni Suhana Muhamad

Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan wabak denggi yang semakin berleluasa. Sebagai seorang ibu, pastinya kita akan risau jika anak-anak demam. Hal ini kerana denggi tidak mengenal siapa, tidak mengenal usia. Menurut laporan Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2015, sebanyak 8,502 kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tiga minggu pertama tahun ini, yang meningkat 65 peratus berbanding 5,141 kes yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.


Jom kita kenali tanda-tanda demam denggi:

1. Demam dengan suhu yang sangat panas sehingga mencapai suhu 40 - 41 C dan selalunya berlarutan selama 2 hingga 7 hari.
2. Demam yang sangat panas boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak berusia bawah 6 tahun.
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi.
4. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
5. Muntah dan kurang selera makan.

(sumber: Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kalau kita perhatikan ada salah satu tanda pada anak kita, cepat-cepatlah kita bawa mereka ke klinik untuk pemeriksaan darah.

Dan di bawah ini, saya ingin kongsikan sebuah video tentang tips merawat demam denggi daripada pakar pemakanan, Puan Siti Sarah.



Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.



Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com
 

Wednesday, 11 March 2015

Pengenalan Diri

Teks: Irni Suhana Muhamad

Bismillahirrahmanirrohim..

Assalamualaikum w.b.t. Salam perkenalan diucapkan kepada semua. Saya Irni Suhana Muhamad, berasal dari Kelantan. Pada tahun ini usia saya mencecah umur 27 tahun. Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia dan diberikan rahmat oleh Allah S.W.T. Kini saya sudah berkahwin dengan jejaka pujaan hati saya, Wan Annwarul Imran Wan Fasddi pada 28 Oktober 2012 dan kami telah dikurniakan 2 orang anak. Anak sulung kami merupakan sepasang kembar seiras. Kedua-duanya adalah perempuan. Namanya adalah Wan Auni Sofia dan Wan Amni Sofia. Alhamdulillah juga kerana kini saya sedang mengandungkan anak yang ketiga. Semoga Allah sentiasa memberikan perlindungan kepada kita semua.

Saya merupakan seorang ibu dan isteri yang bekerjaya. Saya bekerja sebagai optometris di Hospital Jeli. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Optometri di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Saya menamatkan pengajian pada tahun 2011 dan kemudian mula bekerja di pusat optometri, Menara Optometri Centre Sdn. Bhd. Selepas setahun bekerja di sektor swasta, pada bulan Julai 2012 saya mendapat tawaran untuk bekerja di sektor kerajaan pula. Saya melaporkan diri sebagai Pegawai Optometri Hospital Bintulu, Sarawak. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah perumpaan hidup saya. Hampir setahun saya bertugas di Hospital Bintulu, dengan izin Allah saya berjaya bertukar ke Negeri Kelantan. Pertukaran itu berlaku semasa saya dalam pantang si kembar. Mungkin rezeki anak J


Sekarang, anak kembar saya sudah berumur 1 tahun 8 bulan. Saya sangat gemar mengikuti perkembangan pembesaran mereka supaya perkembangan mereka itu selari dengan pertambahan usia mereka. Saya juga berazam untuk memberi susu ibu secara ekslusif kepada anak yang bakal saya lahirkan nanti. Kegagalan menyusukan anak sulung secara ekslusif membuatkan saya insaf. Walaupun saya dikurniakan susu badan yang banyak, namun akibat kekurangan ilmu, saya tidak berjaya menyusukan anak sepenuhnya. Sebaliknya, pada seawal usia 21 hari, anak-anak saya sudah mula diperkenalkan dengan susu formula. Walhal, saya tahu susu ibu adalah susu yang terbaik.
Tujuan saya membuat blog ini adalah supaya saya dapat berkongsi segala ilmu yang saya dapat dengan anda semua. Saya ingin kita semua menjadi manusia yang berilmu dan kita semua dapat memperbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik.

Akhir kata dari saya, terimalah serangkap pantun:

Ada perigi ada timba,
Bercanda mandi si anak dara,
Ada ilmu kita kongsi bersama,
Sebagai tanda kasih sayang semua.

Semoga anda mendapat manfaat dari blog ini. Salam sayang dari saya. Wasalam.