Friday 2 October 2015

7 Kelebihan Vitamin E & Sumber Makanan Kaya Vitamin E

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Galeri Gambar & Carian Google

Assalamualaikum. Bila sebut pasal Vitamin E ni, benda pertama yang tergambar kat fikiran Irni adalah si dia ni :)
This is my Abe E and I..(heee, jangan marah ye) 

Ok, sorry, now back to our focus..
Banyak makanan yang boleh kita ambil untuk mendapatkan sumber vitamin E dan ada yang memang selalu kita makan. Nanti Irni akan kongsikan kat bawah ye. Sebelum tu, kita tengok, kenapa kita perlu ambil Vitamin E dalam kehidupan seharian kita?

1. Melindungi kesihatan jantung
  • Jantung antara organ terpenting dalam badan kita. Jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  • Pengambilan 800IU vitamin E adalah penting untuk mendapatkan jantung yang sihat.
  • Pengambilan vitamin E membantu meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik), mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia dan menghalang penyakit jantung.
2. Anti Penuaan
  • Vitamin E terbukti membantu melambatkan penuaan & mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan.
  • Vitamin E juga membantu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
3. Anti-Oksidan yang Kuat
  • Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun badan, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
  • Ianya juga melambatkan masalah akibat penuaan seperti katarak dan masalah penglihatan.
4. Memperbaiki parut dan mengurangkan stretch mark selepas bersalin
  • Boleh menggunakan kapsul vitamin E untuk diletak terus kepada parut
  • Pengambilan vitamin E terbukti memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan stretch mark selepas bersalin.
5. Menghalang Keguguran
  • Terdapat ujian klinikal yang mengatakan bahawa, pengambilan Vitamin E dapat mengelakkan kematian janin dan mengelakkan keguguran.
  • Merawat sindrom prahaid seperti senggugut dan sindrom monopaus.
6. Mempertingkat Kemampuan Reproduktif
  • Kajian mendapati, para lelaki yang mengambil 600 IU - 800 IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
7. Kelestarian Tenaga
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
Wahh, memang penting kan pengambilan Vitamin E, tambah-tambah kalau kita orang perempuan ni, mesti nak cantik kan. Jom kita tengok, apa makanan yang kaya dengan Vitamin E ni.

1. Almond
2. Biji labu dan Biji bunga matahari
3. Sayuran  hijau
4. Sayur bayam
5. Lobak putih
6. Kubis
7. Minyak bunga matahari, minyak zaitun, minyak kelapa
8. Kacang hazelnut
9. Avokado
10. Brokoli
11. Buah betik
12. Aprikot kering
13. Gandum
14. Buah Kiwi
15. Kacang Pistachio
16. Cili merah
kredit: carakhasiatmanfaat.com

Banyak makanan yang kaya dengan vitamin E yang kita boleh amalkan kan. Tapi apa jadi kalau kita kekurangan vitamin E?

1. Bagi ibu mengandung, boleh meningkatkan risiko untuk melahirkan bayi pramatang dengaan berat lahir rendah.
2. Boleh menyebabkan gangguan pada sistem reproduksi
3. Kulit kusam
4. Libido rendah
5. Berhubung erat dengan penyakit kanser dan penyakit jantung.

Selain daripada sumber vitamin E daripada makanan semulajadi, kita juga boleh melengkapkan keperluan badan kita dengan mengambil supplement Vitamin E.

Dan yang paling best nya, Vitamin E sekarang ni ada promotion yang memang best..Nak tau? Kalau beli sebotol, dapat 2 botol.Wahhh..Memang jimat sangat. Boleh la kita share dengan kawan ke, adik beradik ke..hee..Harga sebotol Vitamin  E ni adalah RM 149. Jadi, untuk kali ni, kita bayar RM 149, kita dapat 2 botol..Berbaloi-baloi. Jom dapatkan Vitamin E ni selagi stok masih ada. Jom dapatkan kulit cantik sama-sama :) -contact Irni sekarang, lets spread the love :D

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com



No comments:

Post a Comment